CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1319|Reply: 0

7 Cara Jadi Pasangan Serasi

[Copy link]
Post time 9-10-2015 07:38 PM | Show all posts |Read mode
        Aida dan Aidil sudah lama mendirikan rumah tangga. Pasangan ini boleh diumpamakan seperti belangkas kerana sentiasa berdua ke mana sahaja pergi. Di mana ada Aida di situlah ada Aidil. Biarpun sudah hampir 10 tahun berkahwin, hubungan mereka masih seperti pasangan bercinta. Jarang Aida ataupun Aidil berdepan dengan masalah rumah tangga. Apabila ditanya teman sepejabat, keduanya hanya tersenyum memberitahu cinta mereka terlalu unik dan kasih sayang yang dibajai tetap segar seperti ketika mula berkenalan. Ramai yang ‘makan hati’ melihat keakraban hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri serasi.

        Sebenarnya situasi ini juga boleh berlaku dalam diri anda. Kita sebenarnya mempunyai pilihan untuk mengubah suatu hubungan suami isteri itu menjadi lebih baik. Tanya pada diri sendiri apakah yang kita lakukan itu berbaloi untuk mengeratkan lagi hubungan. Tip di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk mengatakan bahawa anda berdua adalah pasangan yang serasi.

        1. Bincang Kegiatan Bercinta Secara Terbuka
        Biasanya pasangan agak segan membicarakan soal untuk berhubungan dari segi teknik, masa dan sebagainya. Untuk mewujudkajn hubungan lebih intim dan serasi, jangan ragu memberitahu pasangan anda apa yang dikehendaki ketika berhubungan. Misalnya memberitahu gaya yang ingin dilakukan dan mintalah persetujuannya untuk melakukan aksi berkenaan. Jangan sesekali menolak tetapi jika ia hanya menyakitkan, jangan diteruskan gaya berkenaan. Biarkan juga pasangan meluahkan imaginasi seksualnya. Setelah masing-masing tahu keinginan di hati, tentu anda berdua tidak akan kecewa antara satu sama lain.

        2. Jaga Kesegaran Tubuh Badan
        Aktiviti seksual ibarat senaman fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika tubuh anda dan pasangan tidak fit, akan menyebabkan kepuasan berhubungan sukar untuk dicapai.Sehubungan itu, anda berdua perlulah sentiasa menjaga kesegaran tubuh dengan makan maknan yang sihat, sentiasa bersukan dan amalkan tuidur mencukupi. Rasanya anda perlu menyimpan keinginan untuk berhubungan jika badan kurang sihat. Kebersihan dalaman dan luaran juga penting untuk menghangatkan lagi mainan asmara.

        3. Cipta Keadaan Romantis
        Keinginan berhubunan intim makin besar jika suasana romantis selalu dijaga dan dipelihara. Jika sukar mendapatkan saat-saat tersebut, ciptalah keadaan seperti itu. Tidak perlu mengeluarkan bajet besar cukup sekadar menyediakan makanan kegemaran suami ataupun memutarkan lagu-lagu romantis, lebih baik jika lagu itu menjadi lagu kegemaran anda berdua. Jika ada masalah, selesaikan dulu sebelum berangkat ke kamar tidur. Jika anda memutarkan lagu kegemaran akan menghangatkan lagi ikatan kerana akan menyebabkan anda terkenang saat mula berkenalan.

        4. Jangan Ragu Beri Pujian
        Pujian juga sebenarnya mampu membuat pasangan berasa semakin dihargai dan diperlukan. Buatlah dengan hati yang ikhlas kerana mampu membahagiakan pasangan. Sebagai balasannya dia akan turut memuaskan hati anda. Dengan memujinya juga akan menyebabkan perasaan sayang dirinya pada anda akan semakin mendalam. Jangan sesekali mengkritik pasangan kerana boleh menyebabkan dia bersikap jauh hati dan boleh mengeruhkan keadaan.

        5. Lupakan Seketika Pekerjaan Di pejabat
        Suasana rileks adalah kunci aktiviti seksual yang menyenangkan. Untuk seketika, singkirkan dulu semua masalah pekerjaan dan fikirkan perkara yang menyenangkan dan menggembirakan. Pendek kata, jangan lakukan hubungan intim ketika anda sedang memikirkan banyak perkara. Ketika di rumah berbicarakan mengenai perkara yang ringan dan menyeronokkan dan warnailah suasana itu dengan gurau senda  yang boleh mendamaikan suasana.

        6. Jaga Kebersihan Tubuh
        Aktiviti seksual semakin nikmat jika dalam keadaan tubuh yang bersih dan harum. Jadi sebelum berhubungan intim, pastikan anda dan suami sudah mandi dan memakai wangian segar supaya anda berdua semakin ghairah dalam melayari bahtera cinta. Anda juga perlu berusaha untuk mengatasi masalah jika berdepan dengan masalah bau badan kurang menyenangkan ataupun bau mulut. Biarlah pasangan selesa dengan tubuh badan dan dia pasti akan menyayangi anda dengan sepenuh hati.

        7. Lakukan Aktiviti Bersama
        Untuk menwujudkan hubungan yang serasi juga, anda disarankan agar bersama-sama melakukan suatu aktiviti yang digemari. Misalnya berkebun, atau menyukai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, snorkling ataupun memasak. Setiap perkara yang dilakukan bersama pastinya memberi impak berbeza kerana adanya sikap tolong menolong antara satu sama lain. Jika tidak melakukan aktiviti bersama anda juga boleh menyokong minatnya.
pesonapengantin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.430827 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list