CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 3

Tak Ada Suami? Ini Jawapan Paling 'Manis'

 Close [Copy link]
Post time 13-10-2015 03:27 PM | Show all posts |Read mode
                    Wanita sentiasa mengalami dilema terutamanya apabila ditanya pelbagai soalan yang sensitif dan peribadi. Jika belum berkahwin sudah pasti mereka akan jelak dengan soalan 'Bila akan berkahwin?'. Manakala jika sudah berkahwin sudah pasti soalan 'Bila pula mahu menimang cahaya mata?' akan ditanya.

        Apa yang boleh dilakukan jika berada dalam situasi sebegini? Hendak marah atau berdiam diri sahaja. Inilah persoalannya. Soal jodoh, maut dan rezeki itu semuanya di tangan Allah. Siapakah Anda untuk bertanya segala soalan berkaitan jodoh, maut dan rezeki itu.

        Mungkin ada sebab seseorang wanita itu tidak berkahwin. Begitu juga dengan wanita yang belum lagi menimang cahaya mata.

        Bertuahlah bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Itu sudah jodoh dan rezeki mereka. Tetapi wanita sebegini tidak boleh menyakitkan hati wanita-wanita single dan wanita yang belum mempunyai anak.

        Ingatlah, tidak ada sesuatu pun yang kekal di dunia ini. Mungkin masa sekarang anda memiliki segala-galanya. Tetapi jangan terkejut pada esok hari Allah menarik apa yang anda ada pada hari ini.

        Bercerita mengenai hal ini membuatkan saya teringat seorang rakan sekerja bercerita ketika dia menunaikan haji di Mekah beberapa tahun lepas. Sedang dia dan rakannya sedang mabit di muzalifah, ada seorang Opah itu bertanyakan kepada  rakan saya itu di manakah suaminya?

        Terus rakan kepada rakan saya itu menjawab bahawa suaminya di syurga. Terdiam Opah tersebut mendengarkannya. Kemudian rakan saya itu bertanya kepada rakannya mengapa dia menjawab sedemikian? Rakannya itu berkata, "Aku kan belum berkahwin. Mana aku tahu di mana suamiku. Lebih baik aku jawab suamiku di syurga."

        Bagus juga jawapan sebegitu kan? Lain kali bila ada yang bertanya kepada wanita yang belum berkahwin di manakah suami mereka, jawab saja 'Suamiku di syurga.' Habis cerita.

        P/S: Cerita-cerita ini tidak ada kena-mengena dengan mereka yang hidup atau pun telah meninggal dunia. Dan kepada ibu-ibu di luar sana yang masih memiliki anak yang belum berkahwin, boleh juga menggunakan jawapan ini, 'Suami anakku di syurga’.
                mingguanwanita


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 03:40 PM | Show all posts
Bagus. Ini jawapan utk @ifanonline yg suka menghena andartu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 04:55 PM | Show all posts
Munnalicious replied at 13-10-2015 03:40 PM
Bagus. Ini jawapan utk @ifanonline yg suka menghena andartu.

hahhahaahahhaahhahah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 10:28 PM | Show all posts
bagus jugak nie... dah naik jelak nak jawab pasal jodoh nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067815 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list