CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1994|Reply: 0

Benarkah Lelaki Hanya Bisa Mencintai Seorang Wanita Sahaja Seumur Hidupnya?

[Copy link]
Post time 16-10-2015 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Dalam kamus hidup setiap insan, pelbagai versi cinta pernah dilalui. Ada cinta pertama, childhood love, cinta alam sekolah atau ‘cinta monyet’, cinta seorang teman, cinta lokasi, dan seribu satu lagi istilah cinta yang pernah dialami atau setidak-tidaknya didengari. Di antara kisah-kisah cinta tersebut, pasti ada satu siri cinta yang meninggalkan bekas lebih dalam daripada cinta-cinta yang lain…

Inilah perkara yang Abang Teruna ingin kupaskan pada entri kali ini. Satu teori cinta yang amat sulit dan asing untuk dihuraikan tapi benar-benar terjadi dalam kalangan kita.

Mengapa saya lebih menjurus kepada pencinta lelaki di sini?

Mari kita letakkan ke situasi putus cinta. Seorang lelaki setelah berakhir hubungannya dengan seorang gadis, ia akan melalui fasa cooling period di mana kebiasaannya si lelaki akan mengalami perubahan sikap, kemurungan, berwatakan kasar dan baran. Dan fasa ini akan berlanjutan ke jangkamasa yang lama, lebih-lebih lagi jika perpisahan itu atas kekhilafannya sendiri atau bukan dengan kerelaannya.

Berbeza dengan kaum perempuan, apabila clash, si perempuan akan berkabung dan bersedih selama beberapa minggu sahaja. Usai kering air matanya, dia akan kembali seperti dirinya yang asal (atau lebih gagah) dan berkemungkinan akan mencari pengganti sebagai penyembuh luka lamanya.

Suka diingatkan di sini, saya bukanlah menyama-tarakan atau generalize kaum wanita dengan teori ‘ubat cinta adalah cinta’, manakala lelaki tidak. Bukan begitu yang saya maksudkan.

Lelaki di dalam pasca-cintanya walaupun sudah mendapat pacar baharu sebagai pengganti cinta, si lelaki tetap masih teringatkan saat manis cinta yang dahulu dan masih menyimpan ruang untuk cinta lama itu di suatu sudut hatinya. Berbeza pula dengan kaum wanita, mereka lebih cenderung membandingkan kelebihan kekasih baharunya dengan kekasih lama, dan sentiasa akan bersikap bias dengan ‘memenangkan’ kekasih baru. Bermakna peluang mengenangi hero lamanya semula agak tipis

Benar, dalam trend remaja masa kini, tidak mustahil untuk lelaki mempunyai beberapa orang ‘skandals’, akan tetapi adalah mustahil untuk si lelaki menyintai kesemuanya dengan kapasiti yang sama. Kelak si lelaki akan terpaksa menyerah diri kepada salah seorang yang paling istimewa di kalangan perempuan-perempuan tersebut. Maaf jika anda adalah salah seorang daripada perempuan yang ditinggalkan si lelaki hidung belang seperti yang saya sebutkan tadi, I’m afraid you are not the one for him. Bertabahlah…

Selain itu, terdapat beberapa lagi hujah yang menyokong teori lelaki mencintai seorang wanita seumur hidupnya. Mengikut kajian human behaviour experts, menyatakan, kaum lelaki lebih cenderung berbanding wanita untuk meletakkan sentimental value yang tinggi terhadap sesuatu barangan yang dimilikinya. Keberatan untuk menjual kereta pertama, memakai jeans dan kasut lusuh yang bertahun tidak diganti, bantal busuk, menghargai barang antik dan koleksi lama, merupakan antara bukti mengapa lelaki boleh dikategorikan sebagai makhluk yang setia pada dasarnya. Cuma waktu dan persekitaran bebas dan modenisasi hari ini yang merencatkan sifat lelaki yang ini.

Kesimpulannya, alangkah beruntung mana-mana perempuan yang namanya telah terpahat pada hati lelaki seperti ini. Tiada apa-apa balasan yang diminta, cukuplah sekadar secebis ingatan terhadap apa yang telah si lelaki korbankan demi memuja cinta yang tak pasti itu. Kadang kala cinta itu memang kejam. Walau betapa besar dan tulusnya cinta kepada permaisuri yang  satu itu, mencintai tidak semestinya memiliki…

p/s: First Cut Is The Deepest

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037324 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list