CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1673|Reply: 1

Saya Dah Kahwin, Bagaimana Mahu Bahagia?

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2015 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Dah Kahwin, Bagaimana Mahu Bahagia??



1. P yang pertama ialah ‘puji’.
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘peluk’.
Peluk ialah yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah ‘penghargaan’.
Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘perhatian’.
Hal ini yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘persefahaman’.
Persefahaman penting kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’.
Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘percutian’.
Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’.
Permohonan adalah doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah (Penceramah Terulung di Malaysia) juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
pakarcinta-



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 01:51 AM | Show all posts
hi Nusantara,

hmm...awak rajin post topic ataupun created thread dalam board ni  tapikan boleh ke awak mohon pertimbangkan perkara ni sekejap, saya dok mengikuti satu thread ni...dan saya suka thread itu berada di page 1 tapi selalunya sejak awak created thread thread yg  agak banyak sekaligus saya rasa a bit rimas dan lemas sikit jeee pulak sebab saya terpaksa  ke page page lain...

yg penting kan awak ....kualiti , isi kandungan thread bukan kuantiti....

mohon ya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.237747 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list