|
Wanita ini berusia 26 tahun, berdepan dengan suami yang menipu wangnya. Dia baru perasan duit gajinya selama tempoh berpantang dikebas suami. Dah lah suami langsung tak minta izin. Dapat tahu pun masa nak keluarkan duit dari mesin ATM, tengok-tengok duit dah tak ada dalam akaun. Tak ke sedih!
Bila ditanya kepada suami, suaminya mengaku. Nak harap dia minta maaf, memang tak. Dan nak tunggu si dia bayar balik pun dah macam mimpi sebab hampir RM8000, ok. Paling menyakitkan hati, si isteri dapat tahu suami tak bekerja sejak pertengahan tahun lepas.
Ya, memang duit yang diambil oleh suami bukan duit orang lain tapi duit isteri. Suami tak bekerja mungkin tak sengaja atau belum dapat pekerjaan. Suami mungkin terdesak menggunakan duit. Suami mungkin tak sempat nak menjenguk isteri dan anak. Terlalu banyak kemungkinan dan kisah yang perlu dirungkaikan.
Sabar ya, suami masih perlu diberi ruang dan peluang dengan cara dimaklumkan segala kesilapannya dan dijelaskan semula mengenai segala peranan dan tanggungjawabnya yang perlu dilaksanakan sebagai seorang suami dan seorang ayah.
Kalau pun isteri payah nak berbincang dengan suami atau dapat yang jenis tak nak dengar cakap isteri, ikhtiarkan seseorang yang boleh dipercayai dan dihormati oleh suami untuk membantu. Jalan akhir, adukan kes ke unit kaunseling di pejabat agama berdekatan.
Tapi wanita, andai ditegur pun suami buat tak tahu, puas jelas pun suami masih buat perangai, dan isteri tak boleh lagi hormat suami, barulah fikirkan untuk perpisahan. Ingat! Cerai hanyalah langkah yang boleh dipertimbangkan selepas segala usaha dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan anda.
Ingat ya kaum wanita, jangan sesekali fikirkan cerai kalau diuji di dalam perkahwinan. Perkahwinan bukan mainan, tak suka boleh tinggalkan sesuka hati. Itu saja yang anda boleh pegang.
mingguanwanita
|
|