|
Berpuluh tahun hidup bersama, kadang kemesraan suami isteri semakin lama semakin pudar. Bukanlah bermakna kasih sayang yang dibina itu sudah hilang tapi isteri sebagai ibu sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak-anak ditambah pula kalau anda yang dah ada cucu. Kena pula suami sibuk dengan urusan pejabat yang semakin bertambah. Dah tentu peluk cium antara suami isteri seakan sepi tidak seperti dua puluh tahun dahulu, kan? Kalau tahu kes orang ketiga muncul lagi haru, itu yang kita tak mahu cerita suami 'makan' luar dalam diam.
Jadi macam mana nak hangatkan balik hubungan yang suram itu? Mana boleh abaikan kalau tak nak suami kecik hati dan cari ketiga. Ok, jom kita bongkar rahsia nak ketatkan kasih sayang dengan pasangan satu persatu...
1. Kalau tengah panas, cakap jangan nak main sembur
Tak kira macam mana pun sikap suami, janganlah jatuhkan air mukanya terutama di depan anak-anak. Kita tak sempurna, kot ya pun suami buat silap anda kena tegur dengan lenggok bahasa yang betul. Jangan main perli pula, ya. Suami tengok anda bersabar pun dia boleh rasa bersalah. Silap-silap terus dia peluk anda sebab sedar dia buat silap.
2. Minta maaf sebelum tidur
Kita tak sedar kadang suami dah kecik hati, jadi apa kata sebelum pejam mata anda minta maaf antara satu sama lain. Peluklah suami sebelum tidur dan anda pasti mendapat pelukan balas. Serius, ini satu cara mudah untuk pukau suami setiap hari.
3. Hormat keputusan suami walau kadang tak suka
Apa salahnya mengalah kalau tahu suami punya sikap yang rasa dirinya saja betul. Perempuan kalau berlembut, lelaki lagi sayang. Sebab suami akan rasa ada orang yang faham dia. Kadang ada benda dia sembunyikan, jangan cepT kecil hati sebab selalunya niat lelaki tak nak susahkan si isteri. Mungkin itu jalan terbaik untuk keadaan jadi keruh.
4. Baiki apa yang silap
Gaduh mulut itu perkara biasa. Dah sedar apa yang silap, tolonglah cepat mohon maaf, baiki mana yang tak lengkap. Bincang secara peribadi tentang hubungan dan masalah, jangan pula biar sebab lama-lama pasangan boleh makan hati kalau asyik gaduh benda yang sama.
5. Dah sayang pasangan, keluarga pun kena sayang
Macam mana anda sayang dan terima pasangan, cubalah tanamkan dalam diri untuk beri layanan yang sama pada keluarga pasangan. Tak payah cari silap keluarga mentua, ya mungkin ada yang tak sebulu dengan ipar duai atau mentua tapi tak ada untung pun kalau terus keruhkan keadaan. Lebih baik anda guna cara yang lebih halus dengan mengalah dan terima apa baik buruk. Nak pikat lagi mudah, cuba sesekali beli hadiah buat mereka. Confirm terujalah! Ingat, jangan sekali-kali mengkritik dan mengumpat mereka.
6. Ubah cara penampilan dan pemikiran
Asyik guna cara gaya penampilan yang sama setiap tahun, padahal umur makin meningkat. Ubahlah sikit pemikiran dan gaya cakap dalam bab pikat hati suami. Sebab itu kena banyak top up ilmu rumahtangga. Ini tidak, nak ajak makan pun anda main letak saja menu atas meja, cuba guna ayat memujuk manis-manis. Nak makan pun berselera!
7. Tak payah main simpan dalam hati
Masing-masing mempunyai ‘instinct’ terhadap satu sama lain. Kadang apa yang bermain di fikiran suami sudah boleh diduga oleh isteri. Itulah kehebatan sang isteri. Jangan menipu dengan cara pendamkan perasaan yang sebenarnya. Luah ya, luah!
Kita bila dah lama berumahtangga, semua perkara dah jadi biasa. Jadi kalau nak kekalkan aura cinta lebih lama, cubalah pikat pasangan dengan cara di atas! Tak kan suka romantik waktu muda saja, dah ada anak-anak pun boleh. Nanti anak anda pun gembira tengok hubungan anda dengan pasangan tetap mekar dan manis macam gula. Selamat mencuba...
mingguanwanita
|
|