CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2236|Reply: 0

10 Sebab Mengapa Kamu Sering Gagal Dalam Percintaan

 Close [Copy link]
Post time 26-10-2015 01:31 PM | Show all posts |Read mode
        Pernah tak sesekali kamu terfikir mengapa hubungan kamu dengan pasangan sering gagal dan terputus di tengah jalan?

        Hmmmm, pasti ada sesuatu yang tidak kena!

        Mungkah silapnya datang dari si dia yang tidak jujur atau adakah silapnya datang dari kamu sendiri ? Tak mengapa, jom ikuti REMAJA menyelongkar 10 Alasan mengapa kamu sering gagal dalam bercinta!

        1-TERLALU BERHARAP

        Mungkin kamu terlalu berharap padanya hingga menyebabkan si dia sendiri takut dengan angan-angan kamu. Perlu di ingat, benda yang paling takut buat lelaki adalah masa depan. Mungkin kerana itulah mereka lari.

        2-BERKEPIT SEPERTI BELANGKAS

        Mungkin kamu rasa tindakan selalu berjumpa itu adalah sesuatu yang boleh membuatkan hubungan kamu berdua semakin kukuh. Tetapi bagi seorang lelaki, tindakan seperti itu lebih memudahkan hubungan kamu semakin goyah dan rapuh. Ini kerana mereka akan cepat muak dan bosan dengan kamu hingga menyebabkan mereka tergamak cari yang lain.

        3-KERAP SANGAT BERHUBUNG

        Ada baiknya jika sesekali kamu kurangkan sikit berhubung dengan si dia. Biarkan si dia rasa sedikit rindu dalam hati barulah si dia akan mula menghargai kehadiranmu. Ini tidak, jika setiap jam kamu akan hubungi dia lama-lama si dia naik rimas dan cuba jauhkan diri dari kamu.

        4-SERING BERGADUH

        Lelaki seorang yang sangat simple, mereka tak suka ada drama dalam perhubungan mereka. Lain pula bagi perempuan,besar kemungkinan si dia rasakan semuanya terlalu berat dan meyerabutkan fikirannya. Dengan kerap bergaduh si dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan kamu.

        5-TERLALU MENGEJAR APA YANG KAMU MAHU

        Kadang kala, kamu mungkin terlalu mengejar apa yang kamu impikan sehingga kamu sendiri lupa dengan hati dan perasaan pasangan kamu. Kerana itulah ada pepatah berkata “ Yang di cari hilang entah ke mana, yang di kendong pula jatuh berciciran. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, perlu di ingat hubungan yang berkekalan adalah hubungan yang ada sistem tolak ansur.

        6-BUTA WALAUPUN CELIK

        Saat jatuh cinta, mungkin kamu terlalu ‘buta’ dengan keadaan sekeliling walaupun hakikat sebenarnya kamu masih celik. Tidak di nafikan, keadaan ini akan membuatkan kamu sendiri tidak nampak dengan segala kelemahan dan keburukan pasangan.

        7-KURANG KEYAKINAN

        Kurang keyakinan juga boleh membuatkan hubungan kamu berdua tidak ke mana. Ini kerana lelaki tidak suka menghabiskan masa mereka dengan seseorang yang berdiri bagaikan lalang. Mereka akan rasa seperti tidak di hargai. Malah, mereka juga menganggap ia sebahagian daripada satu penghinaan untuk mereka. Maka tidak hairan mengapa mereka sukar

        8-SELALU BERSELFIE

        Jangan terkejut, ini kajian terbaru dari Julie Spira, Cyber etiquetteexpert dan penulis Rules of Netiquette berkata tindakan gadis yang suka berselfie boleh menyebabkan hubungan percintaan mereka rapuh dan tidak kukuh. Ini kerana, wujudnya perasaan malu pada pasangannya kerana sikap kekasihnya yang mengada-ngada. Perlu di ingat, lelaki memang tidak suka perempuan yang suka berselfie, mereka menganggap golongan seperti ini hanya suka meraih perhatian.

        9-MASIH TIDAK DAPAT LUPAKAN BEKAS KEKASIH

        Bila kamu kerap sangat membandingkan dia dengan bekas kekasih kamu, lama kelamaan membuatkan pasangan kamu itu sendiri hilang keyakinan untuk sehidup-semati dengan kamu.  Pekara ini akan membuatkan si dia rasa tercabar dengan bekas kekasih kamu.

        10-MENGANGGAP REMEH

        Mungkin sesekali kamu menganggap bercinta itu sesuatu yang enteng dan mudah. Maka segala yang terjadi kamu hanya pejam sebelah mata hingga menyebabkan pasangan kamu sendiri rasa seperti tidak di hargai dan berfikir mungkin kamu hanya mahu main-main dan suka-suka sahaja dengan hubungan kamu berdua.

remaja



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034253 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list