CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1467|Reply: 0

4 Cara Tradisional Rawat Kulit Terbakar

[Copy link]
Post time 29-10-2015 05:49 PM | Show all posts |Read mode


Melakukan aktiviti yang memerlukan anda untuk terdedah kepada pancaran matahari secara terus tanpa ada perlindungan boleh menyebabkan kulit terbakar atau sunburn. Hal ini menyebabkan kulit bertukar warna merah-kemerahan dan lebih sensitif. Untuk mengelakkan dari keadaan ini lebih teruk, berikut ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk melegakan kulit yang terbakar itu.

1. Daun lidah buaya
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Colek lendirnya dan sapukan ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Tidak lama kemudian, anda pasti dapat lihat kesannya.

2. Masker timun dan susu tepung
Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Setersunya campurkan dengan dua sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan campuran itu sebagai masker. Khasiat timun dan susu tepung ini dieprcayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.

3. Tomato
Selain timun, tomato juga mempunyai agen penyejukan sendiri. Cuci bersih tomato yang hendak diguna. Kemudian, belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah perlahan-lahan. Setelah habis, biarkan tomato ini kering di muka seketika. Selepas kira-kira 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

4. Kentang
Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana. Tidak perlu buang kulitnya. Basuh bersih dan kukus sehingga lembut. Kemudian, lenyek kentang itu sampai hancur. Sapukan ke wajah dan jadikan seperti masker. Khasiat ubi kentang juga sdipercayai bagus untuk menyejukkan kulit yang terbakar.

mingguanwanita

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059380 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list