
Apa guna beg tangan berjenama dan mahal andai seharian memikul beg tangan buat kamu rasa sengal-sengal badan.
Mesti ada yang tak kena kan. Nah, perhatikan tabiat-tabiat kamu dan cara kamu memilih beg tangan yang sesuai terhadap dirimu.
Pilihan beg dengan tali yang nipis - Tali beg nipis yang menjerut, apatah lagi bila beg terlalu berat boleh menyebabkan kesakitan pada otot bahu. Menggunakan tali logam pula akan memburukkan lagi keadaan. Juga, andai tali asyik menggelongsor atau buat rasa perit di bahu, ia tidak sesuai buat kamu.
Lebihan beban buat beg jadi cepat rosak – Setiap beg tangan direka untuk menampung kuantiti beban yang ideal dan bukanlah berlebihan. Maka, menyumbat segala barang kamu di dalamnya bukanlah idea yang baik andai kamu inginkan beg kamu tidak koyak dan tahan lama.
Memikul beg pada sebelah badan sahaja – Berat beg seharusnya tidak lebih daripada 10 peratus daripada berat badan kamu. Apatah lagi beg yang berat boleh menyebabkan sakit kepada dan migrain kerana menyebabkan ketegangan otot leher yang teruk. Justeru itu, biasakan diri untuk menukar beg ke bahu yang lain untuk menghilangkan rasa beban yang lama.
Elakkan bawa beg sama sahaja ke mana-mana - Elakkan menyeret beg yang sama ke mana jua kamu pergi. Tabiat sedemikian membuatkan anda meletakkan segala benda di dalam beg yang sama. Pastikan beg yang berasingan untuk tujuan yang berlainan, bukannya memuatkan semuanya dalam satu beg tangan yang besar.
Meletakkan beg di lantai - OMG!! Ini adalah satu kesalahan yang besar. Bukan sahaja beg kamu jadi cepat kotor, bahkan kamu mengumpul bakteria seperti Staph dan E. Coli yang boleh menyebabkan jangkitan pada kulit. So, beware girls!
Kiteria Harus Lihat Sebelum Membeli Beg Tangan Beg tangan haruslah ringan - Sebelum mengisi segala ‘harta karun’ dalam beg, tengok dulu berat beg ini sendiri. Kebanyakan rekaaan beg hari ini ‘disaratkan’ dengan aksesori yang berat seperti buckles dan rantai logam. Kemasan kulit juga menambah berat pada beg. Justeru itu, pilih beg yang ringan sebelum menambahkan lagi beban yang harus kamu pikul.
Panjang, tali pemegang haruslah betul –Perhatikan juga panjang tali beg, andai terlalu pendek, ia mengganggu hayunan tanganmu, andai ia terlalu panjang, ia membataskan pergerakanmu pula. Beg harus separa dengan paras pinggangmu.
remaja
|