CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12622|Reply: 0

Fahami 10 'Mood Swing' Lelaki & Bagaimana Cara Nak Respon

[Copy link]
Post time 29-10-2015 07:07 PM | Show all posts |Read mode


Seperti gadis, mood lelaki juga boleh berubah dalam sekelip mata. Tengah-tengah happy-happy, tiba-tiba tak semena-mena si dia jadi bad mood.

Apa punca dan apa nak buat bila lelaki tiba-tiba mood swing? Teruskan membaca.

1 - Si Dia Sibuk
Bila lelaki sibuk dengan tugasannya, janganlah kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja,membeli-belah, makan dan sebagainya.Kebiasaannya lelaki akan komited dengan kerja yang dilakukan dan tidak suka diganggu dengan perkara yang remeh. Oleh itu, biasakan diri kamu wahai si gadis dalam memahami jiwa kacau si dia.

2 - Si Dia Romantik
Wah! Seronoklah sekiranya bila si dia tiba-tiba romantik.Bila si dia seorang yang romantik, gunakanlah sifatnya ini dengan mengajaknya bersiarsiar di tepi pantai mahupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengimbau kembali saat pertama perkenalan kamu berdua. Cara ini lebih mengeratkan hubungan cinta yang telah lama terjalin.

3 - Si Dia Baran/Marah
Situasi ini paling ditakuti untuk kamu mendekati seorang lelaki. Bila berhadapan dengan lelaki seperti ini, lebih baik kamu berdiam diri sehingga kemarahannya sedikit reda. Jangan pula masa ini kamu mengajaknya bergurau senda, silap-silap kaki boleh naik ke muka!

4 - Si Dia Penat
Bila lelaki penat, kebiasaannya mereka akan berdiam diri ataupun tidur untuk berehat. Oleh itu, janganlah masa ini kamu mengadu perkara ataupun sibuk bercerita tentang perkara-perkara remeh yang menjengkelkan. Selain itu, jangan pula menambah bebanan dengan mengajaknya melakukan perkara yang boleh menambah kepenatannya. Fahamilah bahawa mereka juga manusia biasa.

5 - Si Dia Sporting
Apabila berhadapan dengan situasi si dia suka buat selamba sahaja terhadap kamu, rancang sesuatu yang boleh mengambil perhatian si lelaki. Tarik perhatiannya dengan mengajaknya melakukan sesuatu yang lasak seperti mendaki gunung mahupun menyelam di dasar laut. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang gemarkan cabaran.

6 - Si Dia Bad Mood
Bila si dia tengah tak ada mood, biarkan di bersendirian sehingga dia sendiri yang mencari kamu. Jangan hairan jika lelaki yang tengah 'moody', mood swing mereka mengalahkan gadis yang tengah PMS!Kebiasaannya, situasi sekeliling, masalah atau tak puas hati dengan kamu adalah faktor yang menyebabkan lelaki bad mood.

7 - Si Dia Jadi Kuat Mengongkong
Bila si dia jadi kuat mengongkong dari kebiasaannya, pastinya cukup menyeksakan. Lelaki yang berbuat sedemikian sebenarnya takut akan kehilangan teman wanitanya. Apabila berhadapan dengan situasi ini, kamu perlu menjelaskan kepadanya bahawa kamu juga mampu membuat keputusan sendiri agar tidak menjejaskan hubungan yang dibina.

8 - Si Dia Ego
Adatlah bila terjadi perselisihan, pasti si lelaki ego sukar untuk mengakui kesilapan sendiri. Jadi, jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang sikapnya yang ego itu. Ini kerana lelaki tidak menganggap dirinya ego sebaliknya ia adalah suatu ketegasan.

9 - Si Dia Cemburu
Perkara ini harus kamu ambil tindakan segera andai kamu terbuat perkara atau berhadapan dengan situasi yang membuatkan dia cemburu. Tunjuk yang dia satu-satunya untuk kamu. Paling penting, jangan cuba-cuba usik dia dengan perkara yang membuat dia cemburu kerana ia akan membuatnya marah/merajuk.

10 - Si Dia Diam
Perempuan kalau tengok pasangan korang diam seribu kata, janganlah nak terus buat kesimpulan apa-apa seperti 'dia tengah bosan dengan kamu' atau seangkatan dengannya. Mungkin si dia tengah memikirkan cara nak selesaikan sesuatu masalah tanpa menyusahkan kamu (kerana tak mahu dilihat lemah/ego). Jadi, tunggu sebentar sampai si dia ceria kembali.

Kesimpulannya, lelaki sangat mudah difahami jika kamu straight to the point. Jangan sesekali gunakan bahasa tubuh kerana lelaki tak suka berteka-teki dengan apa yang kamu inginkan. Begitu juga dengan mood mereka, kalau tiba-tiba berubah, tentu ada perkara yang tak kena sama ada kamu sedar atau pun tak. Jadi, bersabar dan layanlah kerenah mereka sekejap.


remaja

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.513619 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list