CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3180|Reply: 1

Bagaimana Solat Istikharah Tentukan Jodoh?

[Copy link]
Post time 3-11-2015 10:03 PM | Show all posts |Read mode

Salam Pakar Cinta, saya nak tanya. Sejauh manakah petanda atau petunjuk istikharah dalam menentukan jodoh yang terbaik untuk kita?

Bagaimanakah sekiranya saya meminta ibu melakukan solat hajat bagi mendapatkan petunjuk dan dia mendapat mimpi lelaki itu muncul, walhal lelaki itu baru sahaja memutuskan hubungan kami setelah kami berkawan selama 2 tahun.

Mohon penjelasan dari Pakar Cinta. Terima kasih.

Insan Keliru, Kuala Lumpur.

Jawapan Pakar Cinta:

Solat istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada sesuatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentukan aspek kebaikan dalamnya kerana mempunyai pilihan yang sama.

Contohnya, saudari ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan yang tepat. Begitu juga dengan perkara lain.

Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkannya. (Sabiq 1:139-40).

Caranya amat mudah iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat, iaitu bukan termasuk solat fardhu. Ia cukup dengan solat rawatib selepas solat fardu atau tahiyyatul masjid dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu dengan membaca mana-mana ayat selepas Fatihah.

Kemudian apabila selepas membaca doa seperti di bawah dengan permulaannya memuji Allah dan diikuti selawat atas Rasulullah dan dibaca doa khusus istikharah.

Rasulullah bermaksud:

“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu.

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung.

Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.

Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.”

(Riwayat Bukhari)

Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya.

Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat istikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dengan jangan ragu-ragu lagi.

Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya.

Solat hajat yang dilakukan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi tersebut bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam.

Gunakan akal dan pengalaman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.

pakarcinta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 03:11 PM | Show all posts
tapi ramai yang salah, bila solat istikharah je mesti mimpi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035296 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list