View: 1590|Reply: 0
|
10 Sebab Ini Adalah Alasan Mengapa Kamu Tidak Perlu Bersedih Bila Kena Reject
[Copy link]
|
|
Ya, ‘rejection’ itu memang sesuatu yang memeritkan. Lebih lagi apabila kamu mempunyai banyak kenangan indah bersamanya sejak mula bertentang mata.
Namun jangan bersedih, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya! Adakalanya tolakan itu memberi 1001 kebaikan pada diri.
Jadi, jom ketahui 10 alasan mengapa kamu tidak perlu bersedih saat berhadapan dengan tolakan.
# 1 : MUHASABAH DIRI
Walaupun tindakan berdiam diri lebih menyakitkan di dalam hati, namun ia dapat membantu kamu untuk mengeluarkan segala semangat negatif yang terbuku dalam diri. Cara ini akan menyedarkan serta membuka mata kamu atas segala kesalahan yang telah kamu lakukan selama ini.
# 2 : PERBAIKI DIRI
Apabila kamu menyedar segala kesalahan itu timbul dari kamu, secara automatik ia akan membantu kamu untuk memperbaiki diri menjadi seorang individu yang lebih baik. Jadi mengapa perlu bersedih jika ia mendatangkan kebaikan pada diri kamu sendiri bukan ?
# 3 : LIHAT DIRI DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA
Penolakan memaksa kamu untuk mendalami diri dengan lebih dalam lagi. Ia juga akan membantu kamu untuk mengenali diri jauh berbeza dari kebiasaan. Jika selama ini kamu sangka kamu seorang individu yang mesti mempunyai pasangan, penolakan akan membuktikan sebenarnya semua itu hanya mitos dan hakikat sebenar kamu adalah individu yang berdikari.
# 4 : MENGENALI DUNIA
Mungkin selama ini kamu hidup dalam dunia kamu sendiri dan jarang melihat realiti, penolakan mampu membuatkan kamu lihat dan kenal dunia yang sebenar. Girls, inilah realiti hidup. Adakalanya kita di sakiti dan ada kalanya kita akan dilayan seperti seorang puteri.
# 5 : BELAJAR PEKARA YANG LEBIH SERASI DENGAN KAMU
Jangan bersedih, sepatutnya berterima kasih. Pekara seperti ini mengajar kamu untuk mencari dan mengenali apakah dan siapakah yang paling serasi dengan kamu. Ingat, kesalahan adalah pengajaran hidup yang paling bermakna.
# 6 : TRANSFORM GAYA, PEMIKIRAN DAN BAKAT
Kepedihan yang kamu tanggungi juga akan membuatkan kamu transform diri kamu menjadi seorang yang lebih bergaya. Malah ia juga akan mengubah cara pemikiran kamu secara tidak langsung. Oleh itu, pasti kamu akan temui bakat baru dalam diri.
# 7 : JADI SEORANG YANG BERSAING DENGAN CARA POSITIF
Situasi ini mengajar kamu untuk bangkit dan bersaing secara sihat. Ini kerana, apabila kamu gagal sekali dalam perhubungan ia akan mengajar kamu untuk jadi yang lebih baik dari sebelum. Maka, ia akan memberi kesan yang positif dalam hubungan kamu yang baru.
# 8 : PERKUKUHKAN LAGI SEMANGAT
Keadaan ini juga akan membantu kamu untuk menjadi seorang individu yang lebih kuat dan tabah. Sedikit demi sedikit kamu akan belajar untuk terus bersabar dan tidak terlalu mudah untuk menangis demi orang yang tidak bermakna.
# 9 : MEMBANTU KAMU MENGENALI SAHABAT SEJATI
Bonus for you! Situasi kamu yang sebegini akan membantu kamu menilai dan mengenali siapa sahabat sejati kamu. Bak kata orang, dalam beribu kawan ketawa yang kita ada, belum tentu ada seorang yang sanggup susah senang serta menangis bersama kita. Jadi, cuba lihat sekeliling siapa yang sering memberi semangat pada kamu adakah orang yang kamu harapkan atau sebaliknya.
#10 : MENGAJAR KAMU UNTUK MENERIMA
Girls, dalam dunia ni tiada benda yang mustahil. Kamu perlu belajar untuk menerima segala suratan hidup kamu. Penolakan akan mengajar kamu erti kekalahan. Namun ia bukanlah untuk selamanya. Mungkin ada sesuatu yang perlu kamu fahami sedalamnya.
remaja
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|