CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 0

Nak Bahagia, Pilihan Keluarga Atau Sendiri?

[Copy link]
Post time 12-11-2015 12:36 PM | Show all posts |Read mode


Bahagia dalam perkahwinan hanya akan wujud jika ada gabungan cinta dan tanggungjawab. Takkan bahagia hanya dengan cinta tanpa pelaksanaan tanggungjawab. Dan takkan bahagia hanya dengan usaha melaksanakan tanggungjawab tanpa cinta. Malah mencintai pasangan adalah juga satu tanggungjawab bermaksud wajib dan perlu. Malangnya ramai isteri yang kekalkan status isteri tanpa rasa kasih kepada suami.


Pegang petua ini:

1. Mudah, kalau anda kahwin pilihan sendiri, yakinlah kasih sayang sudah wujud.

2. Tapi kalau anda berkahwin atas pilihan ibu bapa dan kasih belum wujud, akad nikah yang menjadikan hubungan anda sebagai suami isteri yang sah menjadi titik mula untuk anda wajib dan perlu mencintai pasangan.

3. Sama juga jika berkahwin atas dasar cinta dan kini, setelah mengharungi ranjau berumah tangga dan anda mula sedar, cinta dah pudar, anda tetap perlu berusaha untuk membangkitkan semula cinta tersebut.



Perlu cari sebab dan alasan kenapa cinta itu pergi atau telah mati? Kajian membuktikan, isteri terlalu sukar untuk tidak lagi menyayangi suami kecuali terlalu kecewa setelah peluang yang kerap kali diberi kekal dikhianati atau isteri mula ‘perlukan’ orang lain di dalam hidupnya yang diyakini lebih baik atau memahami berbanding si suami.



Sungguh! Cinta adalah satu perasaan yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan. Dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: “Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan (hubb) terhadap apa yang diingini....” Tika dirinya tidak lagi diperlukan bererti tiada lagi kasih atau cinta.



Masalah yang kerap menjadi punca kepada terhakisnya cinta ialah komunikasi yang lingkup. Masing-masing menuding jari konon pasangan gagal memahami. Jalan terbaik, berikan peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan difahami. Kalau anda jenis sukar nak faham; bertanya dan berbincanglah. Jika anda sukar difahami; jelaskan dan berterus teranglah. Jangan hanya berdiam diri sebab orang lain tak faham jiwa dan diam anda boleh difahami dengan pelbagai makna.




Ya! Setiap individu mahu yang terbaik. Tapi pilihan perlu dibuat sebelum sah ikatan suami isteri. Bila perkahwinan wujud, suami atau isteri dah tak boleh main-main, anda kena terima pasangan seadanya.



Kita tak mungkin dapat mengubah sikap malah hati orang lain. Tapi kita boleh berusaha agar hatinya malah sikapnya berubah menjadi lebih baik. Jika Dia izinkan, insya-Allah usaha dan doa kita berhasil. Tapi kalau dah buat segalanya, si dia masih takuk yang sama dan jenis tak boleh terima nasihat orang, sudah tiba masanya anda mengambil keputusan berbeza. Tak perlu kekal dalam rumah tangga yang hanya tabur derita dan paling ditakuti, sekadar mengundang dosa!

mingguanwanita


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045356 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list