CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1236|Reply: 0

Si Dia Kantoi, Perlu Ke Bagi Peluang? Ini Jawapannya

[Copy link]
Post time 19-11-2015 08:07 PM | Show all posts |Read mode


“Ini kali pertama suami saya kantoi curang di belakang saya. Suami berjanji takkan ulangi lagi tapi saya rasa tertipu sangat. Perlukah saya berikan dia peluang lagi?”


Hanya dengan kemaafan, kesilapan boleh diterima sebagai air yang mengalir, sejuk dan mendamaikan, tidak lagi menyakitkan hati. Cuma, adakah hanya dengan memaafkan, peluang masih ada? Wajarkah peluang diberi?


Ramai yang boleh maafkan, tapi belum tentu mampu lupakan. Adakah sekali tersalah, tiada lagi peluang untuk seseorang itu membuktikan dia telah berubah?


Realitinya, hidup bererti memberi peluang. Sebabnya, Allah SWT sebagai pencipta sekalian makhluk, Maha Hebat, Maha Penyayang, masih memberi peluang buat hamba Nya yang berdosa. Apalah sangat jika dibandingkan dengan kita sesama manusia.


Suami atau isteri terlalu sukar untuk memberi peluang untuk pasangan membuktikannya telah berubah. Walaupun hubungan masih diteruskan tetapi kesilapan silam digunakan sebagai senjata untuk menjerat diri agar tidak mempercayakan pasangan lagi. Sama juga dengan hubungan persahabatan atau persaudaraan, sekali tersalah seperti dipersalahkan sepanjang hayatnya.


Ramai seakan terlupa, rakan anda manusia, musuh anda manusia, pasangan anda manusia, anda juga manusia yang masing-masing tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Cinta membuatkan manusia terpedaya, nafsu pula membuatkan manusia buta. Kedua-dua keadaan ini cukup untuk menenggelamkan seseorang. Bezanya sama ada orang tersebut akan terus lemas atau berjaya diselamatkan.


Siapa yang menyelamatkan bukan penentu hala tuju masa depannya kerana yang pasti, Allah masih memberpayah sangat nak memberikan peluang dan harapan yang sama? Akuilah kebenaran, hidup kita ibarat roda, ada tikanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Maafkan  dan berikan peluang sebab jika anda di tempat yang sama, akan ada orang lain yang akan memaafkan dan memberi anda peluang yang sama.


Sejauh mana peluang boleh diberi? Sekali? Dua kali? Tiga kali? Kalau mengikutkan hukum perceraian, peluang boleh diberi melebihi tiga kali. Sebenarnya, berapa jumlah peluang yang boleh diberi tidak ditentukan had minima malah tidak juga ditetapkan had maksima. Selagi berdaya menjadi hamba yang adil dan redha dengan kesan daripada tindakan anda memberikan peluang, anda bebas untuk terus memberikan peluang kepada sesiapa sahaja. Redha bermaksud anda berlapang dada dan adil bererti anda tidak menganiayai diri anda sendiri.


Lantas, berikan peluang selagi daya dan kepada manusia yang diberikan peluang, ambillah teladan dan pengajaran dan mengertilah, manusia yang penuh kesabaran akan mengambil keputusan nekad dan muktamad, jauh dari segala sangkaan anda. Jangan sampai anda merana kerana dia tidak lagi percaya...!



mingguanwanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.523596 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list