CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3150|Reply: 1

6 Tips Yang Perlu Anda Praktik Agar Kekasih TIDAK Curang!

[Copy link]
Post time 21-11-2015 12:25 AM | Show all posts |Read mode


Kekasih Curang.Mengetahui kekasih curang memang memedihkan hati!
Cinta sejuta warna dan penuh dengan pelbagai rasa! Bagi anda yang sedang jatuh cinta, sudah pasti dunia ini seakan milik kalian berdua.Hari-hari terasa cukup indah. Cinta telah membuatkan anda jadi lebih bersemangat dan ingin selalu bahagia.
Ketika baru-baru jatuh cinta, apa sahaja yang terbayang di ruang mata anda hanyalah kesempurnaan si dia. Namun, setelah sekian lama menyulam cinta bersama, keserasian itu terasa semakin berkurangan.Banyak perkara boleh mengganggu hubungan cinta.
Salah satunya adalah apabila kekasih curang! Ketika mengalaminya, hati terasa amat sakit dan hancur berkeping-keping. Semua keindahan cinta yang selama ini anda nikmati seakan hilang sirnanya. Umumnya perilaku curang ini tidak hanya disebabkan sikap seseorang yang kurang bertanggungjawan, kurang komitmen dan hati busuk. Sebaliknya, kecurangan itu berlaku seakan diundang oleh sikap-sikap buruk pasangannya sendiri.
Apapun penyebabnya, perilaku curang tetap salah dan tidak wajar dicontohi. Orang yang baik akan membina dan mengakhiri perhubungan yang terjalin dengan cara yang baik. Supaya tidak dicurangi kekasih, ada baiknya anda membina benteng diri anda sendiri!

Apa yang perlu anda lakukan supaya kekasih tidak curang:
Agar pasangan mempunyai komitmen, anda juga harus memiliki komitmen pada perhubungan tersebut. Sebahagian kekasih curang kerana pihak perempuan yang terlebih dahulu curang. Jika anda tidak ingin kekasih curang, jangan cuba-cuba ‘bermain hati’ dengan lelaki lain. Syukurilah pasangan yang ada di hadapan anda.

Cemburu memnag salah satu tanda bahawa anda amat mencinta si dia. Ramai pakar cinta yang berpendapat bahawa cemburu diperlukan untuk meningkatkan perasaan kasih sayang dan cinta. Namun, cemburu yang dimaksudkan adalah cemburu yang mengenal batasan dan bukannya cemburu buta!Cemburu yang berlebihan akan membuatkan si dia seolah dicurigai pada setiap saat. Keadaan ini sudah pasti akan membuatkan si dia berasa tidak selesa dan apabila timbul perasaan tidak puashati tersebut, tentu mudah bagi si dia untuk berpaling kepada gadis lain.
  • Jadilah BFF nya
Sebahagian orang berkomunikasi dengan pasangannya hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah cinta. Jadilah BFF atau sahabat karib si dia. Ketahui dan berikan si dia semangat untuk diri dan keluarganya. Jadilah tempat si dia mencurahkan rahsia hati serta ringankanlah beban hidupnya dengan mendengarkan segala keluh kesahnya.

Terikat dalam sesebuah perhubungan bukan bermakna, lelaki dan wanita mesti sentiasa berkepit dan harus tahu dari A hingga Z tentang pasangan.Meskipun mempunyai pasangan, normal apabila seseorang ingin memiliki waktu sendiri dan tidak ingin memberitahui beberapa perkara tentang dirinya. Jangan lupa bahawa si dia juga memerlukan ruang privasi untuk dirinya. Jangan masuk campur dalam semua urusannya.

Setiap orang, tak kira lelaki mahupun wanita pasti memerlukan perhatian dan pengertian daripada pasangannya. Orang yang cenderung mementingkan dirinya sendiri akan membuatkan pasangan tidak selesa untuk berada di sisinya.Jika tidak dengan sikapnya dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian bersama, tidak mustahil keadaanini akan membuka hatinya pada orang lain yang lebih memberi perhatian dan peduli dengannya. Sentuhlah hati si dia dengan penuh kasih sayang dan ketulusan kerana inilah yang akan membuatkan hubungan anda berdua terus bertahan.

Jadilah gadis atau wanita yang bijak, berdikari, kreatif dan aktif. Kebanyakan lelaki menyukai gadis atau wanita yang bijak dalam berbagai perkara dan boleh membantu dalam menemukan jalan penyelesaian tiap daripada masalah yang dihadapinya. Gadis atau wanita yang bijak dan kreatif juga menjadi kebanggaan lelaki. Hindari sikap terlalu pendiam, tetapi komunikatiflah agarboleh menyampaikan pesanan yang baik kepada pasangan.

Kesimpulan
Tidak dinafikan perilaku kekasih jurang adakalanya disebabkan oleh keperibadian si dia yang memang tidak baik. Tetapi, jika anda telah melakukan pelbagai usaha secara maksimum untuk mempertahankan hubungan, namun kekasih tetap curang, bersyukurlah kerana anda boleh terlepas daripadanya. Ini adalah kerana kekasih curang yang bersikap seperti itu sememangnya tidak layak untuk anda pertahankan. Berpisah jauh lebih baik daripada anda menghabiskan banyak waktu, tenaga dan fikiran untuk si dia yang mempunyai niat yang tidak baik!


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2015 07:58 AM | Show all posts
well...bagu bagus tips tu untuk ' memastikan' si dia seorang hamba ALLAH tidak curang

tapi alangkah bagusnya kalau si dia itu tahu apa tujuan dia hidup di dunia, apa yg diikrarkan dalam solat ( sekiranya solat lah ) dan tahu apa yg berada di bahu kanan dan kiri  - masih mahu curang?

hmm?

pada saya  - adakah alasan seseorang wanita itu dull dan tak kreatif etc menghalalkan kecurangan ? ataupun asbab ? sekiranya asbab - apakah  si dia tidak berkapasiti memilih untuk yg baik daripada  yg batil / jahat, dalam kapasitinya boleh menimbangkan sesuatu yg waras?

tewas nafsu, kalah emosi atau ...tak tahu apa yg di kanan atau  kiri - so balik pada individu itu

yg lain just asbab...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.182483 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list