CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 0

Malu Dikatakan Tak Laku Buat Ramai Wanita Salah Memilih Pasangan Hidup!

[Copy link]
Post time 23-11-2015 09:01 PM | Show all posts |Read mode

Memilih Pasangan Hidup. Bukan semudah seperti menukar baju!
Anda mungkin pernah mendengar, bahkan anda mungkin juga pernah membuat kesilapan dalam memilih pasangan hidup. Jika hubungan yang terjalin masih dalam tahap ‘biasa-biasa’ memang tidak jadi masalah untuk anda mengakhiri perhubungan tersebut. Namun, ia berbeza jika anda sudah berkahwin, tentulah tidak mudah untuk anda meminta “cerai”.
Apa sahaja yang terjadi dalam hidup anda atau dalam perhubungan cinta anda, anda tidak seharusnya trauma atau terus membenci kaum lelaki.
Berikut beberapa kesilapan dalam memilih pasangan hidup yang perlu anda ketahui atau hindari:

Perkara pertama yang sering membuatkan ramai wanita yang salah dalam memilih pasangan hidup adalah kerana berasa tertekan kerana teman-teman sebayanya sudah mempunyai pasangan, sedang dirinya masih lagi sendiri.Keadaan jadi semakin rumit apabila teman-teman yang dahulu sering jadi peneman kini sudah tidak punya waktu lagi untuk dirinya. Masing-masing sibuk dengan urusan cinta dan disebab itulah ramai wanita yang tidak berfikir panjang untuk menerima mana-mana lelaki yang mendekatinya walaupun dia tidak menyukainya sangat.Jaringan pergaulan yang tidak begitu luas juga menjadi salah satu penyebabwanita sukar bertemu dengan pasangan yang serasi.

  • Berubah Setelah Berjaya Menakluki Hati
Memang lumrah manusia, belum dapat semuanya nampak manis belaka! Selalunya belang lelaki mula menampakkan taringnya setelah si dia berjaya menakluki hati anda. Sifat-sifat aslinya kian terserlah sewaktu bercinta sehingga membuatkan anda mungkin rasa menyesal dan ingin mengakhiri perhubungan tersebut. Jadi, sebelum terlambat fikirlah baik-baik, adakah anda sanggup untuk terus bersama sepanjang hayat anda dengan lelaki yang punya sifat begitu. Tepuk dada, tanya hati anda!

  • Tidak Percaya Dengan Kata Hati Sendiri
Meskipun anda rasakan tidak perlu mendengar nasihat atau pertimbangan daripada orang lain, namun bagus juga jika anda turut memikirkannya baik-baik. Kadang-kadang tidak semua yang diperkatakan orang itu betul. Boleh jadi juga, baik bagi mereka dan tidak elok untuk anda. Jadi, dalam apa-apa perkara pun, anda perlukan masa anda sendiri untuk merenung dan memikirkan masak-masak apa yang menjadi keputusan anda sebelum anda memutuskan sesuatu.

  • Cinta Adalah Segalanya Buat Anda
Walaupun cinta diperlukan dalam menjalinkan hubungan, namun masih ada perkara-perkara lain yang perlu anda pertimbangkan dalam menjalinkan perhubungan. Cuba renungkan kembali, mungkin selama ini anda telah mengabaikan perkara-perkara yang terjadi di antara anda dan si dia dengan alasan kerana anda terlalu mencintainya. Sedangkan masalah tersebut perlu anda selesaikan agar tidak wujud masalah yang lebih besar. Sebenarnya perkara tersebut akan membuatkan anda menjadi lebihjujur terhadap diri sendiri dan pasangan.
http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list