CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3045|Reply: 3

8 Ciri Anda & Si Dia,Pasangan Serasi

[Copy link]
Post time 24-11-2015 09:57 PM | Show all posts |Read mode


Pasangan Serasi.Romantisnya bila melihat pasangan selebriti yang bercinta, ala bercinta mahupun sudah berumah tangga. Adakalanya tersenyum sendiri apabila melihat keserasian mereka.
Pasti ada juga yang membayangkan jika anda berada di tempat mereka. Tak salah kalau nak berangan, tapi jangan sampai gila bayang ya. Sebenarnya, WOM.my cukup teruja untuk membicarakan tentang topik pasangan serasi. Untuk lebih seronok anda membacanya, WOM.my turut selitkan beberapa kisah pasangan selebriti  yang kelihatan cukup serasi bila bersama. Jom, semak!
1. Zul Ariffin dan Aida Jebat
Pasangan ini kelihatan sangat serasi dan  dikatakan sangat sesuai jika mereka mempunyai hubungan istimewa. Oops, jangan salah faham. Mereka hanya digandingkan dalam drama ‘Rindu Awak 200%’ dan M.A.I.D yang sangat memberi kesan kepada penonton, sampai ada yang berharap untuk mempunyai suami seperti Zul Ariffin. Hentikan angan – angan anda kerana Zul Ariffin sudah berpunya!

2. Sharnaaz dan Nelydia Rose
Keserasian mereka berdua memang tidak dapat dinafikan lagi. Setiap adegan dalam drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’ memang hidup, seolah-olah seperti realiti. Tetapi pada hakikatnya mereka hanya memegang watak sebagai suami isteri. Karakter Sharnaaz yang sangat bersahaja dan sangat bertanggungjawab, ditambah pula dengan karakter Nelydia yang begitu manja benar-benar membuatkan mereka seolah-olah serasi untuk bersama.

3. Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Keserasian mereka berdua sudah terbukti dan menjadi contoh kepada pasangan-pasangan lain. Mana tidaknya, mereka sudah pun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel. Serasi tidak hanya terletak pada faktor fizikal atau sebagainya, namun persefahaman di antara kedua belah pihakjuga penting dalam perhubungan.

4. Zain Saidin dan Rozita Che Wan
Usia bukan penghalang untuk mengecapi kebahagiaan. Berbeza usia pun boleh bahagia juga, yang penting keserasian itu ada dalam diri pasangan. Kebahagiaan pasangan ini semakin mendalam setelah dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel.

5. Asyraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
Nama pelakon berdarah campuran Inggeris ini kurang kedengaran di Malaysia setelah berkahwin dengan artis cantik jelita dari seberang, Bunga Citra Lestari. Buat pengetahuan semua, mereka telah diiktiraf sebagai pasangan paling serasi oleh media dari Indonesia bersama sembilan lagi pasangan selebriti lain.
Ini adalah sesuatu yang baik bagi sebuah industri hiburan yang besar seperti Indonesia. Mereka dikatakan sentiasa bersama ke mana-mana majlis juga lokasi kerja. Manakala dalam isu penjagaan anak pula, keduanya tidak pernah berkira dan sentiasa bantu-membantu membesarkan anak mereka, Noah Sinclair. Inilah yang dinamakan serasi bersama.

Bagaimana pula dengan anda? Jom Kenali Ciri-Ciri Pasangan Serasi.
Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan iaitu dari segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. Senang cakap, sanggup susah senang bersama, ketawa dan menangis pun bersama-sama.

2. Menerima diri kita seadanya
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.Sebagai perempuan pula, kita juga harus reda dengan kekurangan dan kelebihan pasangan. Dengan cara itu nyata si dia adalah pasangan yang serasi buat kita.

Jika tiba musim perayaan kita boleh mengukur tahap keserasian pasangan kita. Rancang betul-betul jadual pulang bermalam dengan keluarga dan patuhi perancangan yang dibuat. Jangan khianati pasangan anda dengan kerenah merajuk yang bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tiba giliran kita, dengan senang hati pasangan akan mengikut kita pula.

4. Berkongsi menanggung keluarga  
Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Jangan amalkan, ‘duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!’ Kalau begitu gayanya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin.

5. Memiliki cita-cita masa depan yang serupa
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka melancong atau suka ramai anak. Lebih-lebih lagi jika mempunyai cita-cita masa depan yang serupa. Tindakan yang serentak juga akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

6. Boleh membaca gerak hati kita
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. Kemudian saling memaafkan dan bermaafan sepanjang masa jika berbuat silap.


8. Memiliki wajah yang serupa
Ramai orang beranggapan bahawa jika pasangan itu memiliki wajah yang serupa mereka dianggap sebagai pasangan yang serasi. Adakah pendapat ini benar? Mungkin ya, kerana semakin lama sesebuah pasangan hidup bersama, wajah mereka akan menjadi mirip benar. Sebabnya mereka makan, minum, merasai persekitaran yang sama dan juga bergaul dengan kelompok orang yang sama. Jadi, jika diperhatikan semakin lama pasangan itu hidup bersama, keserasian mereka amat terserlah. Itu petanda jodoh mereka  itu kekal hingga ke akhir hayat.
Namun begitu, pendapat di atas hanyalah untuk renungan dan difikirkan bersama. Kita boleh mewujudkan keserasian antara pasangan dengan usaha dan berdoa juga. Untuk serasi bukannya boleh makan setahun dua, ia perlukan masa.

http://www.wom.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 01:35 AM | Show all posts
hahahhahaahahahahahahahahahah

really ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:16 AM | Show all posts
wajah serupa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 05:32 PM | Show all posts
wajah serupa tu utk sedapkan hati je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039882 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list