View: 3442|Reply: 3
|
4 Cara Kenali Bahasa Rindu
[Copy link]
|
|
4 Cara Kenali Bahasa Rindu
Kala becinta, perasaan rindu itu selalu bermain di jiwa. Jangan tipulah jika tidak pernah terbit perasaan itu saat berjauhan. Paling teruk jika ada si angat yang sudah pun rasa rindu walaupun baru sekejap bertemu.
Mesej-mesej di telefon bimbit selalu berbaur perasaan rindu kepada si dia. Pada ketika itu, pastinya tersenyum-senyum kala membaca mesej. Bahasa-bahasa yang dikatakan jiwang karat kerap menjadi perantaraan. Berikut adalah 4 cara kenali bahasa rindu sepertimana yang dilampirkan Majalah Wanita.
Asyik teringat akan wajah si dia walaupun anda sedang melakukan apa-apa aktiviti sekali pun. Selalunya anda teringat wajah kala sedang membuat kerja di pejabat. Pantang ada waktu senggang, wajah dan nama selalu bermain di fikiran. Pantang telefon bimbit berbunyi anda mengharapkan itu adalah tanda si dia menghantara mesej ataupun menelefon anda.
Jika nama orang lain yang terpapar di skrin telefon bimbit anda, anda seolah-olah kecewa. Masa bersama dengannya terasa begitu singkat. Walaupun sudah bersembang di telefon selama sejam, anda baru berasa seolah-olah hanya lima minit bercakap dengannya. Sah anda sedang rindu dengannya. Resah gelisah adalah petanda anda diserang rindu. Terasa seperti mahu sentiasa dengannya sahaja.
Jika tidak bertemu sekali pun, anda mahu mendengar suaranya. Paling tidak mendapat mesej daripanya. Walau hanya sepatah seperti ‘hai’ atau ‘good morning’ itu sudah memadai.
|
|
|
|
|
|
|
|
wowwwwwwwwww...that cat is very cute
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
adik buluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
btol smua tu betollll sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|