CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1387|Reply: 0

Lantaklah Suami Kahwin Lagi, Dunia Belum Kiamat!

[Copy link]
Post time 17-12-2015 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Adakah aku rela dimadukan? Jawapannya, walaupun rela aku belum tentu dapat masuk syurga.


Aku protes dalam diam. Pasti hati aku beku. Tidak dapat menerima kenyataan yang merupakan gempa bumi bagi sebahagian wanita bila suaminya bernikah lagi. Rasa seperti dunia menjadi gelap dan hati aku hancur sekeping demi sekeping.


Tanpa izin isteri sekalipun, suami dibolehkan menikah satu lagi jika cukup syarat syarie. Demikian penjelasan yang aku dengar daripada ustaz dalam satu ceramah di masjid berhampiran rumah. Bagi aku, penjelasan ini sudah sering terdengar dan aku sudah hafal semua.


Mengapa Rasulullah berkahwin ramai, itulah yang menjadi alasan kebanyakan suami dengan mengatakan ingin mengikuti sunah rasul.


Rasulullah berbeza. Semua wanita yang dinikahinya meninggalkan sejarah tersendiri dan pernikahan Rasul sangat agung serta semua diniatkan kerana Allah SWT. Setiap perkahwinan Rasul mempunyai nilai perjuangan serta dakwah. Dan yang jelas, semua isteri Rasul pasti masuk syurga walau semuanya dimadukan.


Kecuali isteri pertama baginda, Khadijah. Ketika hayatnya, Khadijahlah satu-satunya isteri tanpa perempuan lain di sisi Rasul.


Namun bagaimana dengan aku? Sungguh aku tidak bersedia dimadu tapi aku tidak mahu jadi isteri derhaka. Bermadu bermakna sebelah kaki sudah ke syurga. Sebelah kaki lagi... ikut keadaan bagaimana. Redha ajelah, kalau memang itu takdir aku.


Lantaklah suami kahwin lain. Yang penting aku dapat mencapai hidup bahagia. Lantaklah apa suami mahu buat. Menangis macam mana sekali pun aku, hujung kehidupan ini adalah kematian. Dan aku ingin penghujung kehidupan yang baik.  


Itulah yang membuatkan semua kegusaran aku beransur-ansur hilang. Lantaklah suami kahwin lagi.


Lantaklah dia... tak perlu difikirkan sebab suami akan mati. Aku pun akan mati. Setiap manusia pasti MATI!


Ya, setiap yang bernyawa pasti mati. Suami kahwin lagi tapi dunia belum kiamat. Daripada memikirkan soal suami, lebih baik aku fikir cara bagaimana aku boleh melalui proses kehidupan ini dengan akhiran yang baik. Aku tidak mahu menghabiskan waktu dengan amarah dan kesedihan berlarut-larut.


Aku mahu menghabiskan sisa-sisa hidup dengan begitu bermakna, bermanfaat dan berharga bagi diri sendiri dan orang lain, kerana setiap manusia pasti mati. Agar selagi aku hidup, apa yang aku lakukan hanyalah kebaikan jariah dan manfaat semata.


Aku akan berhenti merenung. Berhenti marah-marah. Dan, berhenti bersedih.


Lantaklah suami kahwin lagi. Dunia belum kiamat. Apa yang pasti, kita semua akan mati!


• Catatan diari ini inspirasi daripada pengalaman teman-teman yang bermadu. Aku doakan yang baik-baik saja untuk mereka!
mingguanwanita

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.027769 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list