Haiwan Peliharaan. Haiwan peliharaan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman pemiliknya. Haiwan peliharaan yang paling digemari ialah haiwan yang setia, suka bermain, menarik perhatian dan comel. Mungkin ada sesetengah orang yangberasa remeh untuk memelihara haiwan kerana ia memerlukan penjagaan yang rapid an khusus. Haiwan peliharaan perlu dimandikan, dibersihkan najisnya atau ada juga yang lasak dan nakal. Tetapi disebalik itu, memelihara haiwan peliharaan sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan.
Antara manfaat untuk kesihatan yang boleh anda peroleh apabila mempunyai haiwan peliharaan di rumah adalah… Jika anda menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, ternyata situasi tersebut boleh menstabilkan dan menurunkan tekanan darah anda.
Jika anda suka bersenam dan anda boleh membawa haiwan peliharaan anda bersama. Ia akan memberikan efek pada penurunan kadar kolesterol tubuh dan perkara ini juga akan memberikan tubuh anda kekuatan untuk mencegah penyakit datang.Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.
Memiliki kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati anda dan membuatkan anda bukan sahaja tersenyum. Bahkan ketawa terbahak-bahak, jadi jagalah haiwan peliharaan anda itu seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup anda adalah tiket untuk anda bebas daripada stress dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorphin dari otak yang akan membuat anda lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif.
Jika anda berjaya menghindari daripada hipertensi dan kolesterol, menjadi penyumbang kecil kemungkinannya anda akan mengalami penyakit kardiovaskuler secara tiba-tiba. Kombinasi antara menurunkan stress, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah anda daripada risiko penyakit kardiovaskular.
Banyak yang mengataka alergi disebabkan oleh bulu haiwan, sedangkan ia sebaliknya. Jika anda memperkenalkan anak anda sejak kecil ,bahkan saat mereka berusia kurang dari enam bulan, ia akan menguatkan anak-anak anda dari alergi. Kajian membuktikan bahwa anak yang hidup dengan haiwan peliharaan lebih kebal terhadap alergi, demam dan ekzema.
Info Ekstra! Kelebihan Memelihara Haiwan 6. Peneman Binatang juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Kadang kala ketika kita sedih, ia juga akan bersedih. Sebagai contoh, kucing. Apabila kita bersedih, kucing akan datang kepada kita dan menggesel-gesel serta mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. Mereka mempunyai hati untuk memahami dan menenangkan perasaan kita.
7. Lahirkan rasa kasih sayang Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada haiwan. Walaupun haiwan tidak punya akal, namun mereka masih mempunyai hati dan perasaan. Apabila kita memelihara haiwan peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka.
8. Keselamatan Mungkin anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari jauh. Contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan menyalak supaya semua orang tersedar. Begitu juga dengan kucing, mereka juga adalah pengawal yang baik!
Haiwan Yang Sesuai Dipelihara - Kucing
- Anjing (bukan Islam)
- Hamster
- Ikan
- Sugar glider
- Kura-kura
- Burung
http://www.wom.my
|