CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ninoZ

[kompilasi] MINUMAN

 Close [Copy link]
Post time 17-4-2005 01:20 PM | Show all posts
Mocha Ice Blended  [bb_nessa]

Bahan-Bahan:
Resepi ini adalah original dari Coffee Bean & Tea Leaf

untuk dua orang
ice 2 cawan penuh
pastikan setiap cawan ber isi padu antara 300ml - 350 ml
extract
cokelat powder with sugar added 50 gram Extract ( air nescafe/kopi + susu skim )
pembahagiannya ialah setiap 2liter air kopi/nescafe dicampur 1 liter susu skim. Kalau di ikut kan kopi yang sepatutnya digunakan adalah jenis colombian - tapi nescafe menggunakan jenis rabusta so masih boleh digunakan lagi. Dan make sure nescafe itu pekat dan bukan cair ( dalam kater lain Kow Giler)
Cara:
ok mula mula isikan ice kedalam cawan sampai penuh, pastikan yang ice tersebut kecil kecil supaya senang di blen. Kemudian isi sampai penuh. masukkan pula extract tadi kedalam cawan yang berisi ice sampai lebih kurang setengah inci dari mulut cawan. dan tuangkan kedalam blender kemudian masukan pula cokelat powder dan di blen.

untuk memastikan ianya telah hancur adalah ice yang telah hancur itu akan naik keatas dan menolak ice yang di atas akan kebawah dan di blen seketika sebelum menutup suis nya.jangan terlalu lama kerana ice akan terlalu hancur dan cair (masa untuk blen antara 30-45 saat)
Cadangan Hidangan:
Tuangkan kedalam cawan dan picitkan sedikit cream di permukaan cawan
Tambahan:
Boleh juga ditambah kan 9 biji kopi dan ianya menjadi - Ultimate Ice Blended

Ditambah 9 biji kopi dan 7 biji ceri menjadi - Black forest Ice Blended

Ditambah caramel tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Ceramel Ice Blenden

Ditambah cinnamon (kayu manis) powder tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Cinnamon Ice Blenden


Jika di tambah vanilla sahaja dan cokelat powder di keluarkan akan mejadi - vanilla ice blenden
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2005 09:40 PM | Show all posts
Yogurt [zaiima]

1 liter susu ( kalau guna powdered milk, bancuh ler dulu)
2 tablespoon plain yogurt

Methods:

1. Masak susu sampai suam kuku
2. add the yogurt. Kacau sampai sebati.
3. Cover dengan cheesecloth dan tinggal selama 6 jam pada suhu bilik.
4. Bila yogurt dah cogulate ( jadi beku - texture dia macam yogurt yg kita beli), cover and simpan dalam fridge.
5. Can last up to 4 days.

Note:
Make sure susu tak terlalu panas, kalau panas sangat,
tunggu sampai dia cool balik ke suam kuku.
Susu yang terlalu panas will kill the culture dlm yogurt tu and yogurt tak akan jadi.
Kalau tak ada cheesecloth, any tudung saji yang ada lubang2 will do.
The best day to make yogurt is hari yang panas, hari redup, dia lambat/ and kadang2 tak jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 11:53 PM | Show all posts


PUNCH FRUIT COKTAIL [hanieliza]


Bahan
1 tin fruit coktail
1 kotak jus buah dalam kotak [tropikal punch brand GOODDAY]
1 cawan yogurt buah-buahan
ais kiub

Cara
1. Blenderkan yogurt dan air.
2. Masukkan dalam mangkuk besar
3. Tuangkan  fruit coktail kedalam mangkuk.
4. Masukkan dalam gelas dan masukkan ais kiub.
5. Hidangkan sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 11:55 PM | Show all posts


AIR BANDUNG CINCAU [hanieliza]


Bahan
1 cawan cincau [di potong dadu/kecil]
1/2 cawan susu pekat
1 cawan ice cream soda [jika suka]
1 liter air sejuk [cold water]
pewarna merah
ketulan ais

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam juga dan kacau.
2. Hidangkan sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 02:52 PM | Show all posts
JUS AVOCADO [pink]

Bahan-bahan :


buah avocado[sebelum dan selepas dikupas]


susu pekat


ice cube

dan juga blender

Cara-cara:
1.Masukkan kesemua bahan2 tadi dan kisar hingga hancur.
2.Sedia dihidangkan

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 03:02 PM | Show all posts
ANOTHER VERSION ::

[maisya]
my friend pernah buat dia blender isi avocado dengan plain yogurt...sedap!!

[mrs_livingstone]
amik avocado yg btul2 masak...
kupas dan lecek2 kan dlm bowl
masukkan susu pekat manis dan milo...
sesedap rasa kat mulut sendiri...he he he
simpan sejuk or makan terus

[chempaka_ku]
cara yang lebih mudah.....tak perlu kupas kulit, cuma potong dua, buang biji dan scoop isi dengan sudu....
sedap kalau campur dengan santan dan drizzle dengan coffee....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2006 10:24 PM | Show all posts
SMOOTHIES [Neksu]

Bahan2:
1 cawan soya milk/ fresh milk/yoghurt
1 biji pisang
5 biji strawberries
1 biji orange

atau apa jenis buah buahan yang di gemari:
peaches/mangga/nenas/kiwi/jambu batu/apple
avocado...dll

Masukkan kesemua buah buahan dan susu kedalam
blender dan blend sampai smooth.
Hidangkan kedalam gelas.
Kalau suka boleh dihias dengan potongan buah buahan
dan almonds/cashew nuts/pine nuts

Kalau nak minuman yang lebih sejuk, boleh di masukkan
beberapa ketul ice kedalam blender.


BANANA SMOOTHIE [Lindt]

1/2 cup fresh milk
1 banana
1/4 cup plain/fruit yogurt
1 tsp honey
1-2 scoops vanilla ice cream/yogurt

Blend all ingredients until smooth.
Pour into chilled glass & serve.
(ataupun lepas blend masukkan jap dlm fridge...sodap)


Avocado Smoothie/Milkshake [fairyjasmine]


1 biji avocado
Fresh milk (agak2 nak smoothie tu pekat/cair)
Gula merah(secukup rasa)

Blend semua bahan di atas...
Transfer masuk dalam gelas..

Minum ler..kalau nak sedap lagi, taruk ice cubes...

A very good drink esp for kids/preggy mum sbb avocado is rich in all those essential fatty acids, ggod for brain development..sedapp lak tu hehhe


Strawberry/Peach Frappe [Tenko]
2 peaches, peeled, sliced, and pureed
1 cup strawberry sorbet
1/4 cup plain yogurt

Raspberry Frappe
6 large strawberries, sliced and pureed
1 cup raspberry sorbet
juice of 1 lime
1/4 cup vanilla ice cream or plain yogurt

Lemon/Strawberry Frappe
6 large strawberries, sliced and pureed
1 cup lemon sorbet
1/4 cup plain yogurt

Peach Frappe
2 peaches, peeled, sliced, and pureed
1 cup peach sorbet
1/4 cup plain yogurt

Strawberry Frappe
6 large strawberries, pureed
1 cup strawberry sorbet
1/4 cup plain yogurt

Peach/Strawberry Frappe
6 strawberries, pureed
1 cup peach sorbet
1/4 cup plain yogurt

note :website joyofbaking.com

smoothies [mrs_livingstone]
1)plain yogurt+susu+banana

2)susu soya+plain yogut+grapefruit

tropical cocktail
nenas+tembikai+orange+mempelam+gula dan air secukupnya..=blend

jus carrot+orange

kalau kat malaysia selalu jus carrot susu kan?jarang tak letak susu (letak gula...)
kat sini carrot juice letak gula dan tambah oren....sedappppp sgt

carrot+orang+gula dan air secukupnya = blend


fruit smoothies [long]

resepi ni leh agak2 jer

1 gelas pineapple juice
1 bji banana
1/2 gelas strawberry
yogurt (flavour atau biasa)
1/2 gelas  ice cube
sedikit fresh milk

masukkan semua sekali dlm blender (pastikan blender dibersihkan betul2) blend sampai sebati..then minum!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 10:08 AM | Show all posts
AIR HALIA [Kacip_Fatimah]

Bahan2:
1 ketul halia - diketuk
1 sdb jintan manis
daun pandan - disimpul
1 sdb gula merah - [ikut manis masing2]
air

Cara2:
Masukkan air dalam periuk..panaskan.Masukkan kesemua bahan2 di atas.Masak sehingga mendidih.Bila nak minum..just tapis dan biar suam2 sket..
Memang ringkas!!

:: versi :: anginutara
memang betul air halia ni bagus diamalkan setiap hari.bagus nak buang angin.Cara lain yang biasa dibuat ialah tumbuk halia sehingga lumat dan kemudian perah,ambil pati sahaja.ambil satu sudu air perahan halia tdai dan campur dgn secawan air.amalkan meminum setiap hari.lebihan pati tadi boleh disimpan dalam peti sejuk.


minuman utk kesihatan [Baiduri Othman]

Saya nak share jugak minuman herba utk kuruskan badan.Kunyit ditumbuk hingga lumat.Lepas tu campur dgn air, sedikit air asam jawa & gula apong/melaka.Kacau & bila dah sebati baru ditapis utk diminum.Amalkan setiap hari.Tak tau betul ke tidak ttp minuman kunyit ni baik diamalkan esp. utk wanita.

Biasanya beberapa hari sebelum haid,elok minum air kunyit yg dicampur dgn lada & cinnamon yg ditumbuk lumat bersama ibu kunyit.Minum selama tiga hari sebelum haid.Lepas tu bila dah habis haid,minum lagi selama tiga hari berturut2.Ianya baik utk perjalanan darah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2006 08:46 PM | Show all posts
[gambor ehsan pnsri]

Cendol [Melur01]

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung sagu (untuk kilatkan cendol)
2 1/2 air pandan (kisar daun pandan dgn air-tapiskan)
sedikt air kapur (dlam 1 sudu teh)  (supaya adunan cendol kental)

Campurkan kesemua,masakkan atas api yang rendah, sentiasa kacau untuk pastikan ianya tak berketul-ketul, setelah agak likat, angkat,

membentuk cendol
ambil penapis untuk bentukkan cendul,tekan adunan tadi sehingga habis ke dlm mangkuk yang berisi air.

sediakan air gula melaka, santan ... campurkan.... dah boleh makan...  terliur pulak masa menaip ni.

[ Last edited by  NoorMasri at 29-5-2006 08:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 08:52 PM | Show all posts
]
PUNCH TEMBIKAI [hanieliza]

Bahan
buah tembikai [potong dadu kecil]
air gula
pewarna merah
air secukupnya
ketulan ais

Cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan sejukkan

JUS SUPREME ANGGUR[hanieliza]

Bahan
1 cawan jus anggur
1 cawan sparkling anggur
1 cawan Sprite
1 skop aiskrim vanilla
ais kiub
beberapa potongan nenas/ceri sebagai hiasan

Cara
1. Campurkan ketiga2 air dan tuangkan dlam gelas tinggi.
2. Masukkan ais kiub dan letakkan aiskerim tadi.
3. Hiaskan dengan bahan hiasan.
4. Hidangkan untuk diminum
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 08:56 PM | Show all posts
JUS BUBBLY DATE/KURMA[hanieliza]

Bahan
1 cawan kurma [buangkan biji]
1 cawan air sejuk
1 cawan air 7UP atau Sprite
sedikit kurma sebagai hiasan
ais kiub

Cara
1. Kisarkan kurma dan air sehingga sebati dan hancur.
2. Tuangkan dlam gelas tinggi.
3. Campurkan air 7UP atau Sprite untuk menampakkan buih dan mood sparkling.
4. Masukkan ais kiub dan sedia untuk diminum
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 08:58 PM | Show all posts
JUS DURIAN BELANDA [pu.ssy doll]

Bahan-bahannya:
200 gram isi durian belanda
500 ml air masak
50 ml susu krim

Cara-cara membuatnya:
1- Masukkan isi durian belanda, susu krim dan air kedalam pengisar dan putar hingga hancur.
2- Sejukkan di dalam peti sejuk.
3- Semasa menghidang masukkan sedikit isi durian belanda.

FLOATING BANDUNG[pu.ssy doll]


Bahan-bahannya:
Pewarna merah sirap (secukup rasa)
1 tin susu pekat
Sedikit krim (whip cream)
4-6 biji buah ceri (sebagai hiasan)
1 liter air masak

Cara membuatnya:
Bancuh air masak, susu dan sirap dalam jag sederhana besar. Kemudian tuang dalam gelas berkaki dan letakkan beberapa ketul ais. Bubuh sedikit krim diatasnya dan hiaskan dengan buah ceri.

JUS DURIAN BELANDA LONGAN[pu.ssy  doll]


Bahan-bahannya:
Air gula (secukup rasa)
Air batu
Buah longan
Durian belanda
nata de coco
pewarna hijau
cincau
Tadpole jelly

Cara membuatnya:
Letakkan air gula, kisarkan air batu. Letakkan pewarna, hiaskan dengan buah longan, tadpole jelly,dan biji selasih. Kemudian letakkan buah durian belanda.

AIS KISAR MOCHA & HAZELNUT[pu.ssydoll]


Bahan-bahannya:
Satu gelas ais kiub separa hancur
2 paket serbuk kopi mocha (boleh didapati di pasar raya terkemuka)
Perisa sirap hazelnut
Krim putar (whipped cream sebagai hiasan)
Sedikit coklat rice untuk hiasan

Cara membuatnya:
Hancurkan ais kiub dengan pengisar dan masukkan sekali 2 paket serbuk kopi mocha & kisar hingga hancur serta sebati. Kemudian tuangkan ke dalam gelas tinggi, letakkan sirap perisa hazelnut sedikit, hiaskan dengan whipped cream & coklat rice.

[ Last edited by  NoorMasri at 29-5-2006 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:00 PM | Show all posts
Veg and fruit juice [Tillingtan]

1   Celery Sticks (kalau banyak sangat payau rasa)pilih yg muda ya..
2   Batang Carrot
2   Biji Tomato(nak tambah pun boleh)
1   Biji orange
1   BIji Apple (hijau)

Ingredients di buang kulit and di bersihkan. Potongkan dan di masukkan ke dalam juicer.  Juice tu best if comsume immediately otherwise, simpa dlm bekas kedap udara( make sure paras juice tu betul betul sampai ke permukaan penutup supaya tiada air space. Guna bekas yg gelap( maksudnya no light will go through the container)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:02 PM | Show all posts
Fresh Mint Tea[Tillingtan]

2 batang fresh mint di bersihkan
Air panas mendidih
Madu or lain lain pemanis.

Letakan mint(pudina) ke dalam cawan, masukkan air yg baru mendidih. tambah madu(mengikut rasa)

This drink is soothing and is very  good when having cough
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:03 PM | Show all posts
Licuado De Melon [Tillingtan]

This one is very refreshing, taken from The Food and Cooking of MExico  South America and the Caribbean.

Servevs 4

Bahan Bahan
1 biji buah tembikai
1 liter air sejuk(chilled)
juice of 2 biji limau
Madu


Tembikai, di buang kulit dan di potong ?dadu. keluarkan biji jika ada. Masukkan dadu kedalam bekas yg besar dan add chilled water, di biarkan selama 10 minit.

Tip the mixture into a large sieve set over a bowl . Using a wodden spoon, press gently on the fruit to extract all the liquid.

Squeeze the limes by cutting each lime in half and pressing the flesh with a fork(atau ikut cara sendiri) Stir in the lime juice and sweeten the taste with honey.

Serve with ice cubes.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:41 PM | Show all posts
ORANGE YOGURT DRINK[hanieliza]

Bahan
1 liter oren jus Feel Fresh
1 cawan [125 ml] yogurt asli
1 biji oren sunkist [jika suka]
1 s/b oren sunquick [sebagai pewarna]
2 s/b gula [jika suka]
Ais kiub

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali ais kiub dalam mesin dan mesinkan. [Boleh tambah gula sikit jika nak manis]
2. Hidangkan dalam gelas dengan ais kiub.



gambar hiasan...

jika nak perasa mangga..boleh gantikan buah oren dgn buah mangga masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 05:32 PM | Show all posts
Avocado Juice [CikKiahAbd]

(utk sorg)
1/2 biji buah avocado
1/2 cwn ais
1/2 cawan susu ( kalu tanak pekat sgt bleh tambah susu lagi )
1 sudu brown sugar (dilarutkan dlm 1 1/2 sudu air suam )
1/2 sudu honey

blend suma dlm blender. pastuh minum!!


Air Mata Kucing [sunshine05]

basuh dulu buah mata kucing yang kering tu , pas tu rebus buah mata kucing tu sampai kembang masukkan jugak daun pandan, dalam masa yang sama, masak jugak air gula melaka/gula merah campur sikit ngan gula pasir sampai cair dan biar pekat kejap. Rasa la kemanisan air gula tu dulu. Tapis air gula tu dan masukkan ke dalam air rebusan mata kucing. Biar pekat sikit dan sejukkan. Bila nak minum air tu, senduk la masuk dalam gelas, kalau rasa manis sangat, tambah je air masak...

Air Longan [long]

ada org kata air mata kucing..tak tau ler sama ke tidak!
kalau air longan tu senang jek..lara beli dried longan..kat kedai cina sengseh banyak jual nih..
dried longan segenggam penuh.(basuh).+  7 - 8 litre air..rebus sampai longan tu kembang..+ gula (ikut suka) + daun pandan..

Air Mata Kucing [melur01]

mata kuching yang kering ...basuh ... bilas sikit je
gula batu
daun pandan
kakmelur suka masukkan sejenis buah ni...tapi memanglah tak tahu nama buah ni...selalu cakap kat sengseh tu... 'ni satu boss...' , buah ni berbentuk bulat... warna coklat-coklat kehijauan... dah dikeringkan ... dan sangat ringan...cara memilih... jangan beli yang dah pecah... dan nampak seperti ada bulu halus...lebih halus dari bulu roma kita ..maka buah tu jenis kualiti baik... , semasa nak gunakan..ketuk sedikit, dan masukkan ke dalam adunan air bercampur gula batu, pandan, mata kuching dan sedikit gula pasir...

kakmelur masak dalam rice cooker... set untuk porridge....

setelah masak... keluarkan buah coklat kehijauan tu... dah jadi warna hitam... dan boleh simpan dalam freezer... boleh digunakan kembali untuk air mata kuching berikutnya...

Air Mata Kucing [Yogurt]

cara die,
1) beli mata kucing kt kedai ubat cine. harga die sekilo dlm RM28. tp, kalau nk beli sikit pun boley ( utk sekali minum) - mintak RM4.00/5.00.   
2) pastu, suruh die beli gula lo han ko. cine kedai tu mesti tau...gula lo han ko, bukan buah lo han ko ye.
3) pastu rebus dua2 bahan tu. siap la...senang kan?

Air Mata Kucing [puansri]



saya mula pada atas sebelah kanan ok.....]
2 biji bola tu sorry tak tahu apa namanya terlupa ,
winter melon di buang kulit, sagat atau  potong dadu
longan kering
gula batu
bunga yang dah kering (saya terlupa namanya)
buah kurma besar
buah kurma merah kering
fungus putih (direndam,kembang buang yang keras)


bahan -bahan kering nie saya beli kat kedai seseh /sesei
* tak ada dalam gambar daun pandan,madu batu ,air,biji teratai dan gula merah (kabung)

Ini pulak airnya



[ Last edited by  nhuda at 10-4-2007 06:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 09:02 AM | Show all posts
Homemade Grenadine Syrup Recipe [cranko21]
(source : http://homecooking.about.com/od/ ... l/r/blalcohol5.htm)

Grenadine is a syrup flavored with pomegranates. It may or may not contain alcohol. You can easily make your own non-alcoholic grenadine syrup at home with this recipe.

INGREDIENTS:
2-1/4 pounds pomegranates
1 pint water
Sugar, see instructions
Red food coloring, optional

PREPARATION:
Separate the pomegranate seeds from the membranes and skin. In a heavy saucepan, cover pomegranate seeds with 1 pint of water and simmer, stirring until juice sacs release their juice, about 5 minutes.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073522 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list