CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-HBZ

Apakah Anda Mempunyai Azam Untuk Tahun Baru Ini?

[Copy link]
Post time 7-7-2026 09:46 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2026 10:00 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 09:23 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 09:38 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2026 08:46 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2026 09:08 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2026 09:43 AM | Show all posts
Edited by hayrin86 at 11-7-2026 09:45 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2026 07:57 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2026 06:07 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2026 08:30 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 08:56 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2026 07:33 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2026 09:35 AM | Show all posts






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 04:17 PM | Show all posts

Selepas Piala Dunia, kita mahu layan apa?

PIALA Dunia menjadi pentas kejohanan bola sepak paling berpestij yang diraikan setiap empat tahun sekali. - AFP


Selama 39 hari, kehidupan manusia tiba-tiba menjadi sibuk. Di Malaysia, jam dua atau tiga pagi bukan lagi waktu untuk tidur, sebaliknya saat itulah kedai mamak penuh, ruang tamu rumah kembali hidup dan telefon bimbit menjadi ‘stadium mini’.

Semuanya atas satu tujuan, menyaksikan salah satu kejohanan terbesar dan termahal di muka bumi iaitu Piala Dunia.

Mata mengantuk tidak lagi menjadi alasan. Esok mengantuk di pejabat pun tidak mengapa, asalkan malam sebelumnya sempat menyaksikan jaringan kemenangan atau penentuan sepakan penalti yang mendebarkan.

Begitulah hebatnya Piala Dunia. Sebuah kejohanan yang bukan sekadar menghimpunkan 48 negara, tetapi menyatukan berbilion manusia dengan satu bahasa yang sama – bola sepak.

Di media sosial, semua tiba-tiba menjadi pengulas. VAR dipersalahkan, pengadil dihentam, penjaga gol dipuji dan pemain yang gagal menyempurnakan penalti menjadi bahan perdebatan berhari-hari lamanya.

Kita ketawa, kita marah, kita berdebar dan kita bersorak bersama-sama, walaupun menyokong pasukan yang berbeza.

Dan pada pagi semalam, tirai Piala Dunia akhirnya ditutup. Sepanyol menewaskan Argentina dan Lionel Messi untuk sekali lagi menjulang trofi paling berprestij dalam bola sepak itu selepas 2010.

Bagi jutaan peminat di seluruh dunia, mereka mula menerima hakikat bahawa pesta itu sudah berakhir.

Kini bendera pasukan kembali dilipat dan jersi yang dipakai hampir setiap malam kembali disimpan. Lalu timbul satu persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran ramai orang.

Selepas Piala Dunia, kita mahu layan apa? Adakah kita akan kembali menghadap drama bersiri, melayari media sosial tanpa henti atau menyambung semula rutin yang kita tinggalkan demi bola sepak?

Hakikatnya, Piala Dunia memberi kita satu perkara yang jarang berlaku pada zaman hari ini iaitu peluang untuk berkongsi emosi secara serentak dengan jutaan manusia lain.

Selepas ini, tumpuan pasti kembali kepada Liga Malaysia, Liga Perdana Inggeris, La Liga, Serie A, Bundesliga dan Liga Juara-Juara. Semuanya hebat, tetapi aura Piala Dunia tetap tidak mampu ditandingi.

Dalam beberapa hari lagi, kita juga akan kembali bercakap tentang harga barang, bil elektrik, kesesakan jalan raya, politik, pekerjaan dan pelbagai cabaran hidup yang tidak pernah berhenti menunggu.

Barangkali di situlah nilai sebenar sukan. Ia bukan sekadar menentukan siapa juara dan siapa tewas. Ia memberi manusia ruang untuk berehat daripada beban kehidupan, walaupun hanya selama 90 minit.

Sebab itu, jangan biarkan semangat kebersamaan yang lahir sepanjang Piala Dunia berakhir bersama tiupan wisel penamat.

Jika bola sepak mampu membuatkan kita duduk semeja, ketawa bersama dan saling menghormati walaupun menyokong pasukan yang berbeza, mengapa perkara yang sama sukar dilakukan dalam kehidupan seharian?

Akhirnya, yang paling kita rindui nanti bukanlah jaringan cantik, aksi akrobatik penjaga gol atau trofi yang dijulang.

Sebaliknya, kita akan merindui detik berjaga malam bersama keluarga, gelak tawa bersama sahabat, sorakan di kedai mamak dan perasaan luar biasa yang hanya akan kita rasai lagi pada tahun 2030.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2026 08:54 AM | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2026 09:03 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2026 08:33 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2026 11:17 AM | Show all posts

Kibar nilai bukan hanya bendera


GAMBAR HIASAN


Setiap kali menjelang Ogos dan September,  Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelosok negara. Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia diraikan dengan laungan 'merdeka' diiringi pelbagai program patriotik, perbarisan tersusun rapi serta acara yang menyemarakkan semangat cintakan tanah air. Kemeriahan sambutan ini sememangnya membangkitkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Namun  marilah kita jujur dengan diri sendiri dengan merenung kembali asas kekuatan negara. Tema 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati' pada tahun ini sebenarnya menuntut kesejahteraan bukan hanya daripada sudut material, tetapi juga rohani dan sosial.

Marilah kita ikhlas dengan bertanya apakah nikmat kemerdekaan ini mampu bertahan jika dinding perpaduan dan kesejahteraan mula retak ditelan keangkuhan?

Kemerdekaan bukan sekadar diukur pada kebebasan daripada penjajahan, tetapi juga pada keupayaan rakyat memerdekakan jiwa daripada sifat angkuh, prejudis dan kebencian. Keharmonian dan kesejahteraan tidak boleh hanya diukur melalui pertumbuhan ekonomi atau pembangunan fizikal semata-mata. Sebaliknya, ia terserlah melalui amalan kehidupan seharian yang memperlihatkan rasa hormat dan kasih sayang antara rakyat berbilang kaum.

Bayangkan seorang remaja Melayu tanpa ragu-ragu memimpin tangan seorang warga emas berbangsa India melintas jalan. Bayangkan juga sekumpulan belia India tampil membantu seorang pemuda Cina yang terkandas di tepi jalan tanpa sedikit pun dipengaruhi prasangka atau perbezaan latar belakang.

Gambaran seperti inilah wajah sebenar sebuah negara yang sejahtera. Semangat ini pula perlu dipupuk sejak di bangku sekolah, apabila murid daripada pelbagai kaum masih mampu berkongsi meja makan, bermain, belajar dan membesar bersama tanpa rasa curiga atau prejudis.

Adab sebagai asas keharmonian

Dalam usaha memperkukuh perpaduan negara, kita sering terlepas pandang bahawa adab ialah asas yang membentuk keharmonian masyarakat. Tanggungjawab memupuk adab lazimnya diletakkan kepada institusi keluarga dan sekolah, sedangkan hakikatnya adab hanya benar-benar bermakna apabila diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Kepelbagaian kaum di negara kita bukanlah satu kelemahan untuk diperdebatkan. Malah ia satu anugerah yang perlu di uruskan dengan sebaik-baiknya serta mampu menjadi tunjang kekuatan negara yang sebenar.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami  menjadikan kamu pelbagai bangsa serta bersuku-puak supaya kamu saling mengenali (dan beramah mesra)."

Adab adalah nilai sejagat yang diterima oleh semua tamadun. Nilai seperti hormat-menghormati, berbudi bahasa, menjaga tutur kata dan menghargai perbezaan perlu diperkasakan secara berterusan kerana inilah jambatan yang menghubungkan manusia merentasi batas agama, kaum dan budaya. Dengan adab, perbezaan mampu menjadi sumber kekuatan.

Malangnya, kita semakin kerap disajikan insiden yang mencerminkan hakisan adab dalam kalangan generasi muda. Kes buli yang menyebabkan trauma, kecederaan malah kehilangan nyawa menjadi peringatan bahawa apabila adab diabaikan, keharmonian masyarakat turut terancam.

Cabaran yang turut membimbangkan ialah kemerosotan adab dalam komunikasi di media sosial. Hari ini, perpaduan bukan sahaja diuji di dunia nyata, malah semakin tercabar di sebalik skrin telefon pintar. Tanpa kawalan diri dan nilai yang kukuh, ruangan komen media sosial mudah berubah menjadi medan pertelingkahan yang dipenuhi cacian, penghinaan dan sentimen yang menggugat keharmonian masyarakat.

Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam hadis bermaksud: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nilai murni teras kesejahteraan

Jika adab sering digambarkan sebagai tingkah laku luaran, nilai murni pula benteng kawalan di dalam hati. Tanpa nilai kukuh, perlakuan adab adalah sekadar lakonan kosong.

Kesejahteraan yang diimpikan tidak dapat dinikmati jika masyarakat gagal membina nilai bersama sebagai asas kehidupan. Dalam konteks ini, nilai ihsan wajar dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat madani. Ihsan mendidik kita melihat manusia lain dengan penuh kasih sayang, belas ihsan dan rasa tanggungjawab. Bukannya sebagai pesaing, ancaman atau musuh. Apabila nilai ini subur dalam masyarakat, setiap tindakan akan didorong  keinginan  saling membantu, menghormati dan mengangkat martabat sesama insan.

Apabila nilai kemanusiaan ini wujud, harapan melihat kemanusiaan dan manusiawi yang madani terlaksana. Kemanusiaan itu tidak boleh terbatas hanya kepada lingkungan kaum sendiri.

Sabda Nabi SAW bermaksud: "Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain ihsan, nilai integriti dan keadilan sosial juga tidak boleh dipisahkan daripada usaha membina sebuah negara yang sejahtera. Kesejahteraan tidak akan dapat dinikmati secara menyeluruh sekiranya masih wujud pihak yang berasa dipinggirkan, didiskriminasi atau dinafikan haknya.

Oleh itu, prinsip keadilan hendaklah sentiasa berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, keluhuran undang-undang dan semangat saling menghormati, bukannya dipengaruhi  kepentingan kelompok atau sentimen yang bersifat sementara.

Adab dan nilai jadi perekat masyarakat majmuk

Amalan seperti gotong-royong, tolong-menolong dan muafakat  perekat masyarakat majmuk. Tanpa nilai ini, masyarakat akan terpisah dan kesejahteraan tidak dapat dinikmati bersama. Kita tidak perlu menunggu musibah banjir untuk melihat model pelbagai kaum berganding bahu membantu mangsa tanpa mengira latar belakang. Tetapi kita lebih perlu terus risau kepada kes remaja yang mencederakan rakannya kerana dendam atau kesan pembulian.

Keluarga adalah asas institusi pertama mendidik adab yang kemudian disambut pihak sekolah sebagai medan membentuk nilai murni. Kelak mereka masuk ke dalam komuniti untuk menterjemahkan semangat muafakat melalui pihak kerajaan sebagai penggerak dasar yang menyokong pembangunan insaniah.

Generasi muda khususnya perlu diperkasa dengan bimbingan moral dan spiritual agar  tidak terjebak budaya negatif seperti buli, keganasan atau tekanan sosial yang membawa kepada bunuh diri.

Cabaran buat kita semua

Adab dan nilai benteng keharmonian serta kesejahteraan masyarakat madani. Jangan biarkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sekadar menjadi ritual tahunan yang kosong. Kibaran bendera yang diedar percuma itu memang mudah, tetapi memerdekakan jiwa daripada sifat jumud kemasyarakatan memerlukan perjuangan sebenar.

Kemerdekaan yang sebenar adalah apabila kita masih memilih untuk beradab walaupun kita bebas untuk tidak melakukannya. Sesetengahnya mungkin bertanya, 'Apa negara telah berikan kepada kita?', tetapi jarang sekali kita bertanya, 'Apakah nilai yang telah kita sumbangkan kepada negara?'

Mulai hari ini mari kita buat sesuatu yang mudah. Antaranya ialah lihat diri dan keluarga kita. Hentikan budaya buli dan sentimen perkauman di media sosial. Senyap jika tiada apa yang perlu di perkatakan. Mula senyum dan menyapa jiran yang sudah bertahun-tahun tinggal berselang dua rumah dengan salam keharmonian. Kesejahteraan yang kita nikmati hari ini adalah warisan perjuangan yang dibayar dengan keringat dan kesabaran. Ia bersulam pelbagai nilai kerjasama erat antara kaum.

Kesimpulannya, Malaysia tidak akan menjadi lemah hanya kerana kekurangan individu yang bijak. Sebaliknya, negara akan menjadi rapuh apabila mereka yang bijaksana kehilangan adab, integriti dan nilai kemanusiaan. Kita memang memerlukan rakyat  mampu berbicara tentang patriotisme, tetapi lebih daripada itu, negara memerlukan rakyat membuktikan patriotisme melalui akhlak, amanah dan tindakan.
Jalur Gemilang yang berkibar hanya akan benar-benar membawa makna sekiranya adab dan nilai terus hidup dalam jiwa setiap warganegara.

Penulis pensyarah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2026 01:12 PM | Show all posts

Berbeza pendirian, ideologi politik tak wajar mematikan patriotisme


Cinta kepada tanah air bukan sekadar rasa sentimental terhadap tempat kita dilahirkan. Ia ialah kesanggupan untuk membina, menjaga dan mempertahankannya. - Foto hiasan


KEMPEN mengibarkan Jalur Gemilang sudah bermula. Setiap kali Ogos tiba, suasana sambutan Bulan Kebangsaan kembali mewarnai kehidupan rakyat. Jalur Gemilang berkibar di halaman rumah, premis kerajaan, sekolah, universiti dan sepanjang jalan raya.

Lagu patriotik berkumandang, sejarah perjuangan kemerdekaan dibaca semula dan laungan 'Merdeka' bergema di seluruh pelosok negara.
Namun, selepas hampir tujuh dekad menikmati kemerdekaan, satu persoalan besar wajar kita tanyakan kepada diri sendiri, apakah sebenarnya makna kemerdekaan.

Adakah merdeka sekadar bebas daripada penjajahan. Adakah kecintaan kepada negara hanya dizahirkan dengan mengibarkan bendera, memakai pakaian bertemakan Malaysia dan menghadiri perarakan pada 31 Ogos.

Hakikatnya, kemerdekaan sepatutnya melahirkan sesuatu yang lebih mendalam, iaitu rasa memiliki negara, tanggungjawab terhadap masa depannya serta kesediaan mempertahankan setiap inci tanah air melalui tindakan seharian.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati', membawa mesej besar yang kemajuan, keadilan, kemanusiaan dan kebajikan tidak seharusnya dinikmati sebahagian masyarakat sahaja, sebaliknya dirasai seluruh rakyat.

Justeru, cinta kepada negara tidak boleh berhenti pada perasaan. Ia mesti diterjemahkan melalui tindakan. Malaysia negara kaya kepelbagaian. Kita berbeza bangsa, agama, budaya, negeri, latar pendidikan dan pengalaman hidup. Tidak kurang penting, kita juga mempunyai pilihan politik yang berbeza.
Kita mungkin menyokong parti berlainan, mempunyai pandangan berbeza terhadap kerajaan atau mengkritik dasar tertentu. Semua itu sebahagian daripada kehidupan dalam sebuah negara demokrasi.

Namun, perbezaan pilihan politik tidak sepatutnya mematikan cinta kepada tanah air. Kita boleh mengkritik kerajaan kerana mahu Malaysia menjadi lebih baik. Kita boleh menegur pemimpin kerana mahu amanah negara dipelihara. Kita juga boleh berbeza pandangan kerana mahu mencari jalan terbaik untuk rakyat.

Apa yang perlu kita bezakan ialah antara tidak bersetuju dengan kerajaan dan tidak mencintai negara. Kerajaan boleh berubah, pemimpin boleh silih berganti dan parti politik boleh menang atau kalah. Namun, Malaysia mesti terus kita bina dan pertahankan. Inilah kematangan patriotisme.

Dalam Islam, kecintaan terhadap tanah air juga bukan sesuatu yang asing. Rasulullah SAW mempunyai kecintaan mendalam terhadap Makkah, tanah kelahiran Baginda.

Selepas berhijrah ke Madinah, Baginda berdoa supaya Allah menjadikan Madinah dicintai sebagaimana Makkah atau lebih daripada itu, seperti diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim.

Pengajarannya jelas. Cinta kepada tempat asal dan tanah air ialah perasaan manusiawi, namun kecintaan itu perlu diterjemahkan menjadi tanggungjawab.

Maka, cinta kepada tanah air bukan sekadar rasa sentimental terhadap tempat kita dilahirkan. Ia ialah kesanggupan membina, menjaga dan mempertahankannya.

Jika benar kita mencintai Malaysia, soalan yang perlu ditanya bukan sekadar, 'Saya sayang Malaysia', tetapi 'Apa yang saya lakukan untuk Malaysia hari ini'.

Apabila bercakap mengenai mempertahankan negara, fikiran kita sering tertumpu kepada anggota tentera dan pasukan keselamatan. Sudah tentu mereka berada di barisan hadapan mempertahankan kedaulatan negara.

Tidak semua orang memegang senjata untuk mempertahankan Malaysia. Ada yang memegang pen, komputer, fail, stetoskop, buku atau penyapu. Namun, semuanya mempunyai satu amanah, jangan biarkan negara rosak kerana kelemahan kita.

Integriti sebahagian patriotisme

Kita perlu melihat patriotisme dari sudut lebih jujur. Apakah maknanya melaungkan 'Merdeka' jika pada masa sama mengambil rasuah atau wang rakyat diselewengkan.

Apakah maknanya bercakap mengenai cinta negara jika tugas dilaksanakan sambil lewa, kuasa disalahgunakan atau sumber awam dibazirkan.
Kemerdekaan bukan hanya terancam apabila musuh datang dari luar. Ia juga boleh terhakis apabila amanah runtuh dari dalam.

Sebab itu, integriti bukan sekadar nilai pentadbiran, tetapi sebahagian daripada patriotisme. Jika setiap orang melaksanakan tugas dengan ihsan, negara menjadi kuat. Jika setiap orang mengambil kesempatan atas kedudukan, negara menjadi lemah.

Pada era media sosial, cabaran patriotisme semakin kompleks. Satu berita palsu boleh tersebar dalam beberapa saat, satu video yang dipotong boleh mencetuskan kemarahan dan satu komen politik pula boleh memutuskan persahabatan.

Jangan sampai algoritma media sosial menentukan siapa yang kita benci. Jangan sampai perbezaan politik menyebabkan rakyat Malaysia yang berbeza pandangan dianggap musuh.

Mempertahankan Malaysia juga bukan soal mempertahankan sempadan geografi. Ia bermaksud mempertahankan keamanan, undang-undang, maruah, alam sekitar, pendidikan, ekonomi, perpaduan dan masa depan rakyat.

Ia bermula dengan perkara kecil, tidak membuang sampah merata-rata atau merosakkan harta awam, membuli, menipu, merasuah, menyebarkan fitnah, melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, menghormati perbezaan dan membantu mereka yang memerlukan.

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjadikan patriotisme bukan sekadar emosi, tetapi tanggungjawab. Kita tidak perlu memaksa semua rakyat Malaysia berfikir dengan cara yang sama. Kepelbagaian pandangan ialah sebahagian daripada realiti masyarakat demokratik.

Apa yang kita perlukan ialah kesepakatan pada perkara yang lebih besar daripada politik. Kita boleh berbeza parti, tetapi kita satu tanah air. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi kita berkongsi masa depan. Kita boleh mengkritik kerajaan, tetapi jangan sesekali meruntuhkan negara yang kita warisi bersama.

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi bermaksud membebaskan diri daripada rasuah, kebencian, perpecahan, ketidakjujuran dan sikap tidak peduli terhadap nasib negara.

Selagi kita masih mampu berbeza tanpa bermusuh, mengkritik tanpa membenci dan berpolitik tanpa menggadaikan kepentingan negara, selagi itulah semangat merdeka terus hidup.

Penulis ialah Pengarah Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM)



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2026 01:20 PM | Show all posts

Jangan acuh tak acuh pasak kenegaraan

LIHATLAH sekeliling kita hari ini. Diakui ini zaman pangsapuri, flat, kondominium atau apa saja istilah bertingkatnya.

Kondo sini, kondo sana. Banyak ketika kepadatan dan keharmonian sesuatu kawasan kediaman tidak lagi diendahkan.

Orang atas boleh tengok orang bawah. Orang bawah tak boleh tengok orang atas. Kalau tengok juga selalu, barangkali boleh 'putus urat tengkuk'.

Dan jangan nanti suatu ketika kita bangun jam 1 pagi, didapati kontraktor sudah mula dirikan kondo di sebelah rumah yang selama ini dikecualikan dari bangunan bertingkat. Bila rakyat yang keharmonian hidup keluarganya tergugat mengadu hal ini kepada pihak berkuasa, pihak terbabit mungkin hanya tersenyum simpul,  seraya berkata "kalau tak suka tinggal di sini awak boleh pindah."

  Tapi syukurlah, buat masa ini kita jarang dengar tindak tanduk sebegitu - meskipun ada sebilangan kes terus berlaku ketidakpuasan rakyat terhadap isu tertentu.

Juga, kita tidak mahu bila pemimpin bersengketa seperti berlaku di banyak negara, warga di bawah terumbang-ambing mencari kejernihan - dalam suasana yang tiada penjelasan menyeluruh.




Patriotisme

Mengamati kepimpinan negara hari ini, tampak  kebijaksanaan perumpamaan Melayu itu diletakkan: menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung jangan berselerak. Ia berbalik kepada perumpamaan jarum, bila ia menusuk, ia menaup. Bukan seperti gunting, bila ke depan ia memotong.

Apa dijanjikan kerajaan bahawa 'yang susah dibantu, yang lemah dipapah', benarlah adalah salah satu bentuk patriotisme.

Menjelang Hari Kebangsaan ke-69  disambut 31 Ogos ini, diikuti sehingga Hari Malaysia 16 September, ayuhlah kita semua pihak bersama menjayakan kedua-dua majlis besar tarikh nasional ini tanpa memberi interpretasi politik sempit.

Parti-parti politik adalah unsur yang tegak di barisan hadapan dalam mengurus perjuangan bangsa, negara dan agama. Kita tidak mahu parti-parti politik dan orangnya tampak terkebelakang dalam membantu menjayakan kedua-dua majlis utama ini.

Dari sejumlah aktiviti sambutan Hari Kebangsaan, mengibar Jalur Gemilanglah yang paling mudah dan amat menokok keceriaan perayaan merdeka tanah air. Ia tidak libatkan kerja berat, tetapi simbiolismenya terang meluas. Mesejnya -  walaupun berbeza agama, kepercayaan dan budaya, namun dalam aspek kenegaraan, kita tetap bersatu.

Fitnah memfitnah

Persoalan acuh tak acuh tentang nilai-nilai kenegaraan ini bukanlah baharu. Ia dibangkitkan saban tahun sebagai fi'il yang sentiasa dipersoalkan. Sebahagian warga muda tidak pernah tahu dari segi pancainderanya bagaimana signifikan dan pentingnya hari merdeka.

Penyakit lama inilah yang kena diubati. Tentulah reaksi spontan adalah terhadap kaedah dan kandungan pendidikan di negara ini yang begitu terbahagi kepada jurusan kaum: kebangsaan, Cina dan Tamil. Bab pengajaran atau asuhan patriot kukuhkah atau memang tidak ada langsung?

Yang kita cukup  risaukan kelak majoriti komuniti internet berghairah fitnah memfitnah memperkecilkan usaha-usaha kenegaraan. Mereka percaya seolah-olah dunia siber itu dunia mereka. Tersisih daripada penguatkuasaan undang-undang.

Buat masa ini mungkin belum  banyak lagi krisis besar yang mengaitkan sekolah dengan kaum. Tetapi masanya akan tiba apabila soal perkauman  muncul dengan sistem kita langsung tidak upaya membuat penentuan patriotisme dalam pembelajaran.

Jika semua sekolah mengajar semua subjek wajib yang menjurus kepada ilmu dan negara bangsa, jurang pemisah mungkin dapat diminimumkan.

Tetapi usaha yang paling baik adalah dengan wujud hanya satu sistem sekolah untuk anak-anak kita mengajar semua perkara asas. Iaitu yang benar-benar melonjakkan nasionalisme jangka panjang.

Perkara ini wajar difikirkan kaedahnya biarpun pada peringkat awal akan dikritik terutama mereka yang berpegang teguh kepada budaya etnik. Walau apapun diperkatakan menerusi jurusan pembelajaran di negara ini, aspek perkauman akan sentiasa wujud. Namun senjata sosial yang paling mujarab adalah pembelajaran rendah dan menengah sebagai bahan lenturan sahsiah, kecerdasan dan konsep kehidupan masa depan.

Daya tahan nasional

Hasil yang kita harapkan - semua anak Malaysia nanti akan berfikir secara komposit, bukan sempit melepaskan pucuk masing-masing sahaja.

Daya tahan global seharusnya berpaksikan daya tahan nasional atau domestik. Jika daya tahan nasional kita lemah atau keterlaluan menyelusuri bibit-bibit global tanpa ketahanan peribadi Malaysia, akhirnya malapetaka akan tiba. Nilai-nilai tradisional negara bangsa Malaysia atau yang wujud secara keseluruhan di Nusantara ini akan diketepikan oleh pertumbuhan baharu di bawah sistem komunikasi canggih yang ada hari ini.

Yang akan terus merubah landskap kenegaraan adalah perkara-perkara berkaitan moral dan pertahanan. Memang akan dihujahkan apa yang mahu dikhuatirkan? Kitakan ada sistem pertahanan yang baik. Memang sedap didengar, tetapi yang kita bimbangi adalah perantaraan komunikasi siber - Google, Twitter, WhatsApp, kecerdasan buatan (AI) dan macam-macam yang baharu muncul secara tiba-tiba.

Isian-isian inilah yang terus mengumpul data kita sebagai pengguna setiap detik. Kemudian menghimpunkannya di bawah satu kancah siber.

Dan banyak lagi yang sudah siap dieksperimen dan sedia untuk dilancarkan terhadap mana-mana negara disasarkan.

Bahaya ini boleh dicegah dari sekarang. Belum terlewat untuk memperkukuhkan nilai-nilai kenegaraan.

Ambillah peluang keemasan ini bersempena Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.926010 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list