CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1438|Reply: 0

Nas Adila: Masukkan Rencah Cemburu Boleh, Tapi Jangan Sampai Terlebih 'Rasa'

[Copy link]
Post time 31-12-2015 10:46 PM | Show all posts |Read mode


Mengambil pendekatan banyakkan bersabar, Nas Adila menjadikan pengalaman keluarga dan petua kebahagiaan yang dikongsi ibu bapanya sebagai pendinding kepada kerukunan rumah tangga.


Bersedia untuk menjadi seorang suami, Aliff yang juga bekas peserta AF6 ini sedar tanggungjawab yang dipikulnya sekarang bukan sedikit sementelah dia adalah anak lelaki tunggal di dalam keluarga.


Tepat jam 10.40 pagi, dengan sekali lafaz, Nas Adila sah menjadi isteri Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Mohd Razali berwalikan bapa Nas, Mohd Dan Sudin serta disempurnakan Imam Masjid Negara, Haji Abdullah Mat.


“Syukur semua sudah selesai. Sebetulnya saya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Tanggungjawab bukan kepada isteri sahaja tetapi kepada keluarga saya dan keluarga mentua. Selain mendalami ilmu agama pastinya saya akan lebih mendalami ilmu rumah tangga,” ungkap Aliff.


Aliff terpesona dengan sikap keterbukaan yang ditunjukkan Nas Adila, akui Aliff dia sangat bersyukur diberi anugerah wanita terhebat di dalam hidupnya. Tidak mahu terlalu memikirkan masalah berkaitan pergolakan rumah tangga, walau kes rumah tangga


“Sebenarnya bagi saya bukan soal artis atau tak cumanya artis ni dah dikenali. Jadi bila cerita-cerita buruk keluar, orang lebih suka ambil tahu. Mereka yang bukan  artis ni pun ada masalah juga. Ia bergantung kepada individu tu macam mana dia handle setiap masalah yang datang.


“Orang biasa yang bukan artis pun ramai juga yang ada masalah rumah tangga. Sama sahaja sebenarnya dan paling penting kena jaga rumah tangga. Kalau ada cabaran semua tu kena sabar,” ungkap Nas Adila positif.



KES CEMBURU
Adatlah orang berkahwin pasti ada rasa cemburu yang terkadang menyelinap di dalam hati. Tapi Nas Adila berpegang teguh kepada sifat saling toleransi.  


“Perasaan cemburu tu memang ada, jadi kita kena jaga hati masing-masing. Saya kena jaga hati Aliff begitu juga dengan dia. Kalau boleh saya akan elakkan perkara yang boleh buat dia cemburu," luah Nas Adila.

mingguanwanita

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.032450 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list