CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3828|Reply: 11

'Surat Cinta' Buat Zahid Hamidi Daripada Belia Pencuci Longkang

[Copy link]
Post time 23-2-2016 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 23-2-2016 01:17 PM

Oleh Izzah Abbasy
Selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mencabar belia untuk bekerja dalam sektor 3D dan ceburi apa sahaja bidang seperti cuci longkang, kutip buah, dan juga cuci bangunan, lelaki yang dikenali sebagai Azrol Nizam ini dengan positifnya terus menyahut cabaran tersebut.

Menjadi viral setelah beliau kongsikan pengalaman bekerja sebagai pencuci longkang di kilang simen. Yang menariknya, beliau bukan sahaja memuatnaik gambar sedang berkerja tetapi turut sertakan 'surat cinta' buat TPM, Zahid Hamidi.










Bangga dengan perjuangan yang dibuat oleh saudara Azrol Nizam. Beliau bukan sahaja berdiam diri dan hanya melantangkan suara, tetapi telah turun dan menyahut cabaran sama ada pekerjaan tersebut mampu dilakukan atau tidak. Ternyata ia mampu dilakukan sesiapa sahaja tetapi yang menjadi ukurannya adalah hasil gaji yang tidak setimpal dengan ekonomi kini.


Rakyat hari ini bukannya suka-suka untuk menentang pentadbiran mana-mana parti, lebih-lebih lagi pihak kerajaan. Namun, jika kerajaan memandang serius isu ini dan tidak menyalahkan rakyat semata-mata, perkara sebegini tidak akan timbul.

Secara betulnya, kerajaan seharusnya mengkaji seterusnya bertindak dan bukanlah mengeluarkan fakta-fakta yang hanya mencabar rakyat untuk menentang pemimpin hari ini. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Seolah anaknya well educated tahap dewa..

statement bawak ke padang masyar dekkkk...merangkak cari dia kat sana nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 01:58 PM | Show all posts
dik, kang anak dia suh ko merangkak di padang mahsyar nt.. hehehe..

bab merangkak padang mahsyar demi dosa nampak sgt eh, bab telan duit rakyat tak dosa kot??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah bro atas usaha dan gk bg 'ceramah' kt tpm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 04:08 PM | Show all posts
semoga anak beranak tu plak try buat keje 3d ni dgn gaji rm800. barula ckp serupa bikin.
ni main ckp je mulut tu mcm xde otak nak pk.
dah berasa kalah guna modal merangkak kat pdg masyar... kelakar sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 04:25 PM | Show all posts
Suruh anak dia kerja kilang gula kat chuping tu pun dah cukupp....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2016 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga jaga dik..
Nanti Kak Long kawasan ngan abah dia cari kamu nanti berterabur kang gigi masuk longkang ,jenuh kekawan 3D nak kutip..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada kwn melayu, kje angkut sampah...mmg la org pandang rendah pd dia, tp klu xda org mcm dia, membusuk la sampah dpn umh kita...haih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 07:49 AM | Show all posts
bagus budak ni...sahut cabaran..

tapi betullar..patutnya dilaksanakan gaji minimum ikut jam...kalau rajin kerja dapat lar lebih..lets say 1 jam dalam RM10.00..kerja 8 jam sehari baru dapat RM80.00..
kalau keje 5 hari seminggu dapat dlm RM 400.00
kalau sebulan dpt lar lebih kurang dlm RM 1600.00


bayar gaji ikut minggu lar..baru boleh dpt gaji dlm 13 bulan..tak perlu nak bg bonus sebulan bagai ..he he
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 09:02 AM | Show all posts
patut cabar sekali anaknya kononnya ikon belia tu buat kerja 3D sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 10:39 AM | Show all posts
Mmg ada je org melayu nk keja tuk 3d sektor ni....terutama kt ceruk2 kg sana....kecualilah org bandar konon urban tknk lah keje bnda gini nya....kalau clener lg lah...ramai je makcik2...ibu2 tunggal yg berminat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Majikan pn kna faham gak..org keje sbb perlukan duit..bnyk bnda nk kna bayo..masa start gaji min rm900,ada majikan letak syarat utk pekerja bru selagi blm comfirm,xdpt gaji basic 9rtus tu..tp nk tnggu comfirm ada yg lebih dr 6bln..sje je xnk bg comfirm awal..utk staf lama pn kna syarat gak..ada limit ot la..asyik kna tolak gaji la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.533770 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list