Lelaki zaman kini dilihat semakin ramai yang mula berminat untuk memiliki badan sasa. Ini adalah satu perkembangan baik untuk kesihatan masyarakat seterusnya dapat mengurangkan risiko obesiti yang semakin meningkat di negara kita.
Faktor kesibukan kerja harian dan masa yang tidak mengizinkan mungkin menjadi penghalang kepada brader-brader untuk "work out" di gym. Tetapi usah risau, kata pepatah selagi ada kemahuan, disitu pasti ada jalan.
Untuk brader-brader yang masih belum sampai seru untuk ke gym, nah boleh cuba 8 tips ini yang hanya boleh dilakukan dirumah. Tips amat berguna ini dipetik dari portal abangsado.my.
1. Beri komitmen untuk makan makanan yang sihat dan seimbang
– ini amat penting untuk bina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat di pagi hari. Pilih sayuran bukan tepung seperti kacang hijau dan kubis dan makan makanan protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Hindari makanan segera(fast food) yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.
2. Dapatkan cukup protein kerana protein membantu kita menguatkan jaringan otot ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh. - Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk melengkapkan makanan protein kita.
3. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur.
Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.
Foto - giphy.com
4. Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari.
Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan jogging. Ulangi urutan ini sepanjang waktu latihan.
5. Gabungkan latihan rutin membina kekuatan tubuh selama 3 hari yang tidak berturut-turut dalam seminggu.
Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan mengangkat mesin angkat beban dan tanpa beban.
6. Lakukan kombinasi latihan perut pada 3 hari tidak berturut-turut dalam seminggu (selang sehari).
Latihan perut membentuk perut kita. Lakukan latihan seperti V-duduk. Berbaring telentang di atas lantai dengan kedua lengan di luruskan di atas kepala anda. Tarik napas dan angkat lengan serta kaki untuk membentuk sebuah “V” dengan tubuh. Cuba rapatkan jari tangan anda ke jari kaki dan hembus nafas setelah mencapai jari tangan hampir ke jari kaki. Rendahkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.
7. Latih perut bawah anda dengan melakukan sit-up.
Baring di atas lantai telentang dengan lutut dibengkokkan dan rapatkan kaki ke peha. Letakkan tangan anda di belakang kepala. Tarik napas dan angkat pinggul dari lantai untuk membawa lutut anda ke arah dada anda. Angkat bahu dari lantai pada waktu yang sama. Hembuskan nafas sebelum menurunkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan..
Foto - elftown.com
8. Cuba dapatkan 8 jam tidur di sehari.
Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan kita memiliki tenaga untuk latihan seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur dapat menyebabkan kelaparan dan menambahkan berat badan.
Paling penting jika benar-benar ingin mendapatkan badan yang sado adalah disiplin yang tinggi. Jangan sesekali skip 8 tips ini dan amalkan dengan penuh semangat. Selamat mencuba, dah sado jangan jadi playboy pula ya! - CARI Infonet.