CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4847|Reply: 1

Gelagat seorang lelaki gatal..

[Copy link]
Post time 25-3-2016 11:47 AM | Show all posts |Read mode



Wajah yang kacak dengan penampilan bergaya tidak cukup untuk anda menilai seorang lelaki itu tanpa mengenali latar belakangnya.

Anda yakin dengan kejujuran, keperibadian dan setiap tindak tanduk si lelaki yang anda kenali itu?

Jadi, hari ini kami ingin berkongsi ciri-ciri lelaki kasanova ataupun lelaki gatal supaya anda tidak terjerat dengan perangkap sang buaya darat! Awas, lelaki gatal bukan mahu menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan wanita, tetapi mereka hanya inginkan keseronokan semata.

Jom, kami selongkar taktik si lelaki gatal!

Kacak & Bergaya
Kebanyakan lelaki gatal mempunyai rupa yang kacak dan sentiasa menjaga penampilan untuk memikat wanita. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih mendalam, sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius.

Ramai Teman Wanita
Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada satu wanita. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka sukar untuk menunjukkan komitmen dalam sesuatu perhubungan.

Sukar Dihubungi

Lelaki gatal sukar dihubungi ketika keluar bersama wanita lain. Mereka akan ‘silent’ atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya yang lain.

Perahsia
Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi seperti keluarga, kerja, tempat tinggal, rakan dan sebagainya. Biasanya bila ditanya, mereka akan mengelak daripada memberikan jawapan sebenar.

Berani
Jika perkenalan anda dengan si dia masih di peringkat awal, tetapi si dia sudah bersikap “daring” seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama si dia, lagi “daring” sikapnya nanti!


Gemar Perbualan Kotor

Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan. Jika si lelaki gatal suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah.

Minta yang Bukan-Bukan

Sang buaya darat biasanya gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan dan susuk tubuh anda untuk mendapatkan layanan tertentu yang tidak sepatutnya. Selepas mereka dapat apa yang dihajati, pastinya mereka akan menghilangkan diri!

Hakikatnya, tidak semua lelaki bersifat sedemikian, tetapi sebagai wanita, anda harus lebih berhati-hati dan menyelidik latar belakang si lelaki yang anda kenal terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, anda mengenali keperibadian si dia dan dapat mengelakkan diri daripada ditipu.

Sumber: Women Online Magazine


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kacak cantik bergaya pun gatal jugak, samer ler ader bebird ker apam ker 2x5x2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051500 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list