View: 4118|Reply: 4
|
[Harus Cuba] 5 Penipuan Yang Anda Buat Di Pejabat
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Anda mahukan karier anda berkembang dengan baik? Menjadi pekerja yang baik adalah asasnya. Namun, tahukah anda ada beberapa perkara yang anda boleh 'tipu' di pejabat anda.
Lima 'penipuan' ini boleh memastikan anda semakin sukses dalam kerjaya. Jom semak:
1. Bila bos menyerahkan projek penting, namun anda sebenarnya masih tak pasti atau bersedia dengannya.
Penipuan anda: "Saya boleh lakukan."
Kebenaran: Memang serabut, namun akhirnya anda akan tahu anda mampu melakukannya. Dengan tenang, anda mulakan segalanya, menyusun jadual, kerja dan memastikan bos anda tak menyesal dengan pilihannya.
2. Bila syarikat anda sedang jatuh dan anda sendiri ragu-ragu tentang masa depannya.
Penipuan anda: "Dengan bantuan anda, kita harap mampu menaikkan syarikat ini."
Kebenaran: Seorang ketua harus memiliki sikap optimis dan menunjukkan di hadapan stafnya. Jadi seorang ketua yang sering memberi semangat agar staf sentiasa produktif.
3. Bila penemuduga bertanya apakah pengalaman buruk dengan bekas bos anda.
Penipuan anda: "Saya belajar sangat banyak dengannya."
Kebenaran: Elemen negatif sangat tidak membantu. Oleh itu, kira kembali apakah cabaran anda dengan bekas bos anda.
4. Bila berbincang tentang gaji di syarikat baru.
Penipuan anda: "Saya perlukan RM5,500" (sebagai contoh)
Kebenaran: Sudah tentu anda letak harga yang tinggi. Jika anda bernasib baik, itu yang bakal anda dapat. Namun, jika tidak, ia akan dikurangkan sedikit dengan harga yang anda letak.
5. Bila anda rasa kecewa dengan kerja anda.
Penipuan anda: "I love my job!"
Kebenaran: Cari lagi apa yang anda boleh rasa gembira dengan pekerjaan anda. Cuba bertanya kepada rakan sekerja, apa yang membuatkan mereka berasa gembira atau bersyukur dengan kerja mereka sekarang. Dengan ini, anda boleh ketahui apa yang mungkin anda kurang di situ. - CARI Infonet
Sumber: Menshealth |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku lak konpius ngan idea nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk cr rezeki punya psl, "bohong sunat" menjd kewajipan. |
|
|
|
|
|
|
|
betui... jgn sesekali memburuk2kan majikan depan interviewer... keep it to yourself..
iols ada few interview org... kalau pemakaian selekeh..buruk2 ex boss masa interview.. iols reject.
nk g interview kena la smart... preparation kene ada.. iols suka ayat no 5... huhuhu iols akan cuba praktikkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|