View: 2954|Reply: 5
|
Sanggup Panggang Diri Untuk Rawat Kanser
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Berikutan tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal di hospital, Jia Binhui seorang lelaki di Wilayah Yunnan, China yang menghidap penyakit leukemia terpaksa mengambil keputusan memanggang dirinya sendiri sebagai kaedah alternatif merawat penyakit berkenaan.
Beberapa pakar perubatan memberitahu Binhui, suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser di dalam tubuhnya.
sumber foto : http://metro.co.uk/
Binhui membina satu pemanggang khas di belakang rumahnya supaya dia boleh menjalani rawatan berkenaan pada setiap hari.
Dia disahkan menghidap leukemia pada 2013 dan telah menghabiskan semua wangnya menjalani pemindahan sumsum tulang.
Bagaimanapun, Binhui yang bekerja sebagai petani tiada wang untuk menjalani rawatan susulan di hospital.
Menurutnya, pada setiap pagi dia mencari kayu dan ranting di ladang berhampiran sebelum dibakar di bawah dua batang kayu besar.
sumber foto : http://metro.co.uk/
Apabila api itu tinggal bara dia akan berbaring di atas dua batang kayu berkenaan selama mana yang dia boleh bertahan.
“Saya merancang untuk menjalani rawatan ini selama beberapa bulan lagi sebelum pergi semula ke hospital bagi melihat sama ada keadaan saya semakin baik atau tidak,” jelasnya. – CARI Infonet
sumber info: metro.co.uk/ |
|
|
|
|
|
|
|
dh brape kali thread ni ade daaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo camtu dh lama la kena panggang ye. Ape resultnye? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tergelincir dr 2 btg kayu panjang tu?? baru melecur..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|