View: 2982|Reply: 11
|
Jaga-jaga! 4 Tahun Lagi Majoriti Orang Malaysia Akan Sakit Mental
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan yang dibuat pada 2011 pula menunjukkan 12 peratus (kira-kira 2.6 juta) rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Antara perkembangan negatif dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini ialah berlakunya peningkatan jumlah pesakit mental.
Menurutnya, penyakit mental juga lebih banyak berlaku dalam kalangan kaum hawa pada kadar 12.1 peratus berbanding lelaki (10.4 peratus). Bagi wanita puncanya lebih banyak disebabkan masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak, manakala bagi lelaki puncanya lebih kepada kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya dan penyalahgunaan dadah.
Rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit mental jenis skizofrenia. Pesakit skizofrenia boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Untuk pengetahuan, penyakit mental mempunyai kesan buruk kepada penghidapnya dan ia boleh merugikan negara terutamanya dalam aspek melahirkan warganegara yang sihat emosi dan mentalnya. Penyakit mental boleh menjadi punca kepada perbuatan bunuh diri.
Pesakit skizofrenia mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi yang serius sehingga menyebabkan tingkah laku mereka seolah-olah berada dalam dunia yang berlainan. Mereka sering kali mendengar suara-suara yang menyuruhnya bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang di sekelilingnya.
Justeru, masalah penyakit mental terutamanya penghidap skizofrenia tidak boleh dipandang ringan dan mereka perlu dirawat segera dan mengikut jadual rawatan yang ditetapkan. Antara halangan utama kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan penyembuhan ialah berlakunya diskriminasi dan penafian masyarakat terhadap penyakit mental.
Majoriti rakyat di negara ini tidak melihat masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang serius. Sikap ini menyebabkan ramai pesakit mental gagal mendapatkan rawatan awal. Selain itu, keprihatinan keluarga dan masyarakat memberikan sokongan dan penerimaan kepada pesakit mental masih lagi rendah sedangkan ia amat penting dalam membantu pesakit untuk sembuh. Masyarakat perlu membuang stigma atau persepsi buruk bahawa pesakit mental tidak boleh diubati atau dipulihkan. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
ini kan trit dari gue !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
terus ??, gue harus bilang WOW gitewww ??
|
|
|
|
|
|
|
|
hujung hujung dunia siapa yg xgila
ada SRP terus jadi MB ,itu gila
lenyap duit negara masuk akaun sendiri ,itu gila
MH370 hilang katanya , itu gila
GST boleh kayakan negara , itu sgt gila
makan ubat allopathy , itu pun gila..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai buang banyak multinick pun bpleh dikatagorikan sbg sakit mental ka . Mntk pakar jawa,peynolejeng bg pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana replied at 31-3-2016 09:37 AM
hujung hujung dunia siapa yg xgila
Itu yg tahan fikir.. smpi naik mental kita yg bijak ni |
|
|
|
|
|
|
|
送给留学挂科拿不到毕业证的童鞋们,大洋教育QQ/微信2913575572留学服务中心专业办理英国、加拿大、澳洲等国家各大学【毕业证、成绩单、真实回国证明◆真实教育部认证】100%可查、永久存档。
专业为留学生解决毕业难等问题,欢迎加Q咨询! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka ramai sangat lelaki cedera otak akibat kemalangan jalanraya |
|
|
|
|
|
|
|
tengok perangai kat sosial media dah tau mental. selfie memanjang, caption jiwang,, yuxxxxx |
|
|
|
|
|
|
|
Dengki, irihati,suka mengumpat kat orang lain pun sakit mental juga sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|