CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3236|Reply: 10

Bakal mertua pengantin lelaki 19k lapor polis dan mahu saman malu.

[Copy link]
Post time 5-4-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TAMPIN - Ibu kepada bakal pengantin perempuan yang didakwa lari pada hari sepatutnya membuat majlis perkahwinan tampil membuat laporan polis, petang semalam.

Wanita berusia lingkungan 50- an itu tampil ke Balai Polis Tampin, di sini, selepas merasakan mereka sekeluarga dimalukan, malah turut berhasrat untuk mengemukakan saman malu.

Menurut sumber, wanita berkenaan bagaimanapun menyatakan keluarganya masih bersedia untuk meneruskan pernikahan itu sekiranya kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Menurut sumber lagi, awal Mac lalu, pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak keluarga lelaki untuk menangguhkan perkahwinan ke bulan Disember ini, sesuai dengan perjanjian untuk mengikat tali pertunangan dalam tempoh dua tahun.

“Ibu bakal pengantin perempuan berkenaan juga menyatakan sudah menerima wang hantaran sebanyak

RM13,000 dan bukannya sebanyak RM16,000 berikutan baki RM3,000 lagi sudah dimasukkan bakal pengantin lelaki ke dalam akaun anak perempuannya bagi membeli beberapa kelengkapan perkahwinan.

“Pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan beberapa kali kepada keluarga pengantin lelaki untuk menangguhkan majlis perkahwinan ke bulan Disember," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, ketiadaan keluarga berkenaan di rumah adalah disebabkan mereka membantu salah seorang anak berpindah rumah ke daerah lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.


psss:
saya pusinggg halimmm. tak logik la makcik. auta lagi, auta. takkanlah family pihak laki taktau samada teruskan atau tangguh? kalau dorang saman malu, pihak laki saman malu 2x ganda. Baru padan muka keluarga pembelit ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 01:04 PM | Show all posts
fakta dr suratkhbar pun tak betul

byk pusing citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2016 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sekel replied at 5-4-2016 01:04 PM
fakta dr suratkhbar pun tak betul

byk pusing citer

fakta sbnr apa?

kau tahu ke cite sbnr?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Publicity murahan ler tu nakk pemes eyy mokcik,nanti boleh juai tudung cap Runaway Bride
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 02:26 PM | Show all posts
kalo pengantin lelaki nak dakwa pun blh makcik oi...setakat buat report polis sbb malu pun tak guna..umpama pencuri nak dakwa org awam malukan dia di khalayak ramai sajork kekdahnya

silap2 nanti makcik nie kena denda pulak sbb buat laporan palsu, paling teruk nanti kena dakwa atas niat nak tipu duit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 02:29 PM | Show all posts
mana korg tau... tah2 betul kata acik tu... sbb kita ni nmpk dr luar je... hal2 sbnr kita mana tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2016 02:42 PM | Show all posts
kecoh btol.. isu kahwin pun boleh buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 02:53 PM | Show all posts
okeh.. iols tgu team csi wat carigali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 04:43 PM | Show all posts
tk logik btul... kan date dh ditetap kan... tk kn la pengantin laki ngan pompuan tu tkde call ke WA ckp2 psl kawin ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 08:57 AM | Show all posts
ai syak perantin pompuan ni yg buat taik... maybe family ppuan dah suh kaborkan kat perantin lelaki tuk posponed tp perantin pompuan yg tak inform... ciri-2 halus nak mintak putus kot... kalau mintak depan2 takut dia plak kena tinju....

tp biasenyer kalau bab2 pertukaran tarikh ni... mak bapak perantin yg main peranan.... ni macam pelik jer statement mak perantin pompuan nie...

malu bermenantukan abam posto barangkali....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 09:33 AM | Show all posts
something wrong somewhere..

lately byk plak org timbulkan balik kes hantaran dah bagi tapi tak kawin etc...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057237 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list