Seorang ibu yang begitu gigih menyiapkan bekalan makanan untuk anaknya sejak hari pertama anaknya ke sekolah. Anaknya begitu rindukannya semasa di sekolah, jadi dia menyiapkan bekalan makanan dengan dekorasi menarik supaya anaknya lebih bersemangat.
Lama-kelamaan, rutin ini menjadi hobi baginya. Dia mula berkongsi gambar bekalan yang disediakan untuk anaknya di Instagram dengan harapan ia turut menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang lain.