View: 4212|Reply: 13
|
Perkahwinan Pasangan Mahkluk Dua Alam Yang Cukup Pelik
[Copy link]
|
|
Perkahwinan Pasangan Mahkluk Dua Alam Yang Cukup Pelik
London: Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik, laporan dari sebuah media.
Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.
Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Felix dengan ‘isterinya,’ Helen Fenlon adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Britain.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal sepasang ‘suami isteri’ lain, Janis dan Maxwell Burr.
Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru 2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru ini.
Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.
Janis memberitahu, dulu dia sering memakai pakaian kakaknya ketika berusia enam tahun. Janis juga menabung sehingga £10,000 (RM51,034) untuk menjalani pembedahan penukaran jantina pada 2003.
Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.
Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah buat mereka.
“Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga,” katanya dalam satu kenyataan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haihh la manusia sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ttp pkahwinan antara lelaki dan pmpuan..cuma tugas dan rupa dah btukar. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm, boleh dpt baby ke gini? |
|
|
|
|
|
|
|
rmai jek mnusia x dek mak bpak sekarang nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin perempuan tu masih nampak muka kejantanannya |
|
|
|
|
|
|
|
revoc replied at 22-4-2016 10:57 PM
rmai jek mnusia x dek mak bpak sekarang nih
Tak paham..
Maksud sy.. dorang ni kan kawen antara lelaki n pompuan even tukar luaran, dalaman tu masih sama kan..
So, ada kemungkinan tak utk dapat anak sendiri.. yg dikandung oleh si "bapa" tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tdi ko tulis baby jek
aq kasi untuk baby segera lh
hihihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pengantin lelaki tu belum menopaus and pengantin perempuan tu masih belum buang zakar boleh je... Tapi diorang nak anak ke???
|
|
|
|
|
|
|
|
Rose1982 replied at 22-4-2016 11:16 PM
Tak paham..
Maksud sy.. dorang ni kan kawen antara lelaki n pompuan even tukar luaran, dalaman ...
Mcm tak blh je sbb si suami yg asalnya pompuan tu dah kertu bebenor.
Harus dah menopos huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia akhir zaman |
|
|
|
|
|
|
|
aa...confuse |
|
|
|
|
|
|
|
vangang abadi nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|