CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 9

[Tempatan] Negara jimat RM3.2 bilion jika rakyat tanam sendiri jagung. Boleh la kukuhkan ek

[Copy link]
Post time 14-9-2017 11:24 PM | Show all posts |Read mode
ISKANDAR PUTERI, 14 Sept ― Negara dijangka dapat menjimatkan RM3.2 bilion sekiranya jagung ditanam dalam negara berbanding mengimportnya, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ketika ini negara membelanjakan RM3.2 bilion untuk mengimport tiga juta tan metrik (mt) jagung setiap tahun bagi menampung keperluan permintaan dalam negara.

“Saya berpendapat sekiranya kita berhasrat mahu melakukan penanaman sendiri, ia memerlukan kawasan seluas 300,000 hingga 400,000 hektar tanaman jagung bagi menampung permintaan jagung di dalam negara.

“Ini merupakan salah satu cara kita menjimatkan perbelanjaan negara dan saya memuji usaha yang telah dilakukan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang giat membuka kawasan-kawasan baharu bagi penanaman jagung bagi menghasilkan makanan ternakan ayam tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPNJ ke-39 di sini hari ini.     

Tambah Ahmad Shabery, tahap sara diri bagi pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 100 peratus tetapi Malaysia mengimport sebanyak 100 peratus makanan untuk ternakan terutama jagung bijian.

“Majoriti jagung kita import dari Argentina dan jumlah penanaman jagung yang sedia ada di dalam negara pada hari ini tidak melebihi 1,000 hektar dengan majoriti tanaman berada di Johor dengan keluasan tanaman lebih kurang 500 hektar.

“Saya percaya kita boleh contohi negara Indonesia, Filipina dan Thailand di mana sara diri mereka untuk jagung hampir mencukupi. Harga bagi tanaman jagung juga meningkat lima peratus setiap tahun,” jelasnya.

Menurut Ahmad Shabery, rakyat Malaysia memerlukan bekalan daging ayam sebanyak 1.8 juta ekor dan 28 juta telur ayam sehari yang dipengaruhi oleh kualiti jagung yang diberikan kepada ternakan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau juga berkata negara memerlukan sekurang-kurangnya 50,000 ekor bekalan lembu hidup pada masa hadapan terutamanya pada musim raya korban bagi menampung permintaan daging pada tempoh berkenaan. ― Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 08:43 AM | Show all posts

dan utk projek bela lembu tu ..  lebih banyak2 duit perlu

diagihkan kepada menteri2 umno supaya lebih banyak kondo2

dapat disediakan .  makcik sharizat pun dah gemok macam lembu .

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:46 AM | Show all posts

dan rakyt jangan lupa terus makan kangkung .

harga2 ikan terus dinaikkan supaya dah nampak macam spore .



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:14 AM | Show all posts
macam2 la najib ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:22 AM | Show all posts
Yang die cakap tue betul cuma kalau betol statement tue ntok perkukuh ekonomi US memang ai pukimakkan jer. Seriously bitchess!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
X payah jadi menteri pun org tahu tanam sendiri lebih jimat. tp apa yg kerajaan pantau? Tanah sawah padi dibiar buat rumah, kawasan ladang tukar komersial.

Tu ladang Tebu kat Perlis dah punah ranah. Kita import tebu. Cuba belajar dr Thailand. Nanti ada la menteri tongong kata kalau tanam  sendiri kita jimat billion billion.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha....jika ingin jimat dan mebantu AS ...tanamlah jagung di tanah Amerika Syarikat...baru kemydian jagungnya dikirim ke malaysia...

Tahniah to imam besar suci mulia perkasa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:11 AM | Show all posts
jimat tu kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu aku heran kemana ilangnya orang cerdik pandai, profesor2 smpai x mmpu hasilkan makanan ayam. bila ayam naik harga,kata makanan mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:11 PM | Show all posts
bit replied at 15-9-2017 10:05 AM
X payah jadi menteri pun org tahu tanam sendiri lebih jimat.  tp apa yg kerajaan pantau? Tanah  ...

Betui Beb....meke tak ado modal nak cakap....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.096759 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list