CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

Sistem Perbankan Islam Msia: Membantu Atau Menindas?

   Close [Copy link]
Post time 22-2-2012 05:35 PM | Show all posts
Aku dah lama dah tersiksa..aku byr loan rumah bulan2 x sama dgn kwn aku yg ambik loan conventional tension sgt,pdhal rumah yg sama..mmg gampang..bila aku nak tukar balik buat conventional mcm2 lak derang mintak..sabo jer lar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 05:44 PM | Show all posts

Sistem Perbankan Islam Msia: Membantu Atau Menindas?

aku plak x anggap camtuh bro...pengguna bukan nak rate yg rendah melampau just cukuplah ala kadar ...
axl_bach Post at 22-2-2012 09:33


Rendah dan tinggi tu punyai intrepretasi berbeza pada kedua2 pihak. Kena ada satu pihak jadi regulator yg enforce satu rate ke atas kedua2 pihak. Gomen la tu.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 06:06 PM | Show all posts
Rendah dan tinggi tu punyai intrepretasi berbeza pada kedua2 pihak. Kena ada satu pihak jadi reg ...
gabanzack Post at 22-2-2012 17:44


mungkin leh amik rate sistem riba' sebagai benchmark kepada rate islamic banking (bukan iselemic banking) agar meletakkan kadar keuntungan yg lebih mesra pengguna....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 06:17 PM | Show all posts
mungkin leh amik rate sistem riba' sebagai benchmark kepada rate islamic banking (bukan iselemic ...
axl_bach Post at 22-2-2012 18:06



sebenarnya itu pun yg sedang diamalkan sekarang ni. Itu yg timbul dakwaan bank islam pun apply BLR macam bank riba. Walaupun kaedah sebenarnya adalah spt berikut:

1. Bank Islam ikat kontrak dgn pelanggan pada % untung yg tetap (flat rate), tapi kadar ni jauh lebih tinggi drpd BLR. Contoh, 10%. Walau apa pun berlaku pada ekonomi, 10% ni takkan naik....tetap camtu jugak sebagai ceiling rate (maximum).

2. Tapi bank ada pilihan untuk "berbaik hati" memberi diskaun kepada pelanggan pada setiap bulan pada sebarang jumlah yg dikehendakinya. Ini hak bank. Pelanggan tak berhak tuntut sebab kontrak dah tetapkan rate. Atas ehsan bank. So bank pun, supaya nampak kompetitif dengan bank biasa, mereka pun design la diskaun dengan mengambil benchmark rate bank konvensional yg lain (dalam kata lain, BLR minus minus).

3. Secara efektifnya, kalau no.2 ni berterusan sehingga akhir tempoh pembiayaan, bank Islam ni sama je la jumlah pembayarannya dengan bank konvensional yg lain.


Kalau seperti di atas, agak-agaknya konsumer berpuashati tak?


Citer pasal default, early settlement....ni citer lain lah.... Aku pun masih cuba nak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 07:14 PM | Show all posts
Aku terasa sistem perbankan islam n menyeksa aku... Beli rumah pada 2003, buat loan 62k ( bulanan 480 selama 30tahun), tahun 2010 nk jual bank ckp ada lagi 59k hutang, tahun n cadang nk jual... Balance ada lagi 58k, 2 tahun bayar baru luak 1k je... Member yg ambil rumah yg sama guna conventional dah selamat jual (balance 30k++ bulanan dia just 350) je... Tension giler & menyesal sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:31 PM | Show all posts
Aku dah lama dah tersiksa..aku byr loan rumah bulan2 x sama dgn kwn aku yg ambik loan conventional t ...
rosmahisham Post at 22-2-2012 17:35
kita serupa..
dulu aku pun mintak tukar,  derang siap suruh orang datang evaluate harga rumah semula..
macam2 lah,,,sampai aku naik fedup
so last2, withdraw EPF..dump kat loan tu
penghujung tahun ni, selesai lah loan rumah I
and that would be the last aku guna perbankan islam ni..
menyesal tak terkata..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2012 08:48 PM | Show all posts
banyak sungguh pengalaman2 pahit dgn perbankan islam ni ye

dan aku perati, kebanyakan kes tak puashati berhubung kait tentang early settlement di mana amaun penyelesaian sangat menindas.

ada sesiapa boleh terangkan camana sebenarnya cara bank2 islam ni kira settlement ni? dan bagaimana pula bank konvesional calculate?

ke bakal tak berjawab soalan aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by axl_bach at 22-2-2012 21:00
banyak sungguh pengalaman2 pahit dgn perbankan islam ni ye

dan aku perati, kebanyakan kes tak  ...
gabanzack Post at 22-2-2012 20:48


tunggu jer ada kot yg bleh menjawab persoalan ko tuh...kan dlm forum cari nih everiwan ken bi enibadi...hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 09:06 PM | Show all posts
wow. Ngeri tol cerita korang. Gerak hati aku mengatakan untuk menyokong perbankan Islam. Tapi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:27 PM | Show all posts
Aku terasa sistem perbankan islam n menyeksa aku... Beli rumah pada 2003, buat loan 62k ( bulanan 48 ...
BorderManager Post at 22-2-2012 19:14


Betul tu...rasa mcm x luak2 kan padahal dah jenuh membayor bertahun2..pelik tul la islamik amendenya mcmni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:33 PM | Show all posts
kita serupa..
dulu aku pun mintak tukar,  derang siap suruh orang datang evaluate harga rumah semul ...
xAthenax Post at 22-2-2012 20:31



   Sial kan derang nih..(geramm sgt ni) ai sampai harini sakit hati dgn officer bank yg beriya2 promote tu..sekarang ni nk jual pon x boleh..hutang byk lagik pelik rasa mcm x luak jer..dah la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 22-2-2012 22:14

bank islam ni memang taknak korang buat early settlement..
diaorang lagi suka korang berhutang dengan dia..

kalo betol la bank ni ni bank Isle, sepatutnya dia lagi suka customer bayar hutang cepat..
tapi ni sebaliknya.. diaorang lagi suka korang bergelumang dgn riba sampai mati..

personal experience aku, pasal personal loan..
aku pernah nak buat full settlement.. tapi kalo nak settle, kena amik statement dulu..
tapi nak mintak bank statement bukan main susah..
kena isi form dulu, pastu kena tunggu dia pos dalam masa 2 minggu..
bangang punya sistem bank isle..
bank lain on the spot boleh dapat, dia seboleh2 nak delay lama kasik customer fedup..
n seterusnya kensel niat nak habiskan hutang..

alkisahnya aku tunggu surat dekat setahun, tak sampai2..
bila telefon bank (nak follow up surat dia), TAK PERNAH nya dapat cakap..
sampai la aku letak phone sebab fedup tunggu.. banyak kali la aku call..

last2 aku abaikan, tak jadi full settlement..
one day aku pi apply skali lagi, dia masih lagi guna sistem yang sama..
macam biasa aku tunggu 2 minggu, surat masih tak sampai2..
tapi kali ni, aku pergi sekali lagi kat bank tu..
RUPANYA SURAT (bank's settlement) TU MEMANG DAH ADA KAT BANK ISLE !!
internal jer ropanya..

macam sial jer perangai, buang jer la kopiah tu, macam celaka..
marah punya pasal, sampai aku tersasul cakap kat kaunter bank..
SAYA NAK TUTUP BANK ISLAM ! (sebenarnya aku nak cakap tutup akaun)..
tercengang bangang orang bank tu dengar..

tau kenapa aku nak tutup hutang bank isle?
sebab bertahun aku bayar, hutang pokoknya gerak sikit jer..
padahal dah bayar banyak..
bukan main banyak duit interest yang dia makan dulu..
bank konvensional pun tak melahap sehina tu..
sori la kalo aku pandang bank isle ni (dengan staff n ostad2 panel syariahnya) sebagai orang yang hina..
buang jer la nama Islam tu dari bank.. MEMALUKAN !
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:01 PM | Show all posts
Aku terasa sistem perbankan islam n menyeksa aku... Beli rumah pada 2003, buat loan 62k ( bulanan 48 ...
BorderManager Post at 22-2-2012 19:14


sama mcm kes aku la nih...betapa byknyer derang mengaut keuntungan....pehtu ada member plak amik loan ngan insurans kampeni...interest fixed jugak..tp rendahh woo...3-4 % jahh..cittt..mungkin ada la terms dia tpp....kalo kali ngan 30 tawunn..fuhhh...tp skang aku to islamic pakai BFR...ntah la...berbeza pada term je kot...cuma BFR ni ada ceiling la...10-11..kalo BLR nak melambung..lambung la..kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:48 PM | Show all posts
mula interest 8.7%... dua tahun lepas mintak kurang dpt 7.7% (2 tahun je) tahun n start balik 8.7%....
9 tahun aku loan... tak pernah BLR melebihi interest yg perbankan islam n charge.... nk refinance semua bank xmo kecuali public je dia bagi BLR-1.5% tapi sebabkan balance banyak aku kena loan dan macam masa beli rumah tu...... nampaknya sampai tua la aku tak jual rumah n
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-2-2012 23:01

Perbankan Islam nye loan kalau ambik memang payah nak loloskan diri lah alamatnya, lubang perangkap yang disediakan syaitan terlalu dalam hingga tak terpanjat naik di buatnya  ! Sebab ia tak hanya membabitkan riba tapi membabitkan manipulasi hukum Tuhan .
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:10 PM | Show all posts
Mula2 Sistem Perbanken Tanpa Faedah (SPTF) kendian jadi Perbanken Islam diwujudkan sebagai alternative kepada conventional banking untuk umat Islam yang mahu kepada syariat.

Tapi yang nampak ialah Perbanken Islam itu diamalkan pada kulit je....................... tetapi disebaliknya ialah ianya telah menjadi pemeras, opportunis, kapitalis dan zalim kepada peminjam yang tak berkeupayaan. Umpama perogol dan pembunuh berserban.

Kenapa Allah melarang "riba" ialah kerana Allah tak mahu manusia terseksa diatas ketamakkan manusia lain. Jadi kita balik ke soalan seterusnya, "Apa beza Perbanken Islam dengan perbanken konventional disegi roh dan penghayatan?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 11:11 PM | Show all posts
Orang yg hidup sederhana, cukup-cukup makan je.keperluan asas seperti kenderaan dan tempat tinggal (rumah) penting bagi mereka..Masalahnya bila keperluan asas ini tak mampu mrk miliki, mereka terpaksa berhutang..Bila perbankan Islam diperkenalkan, orang yg hidup sederhana seperti aku ni percaya ngan sistem ni sebab selama ni tak pernahpun berhutang ngan mana-mana bank yg ada riba ni..Bila dah terkena macam ni, memang aku tak nak berhutang lagilah..
Tapi peliklah, macammana ustaz-ustaz yang menjadi panel syariah ni bole kata perbankan Islam takde unsur menindas?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:19 PM | Show all posts
Reply 76# R2D2

Di dunia bolehlah guna bahasa retorik memcm utk cover ribanya perbankan 'Islam'
bank adalah tempat simpan duit, pinjam duit
tapi bank buat aqad jual beli seolah2 dia yg memiliki dan membina property itu sedari awal
sedangkan bank keluarkan duit berdasarkan bila ada permohonan drp customer untuk meminjam
customer niat pinjam duit, tapi bank kata no, bukan pinjam duit, tapi jual beli
kalau pinjam duit, takleh caj mahal2 bawah islamic banking, nanti jadi riba
tapi kalau jual beli, boleh guna kaedah BBA, so tiada riba terlibat
kononnya sbb ikut harga jualan bertahun2 akan dtg
jadi, loan kereta tu atas dasar apa? harga keta bukan makin naik
itulah caranya demi menghalalkan riba
kalau property yg dah siap, tak apa
ini dgn property tak siap pun bole jalan jugak aqad jual beli
bila property tak siap, customer jugak yg kena tanggung
kalaulah dengan adanya aqad bermakna halallah untung berlebih2an yg diambil
memang betul la apa ramai yg cakap
along pun bole wujudkan aqad utk halalkan riba yg dia ambil   
BFR ke BLR ke, adik beradik je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:26 PM | Show all posts
tapi kalau jual beli, boleh guna kaedah BBA, so tiada riba terlibat
kononnya sbb ikut harga jualan bertahun2 akan dtg
jadi, loan kereta tu atas dasar apa? harga keta bukan makin naikLuCkY-sTaR Post at 22-2-2012 23:19


Macam mana bank tahu harga 30 tahun ke depan tu ? Depa speku camna ? Kalau lepaih 10 tahun pelanggan tu tak leh bayaq kenapa bank mintak harga untuk 30 tahun ke hadapan plak ? Patutnya kena mintak harga rumah nilai semasa waktu 10 tahun tu saja lah

Loan keta tu memang nampak sangat bank kantoi..... keta lagi lama lagi meloroih harga tak mau-mau  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:44 PM | Show all posts
Reply 119# blastoff

itulah yg musykil tu
speku camana diorang pakai utk tentukan harga di masa hadapan
speku2 beginilah yg menyebabkan harga rumah melambung2
harga rumah melambung bermakna mereka yg nak berumah tapi tak cukup duit, terpaksa ambik loan
dan drp sapa ambik loan? tentulah dr bank juga. bank pun senyum memanjang
apa peduli riba atau tak riba
bank 'beli' property dr customer, kemudian bank jual balik pd customer berkali2 ganda
haha! lawak tak lawak sistem BBA yg dipakai di Mesia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.417362 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list