View: 1661|Reply: 3
|
[Tempatan]
Pengeluaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada warga emas wajar dihadkan
[Copy link]
|
|
Pengeluaran LKM kepada warga emas wajar dihadkan
https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... mas-wajar-dihadkan/
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
24 September 2021, 6:10 pm

Azisman (tengah) ketika bercakap pada sidang akhbar khas di Bukit Aman hari ini.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar pengeluaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada warga emas dihadkan oleh kerajaan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, cadangan tersebut diutarakan memandangkan terdapat faktor menunjukkan bahawa warga emas antara yang menjadi penyumbang kepada kemalangan di jalan raya.
“Kita kena tahu apabila mencapai usia warga emas banyak penyakit yang datang antaranya seperti nyanyuk, alzheimer dan penglihatan mata tidak terang.
“Faktor berkenaan secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya dan terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal,” katanya pada satu sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Menurut beliau, golongan berkenaan juga perlu berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan surat pengesahan mengatakan bahawa mereka sihat tubuh badan untuk memandu kenderaan.
“Sebagai contoh, dalam polis lesen senjata api hanya diperbaharui sekali setahun dan cadangan pengeluaran LKM kepada warga emas juga perlu berbuat demikian (perlu diperbaharui setiap tahun).
“Sekiranya seorang warga emas berusia 70 tahun memperbaharui LKM bagi tempoh lima tahun maka ia tidak sesuai sama sekali kerana faktor usia jadi kerajaan harus meneliti perkara ini dan mengkaji pengeluaran LKM kepada warga emas,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Azisman turut mencadangkan agar kerajaan mengeluarkan satu polisi untuk motosikal berkuasa rendah tidak mengeluarkan bunyi bising.
“Polisi berkenaan diperlukan kerana rata-rata motosikal berkuasa rendah ini banyak diubahsuai ekzosnya agar mengeluarkan bunyi bingit dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya. -K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.
Wak Kasi penah kene dgn ahso kat jln gasing.
Fender bender.
Dia reflex selo.
Dia brain cell selo.
Dia Mata kero.
Dah tentu as well right of way was mine.
Dia asek putar2 'you come so fast'. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak rasa jangan begitu kerana orang umur 70 ada yang masih kuat... Jadi sesiapa nak renew suruh mereka buat simple test jalan raya. Jika lulus dapat lah setahun. Tahun depan test lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ini benda subjektif. Yang muda pun ramai baghal tak ikut undang-undang dan selfish bila atas jalan raya. Ini sebenarnya penyumbang terbesar kemalangan. Yang muda akan tua juga satu hari nnt. Yang sihat akan sakit/uzur jugak nnt. Bawa2 la muhasabah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|