Edited by tongkatwaran75 at 16-3-2017 07:38 AM
KUALA LUMPUR – Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini meningkat kepada 30,200 berbanding 27,900 orang, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Katanya, peningkatan tersebut berikutan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia baru-baru ini. “Suka untuk saya nyatakan hasil lawatan tersebut...Alhamdulillah, Tabung Haji telah mendapat 30,200 kuota haji tahun ini berbanding 22,230 selama tiga tahun sebelum ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat semalam. Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berban-ding 22,230 sejak 2013. Abdul Azeez berkata, selain manfaat tersebut, lawatan Raja Arab Saudi itu juga membawa pelbagai kebaikan selain pelaburan dalam negara. Beliau berkata, lawatan itu juga membuktikan kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat perhatian Arab Saudi di mana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati dalam rangka kerja baginda ke Asia.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4bQIYRlIR
Hakcipta terpelihara
|