Bunyi macam pelik. Namun hakikatnya, belalang beras goreng memang sedap. Katanya rasanya seperti udang goreng.
Memetik sumber dari Utusan Online, menu belalang goreng sangat popular di Kelantan. Di pasar Lama, Pasir Puteh Kelantan terdapat peniaga yang menjual belalang ini.
Seorang peniaga menjual Belalang Beras di pasar. (Sumber: Utusan Online)
Di sebuah warung di Kampung Bukit Awang menyajikan menu istimewa ini iaitu belalang masak kerutuk untuk disajikan sebagai juadah sarapan pagi Bersama nasi. Mungkin bagi orang yang tidak pernah mencuba menu ini akan berasa loya. Namun keenakan belalang kerutuk menjadi pelaris di warung ini ya.
Untuk pengatahuan semua, Belalang Beras ialah belalang yang terdapat dalam longgokan padi sebelum ia dimesin. Belalang ini ditangkap dan akan dimasak atau digoreng.
Belalang Goreng (sumber: EZtakaful.com)
Dipercayai mengamalkan pemakanan belalang mampu memberi khasiat kesihatan kepada seseorang. Menurut kitab Al-Tib Al-Nabawwi (halaman 311), khasiat makan belalang amat baik bagi mengubati beberapa jenis penyakit.
Jika dimasak secara kukus, ia dikatakan dapat mengubati penyakit kencing tidak lawas dan penyakit buasir. Jika dimakan belalang yang belum bersayap dengan dibakar, ia dipercayai mampu menghilangkan bisa racun kala jengking dan bisa binatang lain.
Sumber: Google
Malah dikatakan, jika diamalkan memakan secara berterusan, serangga ini juga dapat menguruskan badan namun, belalang mudarat bagi mereka yang mengalami sakit kepala dan lumpuh.
Begitu juga bagi anda yang mempunyai resdung, makanan ini tidak sesuai kerana boleh menyebebkan alahan pada kulit.
Berkhasiat juga rupanya belalang ni kan? Anda berani nak mencubanya? - CARI |