CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3716|Reply: 0

HITAM, MERAH,KUNING WARNA KESATUAN RAKYAT SARAWAK YANG KEMUDIAN DIPILIH MENJADI

[Copy link]
Post time 17-12-2019 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_shalom at 17-12-2019 08:37 PM

Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak Yang Perlu Anda Tahu









Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak Yang Perlu Anda Tahu. Umum mengetahui bahawa bendera Sarawak mempunyai 3 warna iaitu merah, kuning dan hitam. Namun demikian, tahukah anda mengapa 3 warna ini dipilih daripada berjuta-juta warna di dunia sebagai warna rasmi negeri Sarawak? Bagi rakyat Sarawak, sudah tentu bendera ini merupakan lambang kedaulatan dan jati diri yang mereka pegang selama ini. Menurut sumber yang kami perolehi daripada laman Facebook Borneo Oracle, kisah di sebalik pemilihan warna bendera Sarawak ini amat menarik untuk dikongsi kepada semua.

Walaupun kisah ini tidak di dokumentasikan secara rasmi, namun demikian warna hitam, kuning dan merah dikatakan telah dipilih oleh Rajah Sarawak yang kedua iaitu Rajah Charles Brooke.


Kredit : Brooke Trust
Menurut sumber lisan daripada orang-orang tua dahulu kala, Rajah Charles Brooke kebetulan sedang mencari ilham untuk mencipta bendera Sarawak sewaktu pertabalan beliau sebagai Rajah Sarawak yang kedua. Sempena pertabalan tersebut, rakyat jelata pada ketika itu menghantar pelbagai barangan yang dibungkus kemas sebagai hadiah.
Apa yang menariknya, Rajah Charles pada ketika itu tertarik dengan keunikan bungkusan yang dihantar oleh rakyat marhaen yang mempunyai pelbagai latar belakang. Beliau mendapati bahawa bungkusan daripada setiap kaum menggunakan alas yang berlainan warna.

Bagi masyarakat Dayak Sarawak, hadiah yang mereka utuskan kepada beliau kebanyakannya dibungkus menggunakan alas berwarna hitam. Bagi kebanyakan masyarakat Dayak, warna hitam merupakan warna kehormat mereka dan digunakan secara meluas sama ada dari segi busana, aksesori, mahu pun upacara tradisi masyarakat tersebut.




Gambar hiasan. Kredit : sayidahnapisahdotcom
Hadiah utusan rakyat yang berbangsa Cina Sarawak pula kebanyakannya dihantar menggunakan alas atau balutan yang berwarna merah kerana warna merah merupakan warna yang membawa “Ong” atau tuah kepada si pemakai atau penerima. Sudah tentu, kepercayaan nenek moyang mereka sejak beribu tahun yang lalu masih dipraktikkan walau pun mereka merantau jauh dan menjadi rakyat di tanah asing seperti Sarawak.



Gambar hiasan. Kredit : minangkabaunews.com

Masyarakat Melayu Sarawak pula membungkus hadiah utusan menggunakan kain yang berwarna kuning. Seperti yang anda sedia maklum, warna kuning merupakan warna kebesaran untuk pimpinan diraja seperti raja atau pun Sultan. Hantaran daripada masyarakat Melayu yang menggunakan kain kuning ini menunjukkan penghormatan dan sanjungan rakyat kepada kepimpinan tertinggi Sarawak pada waktu itu.




Gambar hiasan. Kredit : whatalovelywedding.wordpress.com

Daripada pengertian ini, maka Rajah Charles Brooke akhirnya memutuskan untuk menjadikan warna-warna ini sebagai warna bendera Sarawak yang melambangkan perpaduan 3 masyarakat utama di negeri ini.
Pada hari ini, warna-warna ini mempunyai maksud yang berlainan pada bendera Sarawak. Warna hitam membawa maksud kekayaan sumber asli negeri Sarawak seperti minyak, gas, sumber hutan, dan sumber-sumber lain yang menjadi teras kejayaan rakyat Sarawak. Warna merah pula merupakan simbol keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam memastikan kemakmuran Sarawak. Manakala warna kuning melambangkan keagungan dan kedaulatan undang-undang, peraturan (Order) serta perpaduan rakyat di yang berbilang kaum di Sarawak.




Kredit : Cats fm

Walaupun warna pada bendera ini mempunyai maksud yang berbeza pada hari ini, namun pemilihan warna hitam, merah dan kuning merupakan kesinambungan daripada ilham Rajah Charles Brooke kerana ia merupakan identiti dan jati diri Sarawak.

Jom kongsi artikel ini

https://iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/sejarah-di-sebalik-warna-bendera-sarawak-yang-perlu-anda-tahu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043758 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list