CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23244|Reply: 124

Fazura dapat hadiah syiling emas daripada Permaisuri Selangor

  [Copy link]
Post time 6-9-2021 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Aktres popular Fazura menzahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah berupa beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Berita gembira tersebut dikongsi pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 37, dalam InstaStory miliknya hari ini.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menunjukkan dia menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Norashikin iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.
Dalam kad yang dikirim, tertulis ucapan terima kasih daripada Permasuri Selangor buat Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.
“Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya,” tulis Permaisuri Norashikin.
TANDA mata berharga daripada Permaisuri Selangor yang dikongsikan Fazura dalam Instagramnya.
Mengagumi keperibadian baginda , Fazura menitipkan ucapan terima kasih buat atas beberapa hadiah yang dikirimkan kepadanya.
“Sangat merendah diri dan jelita. Ini antara sebab saya mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin.
“Menjunjung kasih Tuanku. Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima.
“Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.
Fazura bagaimanapun tidak mendedahkan alasan kiriman Permasuri Selangor buat dirinya.
Terdahulu, pelakon Remy Ishak dan isteri juga pernah mencuri tumpuan ramai apabila menerima bungkusan hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai hadiah perkahwinannya pada 21 Ogos lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh kak fazzy
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh hebat kaka fazzy, jual tudung laku 80,000 helai berbanding 200,000 keping mask (yang agen beli untuk kambuih). Lepastu dapat syiling emas 999/24k dari Permaisuri Selangor pulak tu.

Tapi tetap la tak boleh challenge dewi katik ayam serama. Dapat macam2 surat dari VVIP untuk hadir ke Mahkamah untuk perbicaraan. Siap di jemput oleh polis lagi untuk ke balai polis buat bagi keterangan langgar sop.

Betul2 internasyenel.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertuah badan...fazura pun mmg baik dgn org
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah murah rezeki orang baik2 ramai sayang

Bukan macam seteru (eh tibehhh) dalam mengandungi lemak (husnuzon) masih gigih bercekau dengan porumer
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:40 PM | Show all posts
Melimpah ruah rezki Fazura.. Alhmdulillah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2021 04:41 PM | Show all posts
Rakyat biasa pun dpt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 6-9-2021 08:08 AM
Wahhh hebat kaka fazzy, jual tudung laku 80,000 helai berbanding 200,000 keping mask (yang agen beli ...

Apa kes mak dia dengan selatan. Acik hina  ke cerca apa dah selamat kena denda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 6-9-2021 04:43 PM
Apa kes mak dia dengan selatan. Acik hina  ke cerca apa dah selamat kena denda

Nak buat ape je?kalau didakwa ke ditahan ke ramai lak yg sudi buat solidariti utk acik tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:49 PM | Show all posts
lps bang remy dpt hadiah dari yestana, kali ni fattzura plk..

kjp lg pakat2 berharap dpt something dari istana jugak lah......  bebudak pun makin geletis nk jd retiz utk sambar buaya =+ ada nama glamour + dapat berangan jadi Datuk Datin now terbaru dpt hadiah dari Istana
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
so lofa dpt apa plak
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:56 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-9-2021 04:49 PM
lps bang remy dpt hadiah dari yestana, kali ni fattzura plk..

kjp lg pakat2 berharap dpt somethin ...

Yup. Tahniah kepada Faz

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:58 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 6-9-2021 04:08 PM
Wahhh hebat kaka fazzy, jual tudung laku 80,000 helai berbanding 200,000 keping mask (yang agen beli ...

hahahhahaha kak duda...iols rindu carutan manja uols
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 04:59 PM | Show all posts
        
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 05:17 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 6-9-2021 04:08 PM
Wahhh hebat kaka fazzy, jual tudung laku 80,000 helai berbanding 200,000 keping mask (yang agen beli ...

Jgn lupe surat tulis tgn dr kedai air bebola manis
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 6-9-2021 04:49 PM
lps bang remy dpt hadiah dari yestana, kali ni fattzura plk..

kjp lg pakat2 berharap dpt somethin ...

Kaka faz mmg selalu dpt hadiah dr TPS.
Hadiah kwen pn TPS pernah bagi.
Tp nanti lobenak claim, idola dia kwan dgn kerabat tk kecoh pun. Gitchuuu retis terpaling
Nk tanye lobenak, bff idola Iman anak tiri jagung ade bg hdiah tk? Bff kn. Coz mcm tk ade benang je. Ke Humble
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepaas ni mungkin ada org tu kata dia dpt hadiah dr queen elizabeth...hahaha...mana bole kalah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 05:42 PM | Show all posts
Pak.dolla replied at 6-9-2021 05:22 PM
Lepaas ni mungkin ada org tu kata dia dpt hadiah dr queen elizabeth...hahaha...mana bole kalah..

tak main la surat2 dari queen E ni pak dolla... deyyy...
mak dewi katik dah pernah dapat surat ig stories dari kerabat selatan hoccay..

anugerah majikan terbaik jatuh kepada : mamazat




Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 05:42 PM | Show all posts
Em kang ada lah yang up dapat hadiah dari Raja Arab
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 05:46 PM | Show all posts

Takut dia up dapat hadiah dari Sultan Jamaica pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.702546 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list