DILIHAT masih awet muda meskipun sudah berusia 57 tahun, pelakon Rashdan Baba mendedahkan amalan minum air suam menjadi antara rutin yang diamalkannya sejak dahulu.
Menurut Rashdan, dia mengambil lebih lapan liter air sehari dan menganggap penampilan mudanya itu sebagai satu bonus selain turut dipengaruhi faktor genetik.
“Sebenarnya benda itu kira bonuslah sebab arwah bapa dulu pun kalau saya jalan dengan dia, orang kata kami macam abang adik. Mungkin daripada genetik.
“Ajaran daripada arwah bapa saya, sebelum tidur minum air suam segelas. Bangun tidur pun buat perkara sama sebelum berus gigi atau ketika air liur basi masih melekat lagi.
“Itu amalan saya daripada dulu. Saya rasa lebih lapan liter saya minum sehari,” katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut mengenai penjagaan diri, Rashdan berkata dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan kecantikan atau prosedur tertentu untuk mengekalkan penampilannya.
“Cucuk-cucuk pun tak ada, setakat ini Alhamdulillah masih original (asli). Masih lelaki tulen,” selorohnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-8-2026 11:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
8L? Aku paling banyak boleh minum pon dalam 1.5l je.. lebih dari tu kejap2 kena pergi toilet. Dulu pernah la cuba2 ikut trend minum 3L, stop sebab xlarat nak pergi tandas kerap sangat. Doctor pon ada cakap yg asalkan air kencing kita ada sikit je hue kuning tu dah ok dah. Air kecing terlalu jernih tu kiranya dah terlebih minum.