CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

[Johor] Bukan 'wayang', kerajaan Johor bantu KKM tangani isu kurang petugas kesihatan - Onn Hafiz

[Copy link]
Post time 7-8-2026 07:01 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Kerajaan Johor sudah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani isu kekurangan petugas kesihatan di hospital kerajaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata usaha itu termasuk membiayai penempatan doktor locum di hospital utama, menubuhkan Southern Volunteers Healthcare, menyediakan ambulans tambahan, bantuan aset dan peralatan perubatan, selain melaksanakan Klinik Decanting bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menaik taraf lebih 460 bilik pantri di fasiliti kesihatan seluruh negeri ini, menyediakan perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos dan Locker4U, serta menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta termasuk KPJ Healthcare bagi membantu dari sudut kepakaran dan tenaga kerja.

Bagaimanapun, beliau berkata, tanggungjawab mengisi kekosongan jawatan doktor dan jururawat di hospital KKM kekal di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

"Kerajaan Negeri tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang membabitkan nyawa, kesihatan dan kebajikan Bangsa Johor, apatah lagi mempolitikkan isu ini.

"Kekurangan doktor dan jururawat di Johor kini berada pada tahap kritikal dan saya hanya menuntut apa yang dijanjikan oleh KKM sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Onn Hafiz berkata, dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Johor hanya tahu 'menyeru' KKM dan segala usaha yang dilakukan sekadar 'wayang' adalah satu fitnah yang perlu diperbetulkan.

Beliau menegaskan kerajaan negeri tidak pernah mempolitikkan isu kesihatan kerana perkara itu membabitkan nyawa, kesihatan dan kebajikan rakyat.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa menggunakan medium media dan media sosial untuk terus menyeru KKM selepas isu berkenaan dibangkitkan secara berhemah sejak 2023 namun masih belum diselesaikan.

"Jelaslah Kerajaan Negeri Johor bukan sekadar 'wayang' apabila membabitkan nyawa, kesihatan dan kebajikan Bangsa Johor.

"Kami hanya menuntut apa yang dijanjikan. Sebab itu kita bersuara dan menyeru pihak yang mempunyai kuasa supaya melaksanakan tanggungjawabnya," katanya.

Katanya, pada tahun lalu, pihak KKM turut menghadap Pemangku Sultan Johor dan bersetuju menyelesaikan isu perjawatan di negeri ini.

"Antara persetujuan dicapai ialah mengisi segera kekosongan jawatan kritikal di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Kulai, selain menambah tenaga kerja di Hospital Pasir Gudang.

"Malangnya sehingga kini masalah perjawatan yang membelenggu sektor kesihatan di Johor masih belum diselesaikan.

"Sebab itu saya terpaksa terus menyeru supaya janji yang telah dibuat oleh pihak KKM dikotakan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.039223 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list