CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2829|Reply: 45

‘Tampan? Saya rasa dia hanya bercanda’ - Aliff Aziz

[Copy link]
Post time 8-8-2026 08:41 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menganggap kenyataan maestro muzik terkenal, Datuk M. Nasir yang memilihnya sebagai pemegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu disebabkan ketampanannya hanyalah sebagai satu bentuk gurauan.


Aliff atau nama lengkapnya Mohamad Aliff Aziz, 35, dia enggan mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu yang besar kerana perkara paling penting ketika ini adalah cara untuk mempersembahkan watak Sultan Mansur dalam teater pertama arahan M Nasir itu.


“Tidaklah, saya rasa M. Nasir hanya bercanda dan bergurau sahaja.


“Sekarang saya hanya mahu fokus bagaimana untuk hidupkan watak ini, berpeluang memegang watak Mansur pun sudah cukup membuatkan saya rasa terharu,” katanya selepas sidang media teater terbitan Icon Entertainment dan Roman Abadi itu di sini, semalam.


Katanya, dia yakin M. Nasir melakukan proses pemilihan barisan pelakon termasuk dirinya secara teliti selepas sesi uji bakat.


‘”Pada pendapat saya, di mata M. Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa mungkin saya mempunyai rupa dan susuk yang mereka inginkan bagi menjayakan watak Sultan Mansur untuk teater ini.


“Saya dan pelakon lain perlu menjalani uji bakat untuk nyanyian, lakonan dan pergerakan. Tidak tahu bagaimana nak jelaskan tetapi saya rasa ini adalah rezeki.


“Terima kasih kerana memberikan saya kepercayaan untuk memainkan watak utama di dalam pementasan muzikal Mansur & Liu ini,” ujarnya.


Berkongsi pengalaman pertama kali bekerja di bawah arahan M Nasir, dia mengakui gementar namun menganggap pengalaman tersebut sangat berharga buat dirinya yang dianggap terlalu hijau dalam dunia teater.


“Pada awalnya, saya memang ‘starstruck’ dan berdebar. Realitinya, dia seorang individu yang tidak banyak bercakap.


“Dia tidak lokek dengan ilmu, apa sahaja yang kita nak tanya, banyak pencerahan akan diberikan.


“Kadang-kadang bila kita tengah buat latihan itu, kita tengok dia nampak dia tutup mata, sebenarnya dia sedang menghayati,” jelasnya.


Terdahulu, M. Nasir berseloroh dengan menggelar Aliff sebagai lelaki kedua paling tampan di Malaysia apabila ditanya mengenai faktor utama memilih bekas juara Gegar Vaganza musim ke-8 sebagai teraju utama Mansur & Liu pada sidang media semalam.


Mansur & Liu bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 10 hingga 20 September depan.


Selain Aliff, teater tersebut turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Melinda Dadew, Hazama, Fiza Thomas, Arena Wan, Sherry Alhadad dan Ruzana Inrahim. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2026 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
So no satu siapa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah toksir. Dia berseloroh ja tu.
Org berlawak pada dia, dia tak paham. Bila dia berlawak, org pula tak paham
Aras tinggi sgt seni dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 9-8-2026 08:49 AM
So no satu siapa

M nasir la kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi Lipjis mmg makin hensem pun sejak akhir ni. Semoga sukses teater ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kan memang betol mana ada artis malaysia yang hensem dan pandai nyanyi. Alif satar dengan hazama tak hensem
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2026 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 9-8-2026 02:45 PM
Tapi kan memang betol mana ada artis malaysia yang hensem dan pandai nyanyi. Alif satar dengan hazam ...

Uhuk..ayat bawah tu menikam
Tapi betul lah sekarang tak ramai penyanyi lelaki yg hensem..
Kalau dulu antaranya ada Rahim Maarof, Anuar Zain..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Alif pun dah makin naik sekarang ni..
Bagus lah..
Jangan di ulang sikap lama..
Semoga sukses terus Alif..
Guna bakat yang dikurnia kan tu dengan sebaiknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 9-8-2026 02:28 PM
Tapi Lipjis mmg makin hensem pun sejak akhir ni. Semoga sukses teater ni.

Dulu zaman dia berchenta dgn ann ngasri tu punya la kurus n jongos.. haha

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 9-8-2026 02:45 PM
Tapi kan memang betol mana ada artis malaysia yang hensem dan pandai nyanyi. Alif satar dengan hazam ...

Ni betul..haha..pedih
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blanco replied at 9-8-2026 05:32 PM
Uhuk..ayat bawah tu menikam
Tapi betul lah sekarang tak ramai penyanyi lelaki yg hensem..
Kal ...

Ada pulak yang cadangkan amir ahnaf . Entah bila masa budak tu menyanyi pun tak tahu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 9-8-2026 09:57 PM

achik td tgk melodi iv dgm alip
very islamik bila diinview
hrp istiqomoh
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang  dia hensem pun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01: Tapi kan memang betol mana ada ...
hahahahaha betul
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 9-8-2026 02:45 PM
Tapi kan memang betol mana ada artis malaysia yang hensem dan pandai nyanyi. Alif satar dengan hazam ...

Aiman hakim ridza hensem dan boleh nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni lagi hesmes dari Sed Sadik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2026 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Lvstar replied at 9-8-2026 09:31 PM
Aiman hakim ridza hensem dan boleh nyanyi

Aiman hakim memang btol2 bole nyanyi ke? Last dengar dia nyanyi ost projek suami tu je
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Lvstar replied at 9-8-2026 09:31 PM
Aiman hakim ridza hensem dan boleh nyanyi

Tapi dia bukan full time singer nok..
Setakat nyanyi gitu-gitu ja..
Kalau Aliff ni dia pernah menang pertandingan menyanyi, ada beberapa kali dah terbitkan album..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 9-8-2026 11:53 PM
Dia ni lagi hesmes dari Sed Sadik

Sudah semestinya..
Sed Sadiq tu muka jambu, macam adik-adik pun ada..
Aliff ni kelakian dia nampak lah..
Tinggi lagi..pakej lengkap..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2026 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 9-8-2026 05:55 PM
Ada pulak yang cadangkan amir ahnaf . Entah bila masa budak tu menyanyi pun tak tahu hahaha

Mungkin yg cadangkan tu tengah mabuk ketum..
Bila masanya Amir Ahnaf tu penyanyi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054068 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list