|
Edited by Mierafaziera at 22-1-2019 11:38 AM
Ina Naim gembira dapat anak perempuan
KOTA TINGGI: Penyanyi, Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada jam 8.35 pagi semalam.Dia yang ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini lelaki.
“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki.
“Malah, naluri keibuan mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.
“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT kelmarin, hasil ujian imbasan dilakukan sebelum melahirkannya, semalam.
Sementara itu, suaminya, Mohd Suhaimi Saad berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid In-Team berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya kerana kini, mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini, tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak.
“Bagi saya, lebih penting nama diberikan itu memberikan makna bagi menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya.
Sebelum ini, pasangan berkenaan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2 tahun.
Kredit: My Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|