CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23581|Reply: 23

[Haiwan & Tumbuhan] Pokok Beko

[Copy link]
Post time 14-6-2016 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 10:39 PM

Alam:Tumbuhan
(tiada peringkat):Angiosperma
(tiada peringkat):Eudikot
(tiada peringkat):Asterid
Order:Lamiales
Famili:Bignoniaceae
Genus:Oroxylum
Spesies:O. indicum

  

Beko, bonglai, bonglai kayu, bolai kayu, kulai, merkulai, bol, boloi, bikir, bekak, merulai, atau pokok biji lunang ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Oroxylum indicum Vent.

Pucuk dan buah muda beko boleh dibuat ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas.

Pokok sederhana besar setinggi 20 m, tidak banyak dahan. Daun majmuk, sederhana besar, anak daun dengan ukuran lebar yang hampir sama, bertangkai pendek, bentuk lonjong, pucuk muda berwarna hijau kekuningan dan bertukar hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, sederhana besar, berbentuk corong, putih kekuningan, berbau busuk, terdapat dalam jambak bunga yang keluar di hujung dahan. Buah besar, panjang meleper, sedikit bengkok dan berjuntai. Biji kecil, banyak terkandung dalam buah, sangat nipis, putih.
Ia mengandungi air, karbohidrat, tanin, baicalin, glukosa, serat, krisin, alkoloid, kalsium, kalium, zink, zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin.
Beko dikatakan boleh merawat sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan, angin dalam perut/usus, pembuka selera makan, rawatan ibu selepas bersalin, demam panas, kolera, bengkak sendi, disenteri, sakit kepala (migrain), limpa bengkak, sakit gigi, sakit urat, tekanan darah tinggi, dan darah bertoksik atau kotor.

Di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu, buah beko sudah tidak asing lagi. Ia merupakan makanan popular sama ada sebagai ulam atau dijadikan kerabu.Sepanjang bulan puasa misalnya, kerabu beka yang dijual di kebanyakan gerai makanan di pasar Ramadan di negeri itu adalah antara pilihan utama pengunjung.Walaupun rasanya agak pahit tetapi kerabu beko menjadi hidangan pembuka selera dan kemestian ketika berbuka puasa.


Kerabu buah beko






Pucuk beko juga boleh dibuat ulam dan kerabu dengan mencelur terlebih dahulu.

  

  

Jika dijadikan ulam, peminat beko selalunya membakar buah muda tersebut terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa pahitnya.Beko atau nama saintifiknya Oroxylum indicum daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae mempunyai pokok yang besar.


Batangnya pula lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan.Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan sementara buahnya berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.Buah mudanya berwarna hijau tetapi bertukar kepada kehitaman apabila masak.


Selain dimakan sebagai ulam atau kerabu, beka juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri.Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, buah beka juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mencuci darah.


“Memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin.


Tambah beliau, selain buahnya, rebusan daun beka jika diminum akan mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.


“Untuk mendapatkan lebih kesegaran bagi ibu lepas bersalin, selain daun beka rebusan juga ditambah dengan campuran herba lain, termasuk serai wangi,” jelasnya.


Kata Tajuddin, manakala akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.


“Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum ia dipupuk di kepala.







sumber: wikipedia

blog khasiatherba






Resepi Kerabu Beko



Bahan:

Buah beko dipotong halus dan direbus

Ikan bakar dan diambil isinya

Dua ulas bawang merah

Sedikit lada hitam

Kerisik

Perahan asam limau nipis

Santan satu senduk direneh sebentar

Garam


Cara:

Tumbuk isi ikan, lada hitam dan bawang merah

Masukkan ke dalam hirisan buah beko celur

Masukkan kerisik, santan, garam, perahan asam limau nipis

Gaul rata

Sedia untuk dihidang





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 09:30 AM | Show all posts
buah dia mcm bentuk petai belalang..
tp yg ni takde la kekacang nya mcm petai belalang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:06 AM | Show all posts
daun macam bebuas. Ipo mesti suka makan kerabu beko ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 10:45 AM | Show all posts
anniez08 replied at 15-6-2016 08:30 AM
buah dia mcm bentuk petai belalang..
tp yg ni takde la kekacang nya mcm petai belalang..

ya..tapi buah beko ni panjang dan besar anniez..
ada la ukuran lengan

ni yang ipo dah siap buat kerabu dari satu biji buah beko..dapat satu besen kecik



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 10:45 AM | Show all posts
bianglala replied at 15-6-2016 09:06 AM
daun macam bebuas. Ipo mesti suka makan kerabu beko ni.

ha a..sedap buah ni rasa pahit2 sikit tapi tak sepahit peria.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:00 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-6-2016 10:45 AM
ha a..sedap buah ni rasa pahit2 sikit tapi tak sepahit peria.

tengok Ipo buat tu sebesen kecik. kejap je tu boleh dihabiskan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2016 11:07 AM | Show all posts
bianglala replied at 15-6-2016 10:00 AM
tengok Ipo buat tu sebesen kecik. kejap je tu boleh dihabiskan.

hehehe..mcm tau2 je lala ni kan?ipo ratah je..
hari tu lalu sg merab, nak ke bangi,
nampak satu pokok beko ni..lebat buahnya..sayang tinggi melangut pulak
kalau rendah, nak je ipo ambik buah dan buat kerabu
org sini tak reti nak masak kut.....sampai kering2 buah tu atas pokok
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:53 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-6-2016 11:07 AM
hehehe..mcm tau2 je lala ni kan?ipo ratah je..
hari tu lalu sg merab, nak ke bangi,
nampak sa ...

mesti makan tak tengok kiri kanan dah ni. orang sini tak kenal kot pokok beko. yours truly ni baca thread Ipo baru tau kewujudannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 02:23 PM | Show all posts
pokok dia tinggi.. susah nk kait. kena cari galah bagai.. mmg sedap kerabu beko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 12:03 PM | Show all posts
chinta89 replied at 16-6-2016 01:23 PM
pokok dia tinggi.. susah nk kait. kena cari galah bagai.. mmg sedap kerabu beko.

ha a pokok ni tinggi
oh pernah makan kerabu beko jugak ke?
resepi kat atas tu..kerabu stail orang kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 10:26 AM | Show all posts
Ipo replied at 17-6-2016 12:03 PM
ha a pokok ni tinggi
oh pernah makan kerabu beko jugak ke?
resepi kat atas tu..kerabu stail oran ...

penah mkn mse kja n duk sana. sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 01:31 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-6-2016 10:45 AM
ya..tapi buah beko ni panjang dan besar anniez..
ada la ukuran lengan

ipo buat kerabu?.. apa rasa buah beko ni ipo?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 03:15 PM | Show all posts
anniez08 replied at 21-6-2016 12:31 PM
ipo buat kerabu?.. apa rasa buah beko ni ipo?..

rasanya pahit2 sikit tapi tak sepahit peria

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:00 PM | Show all posts
penah nampak tapi tak tau boleh buat makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 13-7-2016 07:00 PM
penah nampak tapi tak tau boleh buat makan

Cubalah makan...buat kerabu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 24-7-2016 09:48 AM

Baru ada masa buat kerabu buah beko ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2016 05:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-7-2016 04:35 PM
Baru ada masa buat kerabu buah beko ...

TQ Ipo kongsi gambar nk buat kerabu. apa bahan-bahan dalam piring tu? blh Ipo tuliskan balik resepinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2016 10:52 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 24-7-2016 09:54 AM
Farini replied at 23-7-2016 04:56 PM
TQ Ipo kongsi gambar nk buat kerabu. apa bahan-bahan dalam piring tu? blh Ipo tuliskan balik resep ...

oh yang tu bahan-bahan untuk membuat kerabu beko:

>lada hitam-ditumbuk
>isi ikan rebus/bakar-ditumbuk
>bawang merah - ditumbuk
>kerisik
>limau nipis - ambil perahan limau
>santan-direneh sebentar
>garam


Yang dalam besen kecil merah tu, buah beko yang sudah direbus dan dihancurkan sedikit. Masukkan semua bahan di atas dan gaul dengan buah beko yang sudah direbus. Siap untuk dimakan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 11:50 AM | Show all posts
Ipo replied at 23-7-2016 04:35 PM
Baru ada masa buat kerabu buah beko ...

tengok beko yang dah dipotong-potong tu rasa macam .. "cantik kalau buat lukisan cop macam zaman sekolah dulu".

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 02:33 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-7-2016 10:52 AM
oh yang tu bahan-bahan untuk membuat kerabu beko:

>lada hitam-ditumbuk

tgk daripada resepi, macam masam-masam pedas. tk sangka pulak ada letak kerisik jgk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.565293 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list