View: 14802|Reply: 132
|
[Tempatan]
Makin Mahal: RM 9000 setahun yuran tadika di lembah Klang.
[Copy link]
|
|
Tadika tajaan kerajaan mengenakan yuran RM115 tetapi pusat prasekolah swasta mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM9,000 setahun.
KUALA LUMPUR, 18 Jul — Tadika swasta sekitar Lembah Klang didapati mengenakan caj makin tinggi, antara RM5,000 hingga RM9,000 setahun bagi seorang murid.
Kadar itu meliputi yuran pendaftaran setinggi antara RM1,500 hingga RM2,400, yuran bulanan, buku dan uniform.
Jumlahnya lebih RM3,000, tidak termasuk yuran bulanan berjumlah RM3,240 selama sembilan bulan. Yuran bulanan, paling murah antara RM300 hingga RM550, lapor Utusan Malaysia.
Caj tambahan dikenakan kepada ibu bapa yang memilih pakej penjagaan sepanjang hari, dari 7.30 pagi hingga 6 petang.
Caj tersembunyi juga dikenakan misalnya membuat lawatan, hari sukan, yuran projek kelas dan sukan akhir tahun.
“Cuba bayangkan berapa kos mesti ditanggung jika satu pasangan ibu bapa mempunyai dua atau tiga anak berusia antara empat hingga enam tahun yang kesemuanya perlu dihantar ke tadika,” akhbar itu dipetik.
Menurut akhbar itu lagi, ibu bapa tiada pilihan berikutan permohonan kemasukan anak mereka ke tadika atau prasekolah kerajaan ditolak.
Ini kerana jumlah pengambilan murid yang ditawarkan di tadika kerajaan amat terhad selain memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah.
Kos keseluruhan tadika kerajaan, menurut akhbar itu lagi, hanya RM115 yang dibayar pada hari pendaftaran.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr....j0yqcjYa.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
yep. logik
dulu2 chinese nursery/kindergarten je yg mahal ..skrg ni semua golongan pun yuran mahal2 |
|
|
|
|
|
|
|
Nk suh wat anak rmai tp yuran tadika / pengasuh mahal.gaji x naik, bila suh mintak Mak@mak mertua jaga takut menyusahkan.keje kena overtime memanjang.nk mintak balik awal nk amek anak ada je ckp org lain ade je anak.boleh je balik lmbat, korg rase. Sian Mak ayah skg |
|
|
|
|
|
|
|
Byk pilihan tadika. Yang mahal atau murah pilihan di tangan ibu bapa.
Yang murah cth mcm tadika Kemas, Pasti. Kalau nak full day, lepas tadika transit la ke mana2 pusat asuhan atau taska. Takdela beban sangat.
Masalah yang aku tgk skrg, parents nk mudah. Tadika dan transit full day.
Satu tempat. Senang.
Takyah nak pening2 aturkan anak.Memang la mahal kan |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 17 Julai – “Boleh kopak poket kalau memikirkan soal hendak hantar anak masuk tadika.”
Itulah antara rintihan seorang bapa yang hanya mahu dikenali dengan Nazri, 30, apabila berbicara tentang yuran tadika swasta yang terpaksa ditanggungnya selepas permohonan anaknya untuk masuk ke tadika kerajaan ditolak.
Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia terpaksa membayar RM2,000 bagi yuran pendaftaran kemasukan ke sebuah tadika di Selangor selain bayaran bulanan sebanyak RM450.
“Itu baru anak sulung, belum adik-adiknya yang terpaksa hantar ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), saya tiada pilihan kerana saya dan isteri bekerja.
“Semasa nak daftar paling perit, itu perlu dibayar, ini perlu dibayar. Gaji saya bukan besar sangat, tiap-tiap bulan kos untuk anak pertama RM450 (tadika), anak kedua RM300 (taska) dan anak ketiga pula RM350 (taska), boleh dikatakan lebih RM1,000,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Jelas Nazri yang bekerja sebagai penyelia kilang, kos tersebut tidak termasuk kos pengangkutan anak sulungnya ke tadika selain caj tambahan lebih penjagaan lebih masa sekiranya dia atau isterinya lambat mengambil anak-anak mereka dari tadika dan taska.
Bagi Shahirah Wahab, 40, operator tadika swasta seperti mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar yuran setiap tahun.
“Mungkin mereka tahu bahawa ramai ibu bapa tidak mempunyai pilihan selain menghantar ke tadika swasta, sebab itu mereka sesuka hati menaikkan harga.
“Kadang-kala kami bukan sahaja dibebankan dengan yuran bulanan malahan setiap bulan pasti ada bayaran yang diminta kononnya untuk menjalankan aktiviti,” ujar ibu kepada dua anak ini.
Katanya, dia berasa lega sebaik kedua-dua anaknya mula memasuki sekolah rendah.
Hal yang sama dikongsi oleh Ghazali Ismail, 33, yang memberitahu, dia dan isterinya tidak ada pilihan selain menghantar ke tadika swasta kerana dimaklumkan pendapatannya dan isteri melebihi syarat ditetapkan untuk menghantar anak ke tadika dan prasekolah kerajaan.
“Anak saya dua-dua masih di tadika, pada November tahun lalu saya terpaksa membelanjakan hampir RM5,000 bagi membayar yuran pendaftaran.
“Itu tidak termasuk yuran bulanan, takkan saya tidak mahu hantar anak ke tadika maka mahu atau tidak saya terpaksa hantar mereka ke tadika swasta,” katanya.
Dalam pada itu, seorang ibu, Jamilah Khamis, 34 menyifatkan syarat dan kriteria pengambilan murid ke tadika atau prasekolah kerajaan amat ketat.
“Saya bukanlah bergaji besar tetapi pendapatan minima ditetapkan untuk membolehkan anak-anak dihantar ke tadika kerajaan amat rendah.
“Jadi terpaksalah saya menghantar anak ke tadika swasta yang bayarannya kalau diikutkan memang membebankan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....TW7V6aJu.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak.. anta taska dr pagi sampai ptg.. Balik dah nak malam.. main ngan mak bapak kejap pastu masuk tido.. harap sabtu ahad jer laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Tadika prasekolah kerajaan tak ramai,,kau gaji mcmne pun boleh masuk.tp pra sekolah cina.
Aku nak share pengalaman aku hantar anak tadika mahal yang ribu riban masa 5 tahun.kesudahannya mcm tu juga,aku jenis tak sabar sbb tengok silibus yang mudah.plus anak aku tak suka persekitaran tu.hari2 aku kena padam keje sekolah anak,sbbnya dia bosan belajar apa dia tahu,dia buat satu buku.cikgu pulak asik bebel kat aku.bahasa mandarin takda peningkatan
Masuk 6 tahun aku hantar prasekolah sjkc .yuran setengah tahun rm180 4 uniform.buku banyak jua.makan 2x.sarapan pukul 7.30 dan 9.30.mmg mula2 hubby aku ingat tak bagus sampai aku ingatkan dia aku tahu apa aku cuba buat,matian aku pertahankan lah bio hantar situ.mmg meleset lah jangkaan dia.cara pembelajaran,,cikgu dia pun bagus,pelajar ada kebolehan yang agak lebih dr umur cikgu bg cadangan apa perlu buat.anak aku speaking,jd xda masalah pun bg cikgu tu.biasalah kita biasanya akan pikir cikgu sek kerajaan tak mahir sangat mcm cikgu swasta.bahasa cina makin bagus,bi dgn math
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang membuatkan permohonan masuk tadika kerajaan di tolak? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ada je kosong.. Sbb parents tak gemar sangat rasanya anak masuk kemas@perpaduan.. Tak glemer |
|
|
|
|
|
|
|
aku htr kat realkids...
memang bagus tapi kerohanian kurang |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 18-7-2016 02:46 PM
Apa yang membuatkan permohonan masuk tadika kerajaan di tolak?
gaji maximum mesti rm3k kalo kat bandar. terlalu byk permintaan sampai kena wat limit gaji |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 18-7-2016 10:53 PM
gaji maximum mesti rm3k kalo kat bandar. terlalu byk permintaan sampai kena wat limit gaji
Baru implemen eh? |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 18-7-2016 02:55 PM
Baru implemen eh?
dah byk tahun kot |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 18-7-2016 10:48 PM
Rasanya ada je kosong.. Sbb parents tak gemar sangat rasanya anak masuk kemas@perpaduan.. Tak glemer ...
Kemas dgn perpaduan jangan lah. Kalau nak kerajaan tadika permata atau prasekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kt anak,
lama2 renggang ngn famili, kenal cikgu tadika/pengasuh aja. tu la paling rapat.
bila sekolah, rapat ngn membe lebih dri rapat ngn parents.
parents ni jadi kilang proses manusia je konsepnya. dh tkde nilai kekeluargaan.
gara2 hidup zmn gini.
sebab tu, klu korang lihat, bekas2 penjenayah, rata2 nilai keluarga ni tarak, mak pak sibuk cari duit, anak ntah kemana. |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 18-7-2016 10:46 PM
Apa yang membuatkan permohonan masuk tadika kerajaan di tolak?
Ikut gaji.. Tp masa anak aku kat prasekolah sjkc xikut gaji pun. Sekarang pun budak sikit je, gaknya tak glemer, tp bagus lah untuk anak aku, bahasa cina meningkat, bi nak speaking dgn neber singaporean pun bagus.ada org anta anak tadika ribu riban belajar mandarin bercakap pun xboleh bila habis tadika. Sia2. |
|
|
|
|
|
|
|
well no comment - logiklah kot jaga sepanjang hari dan ada meals a day well...
for preschoolers yg bukan exam oriented kiasu parents
asalkan anak tu happy dan boleh bersosial dan belajar dengan best fun itu yg utama.
bagi yg dah sampai tahap literacy - 5-7 - makesure boleh kenal alphabets, numbers dan baca serta tulis.
itu asaslah tapi i am sure parents now lebih terdedah . actually kalau tahu cara boleh je ajaq anak dengan cara dia tak sedar , anything. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gaji nak masuk tadika kerajaan.. golongan pertengahan memang merana |
|
|
|
|
|
|
| |
|