CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5329|Reply: 25

Orang Kita Berebut Dengan Gelaran Dr, Kenapa?

[Copy link]
Post time 30-9-2016 06:20 PM | Show all posts |Read mode


Kecoh seketika seluruh media sosial apabila pakar motivasi terkenal negara, Azizan Osman dinafikan memiliki Ijazah Kehormat Doktor (PHD) dari Universiti Malaya, semalam.


Tak surut lagi isu panas ini, hari ini Berita Harian melaporkan dua lagi universiti menafikan Azizan mempunyai atau dianugerahkan PhD seperti yang didakwanya sebelum ini.


Dua universiti tersebut ialah UKM dan juga Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), mengesahkan tidak pernah memberikan 'title' doktor falsafah itu kepada pakar motivasi terbabit.


Menggunakan gelaran palsu ini bukan satu perkara baru. Terutama di kalangan ahli perniagaan. Mereka dikatakan dapat memberi lebih keyakinan kepada pelanggan jika mempunyai gelaran tertentu.














Tampil mengulas situasi kurang sihat ini, seorang netizen bernama Azizul Azli antara lain berkata, mengapa orang ingin sangat bergelar seorang Dr?

"Kajian menunjukkan manusia yang paling dipercayai adalah golongan Dr ini. Anehnya golongan Dr yang dirujuk bukan Dr falsafah tetapi Dr perubatan.

"Orang kita pukul rata, janji ada Dr semua boleh jadi menantu punya," ujarnya.


Tidak itu sahaja, dia memberi perbezaan penggunaan gelaran doktor falsafah di Malaysia dan juga luar negara yang jelas nampak sangat berbeza.


"Di Malaysia budaya ini luar biasa, di Barat yang digelar Dr hanya yang boleh suntik dan bedah orang sahaja.

"Dr Falsafah hanya letak di hujung nama PhD bukannya diawal namanya Dr."








Dia bahkan menyelar individu yang mengejar pangkat dan gelaran hanya untuk lebih dipercayai dan dihormati orang lain, adalah satu sikap yang tidak jujur.


"Rendahkan hati kita, hidup ini bukan untuk bergelar atau jadi popular. Ilmu yang kita ada untuk kita kongsikan bersama bukan mintak bayaran tak masuk akal.

"Janganlah kita pula meraikan pendedahan ini dengan bersorak gembira dan mengeluarkan kata kata yang tidak manis bahasanya, tulisan saya sekadar nak ingatkan bahawa gelaran palsu itu tidak beretika," ujarnya lagi yang mahu masyarakat sentiasa mempraktikkan sifat merendah diri.


Sudah lupakah kita semua sikap merendah diri itu telah lama disemai baik dalam budaya Melayu itu sendiri mahupun agama Islam. Jadi, mengapa ia masih terjadi? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by de_ikea at 30-9-2016 06:34 PM

Well said. Definitely not easy. Perit jerih tiada siapa yg tahu. Yang sedang berusaha, moga berjaya. Yang dah dapat, usahlah mendongak langit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 06:35 PM | Show all posts
Sebab sesetengah orang tu terlalu gilakan title pangkat dan kedudukan.  Tapi pernah jumpa few yang betul2 ada title pangkat dan kedudukan tak kesah pun pasal tu suma malah lebih kurang yg tahu lagi mereka suka sebab bagi mereka sumbangan kepada negara tu yang lebih penting dari title2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nk guna gelaran doktor nk dptkan kepercayaan masyarakat, pastu dgn title tu pulak boleh la tekan harga mahal2
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ada apa dgn title? makin tggi title makin tggi blh letak harga kot.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
title tu pun, susah pyah org nak dapat kot esp pHd nie. .. makan taun.. jadi bila dh dpt tu haruslh respek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2016 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
as for no 5 tu, tak lah tk suka smpai tahap meroyan apa, its just that, apa sush pnggil org tu Dr.. as a sign yg memang drg deserves gelaran tu... even Prof,org just panggil Dr pun terasa hati...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dgn title dia rasa lebih berkeyakinan dan orang akan lebih mempercayainya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2016 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
well said. matlamat tidak menghalalkan cara.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy sejujurnya malu dgn perangai pprt sesetengah insan yg betul2x ad gelaran Dr. yg x sudah2x mengangkat diri dn nk tunjuk hebatnya journey to get the Ph. D. Lbih hina bile mereka "pukul" org yg sudah jatuh tersadung... sudah2xlah tuh. Ad xder Ph.D, perangai ttp pprt.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab orang Melayu / Malaysia mudah tertipu dgn gelaran . Asal ada gelaran Dr. dan Datuk mulalah percaya bulat2 apa shj yg dijual walapun hanya jual air liur basi. Kt ofes boya berlambak yg ada title Ph D bahagian research tp mereka xdelah nk sombong nak tunjuk mereka lagi terer. Sorang dua tu biasalah.
Jadi x sepatutnya title Dr. & Datuk digunakan utk kaut keuntungan dlm bisnezz. Kalau ilmu tanpa ada Dr. itu bisa mengajar dan melahirkan usahawan dan ilmuan yg berjaya tidak ada salahnya.
Yang salahnya apabila cuba menaikkan harga nilai ilmu yg diajarnya hingga jadi x munasabah yg menyusahkan orang lain.
Memang nak dapat title Dr. PhD itu bukanlah sesuatu yg senang jgk kerana thesis yg dibuat itu terpaksa dipersembahkan dihadapan juri /panel dan diperbahaskan,terpaksa jawab segala soklan yg berkaitan dgn tajuk thesis hingga panel berpuashati. Kalau x,terpaksalah buat balik semula dan itu yg kdg2 memakan masa & kos dan kalau mental koyak lalu terhenti sekerat jalan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...aku pnggil dia Puan...dia tempelak aku call me Dr cz i earned it!!! sejak drpd itu..aku dan kawan2 pnggil dia Dr Earn...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo replied at 2-10-2016 08:52 PM
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...ak ...

Keji nya lect tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 03:49 PM | Show all posts

i pernah tengok pensyarah buat surat ke registrar bagitau dah dapat PhD and request untuk dipanggil ngan gelaran DR selepas graduation date dia...

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya teringin nk sambung phd, bukan kerana nk kan title dr tu, tapi kerana cinta akan ilmu... gituhh....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Well said. Apa2pun, honesty is the best policy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2016 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bambimo replied at 2-10-2016 08:52 PM
aku ingt lg..lecturer aku..dulu xramai muda2 ada phd..so iols bajet lecturer aku ni ada msc aje...ak ...

oh emm jiii your lecturer
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
fishcracker replied at 4-10-2016 09:14 AM
oh emm jiii your lecturer

lecturer perempuan biasalah...

title Dr tu satu kebanggaan setelah mengharungi phd journey
kalo dia susah payah siap kan assignment..
pecah kepala siapkan thesis...
xtdo malam writing..

dia nak kita juga lalui benda yg sama...

kalo lecturer lelaki..dia ada soft spot skit hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 10:42 AM | Show all posts
org kemain ssh pyh nk siapkan, eh senang2 je nk org gelar dia dr.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 04:09 PM | Show all posts
tak paham aku... kenapa mesti menipu???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074674 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list