aku just nak share pengalaman aku kat kk...aku rasa kk ni sgt mistik tempatnya....
aku ada pengalaman di mana aku punya bestfriend...mulut dia memang agak celupar...kebetulan hari tu aku dok bersembang dgn sedara mara dia dari kk
ceritanya tentang pakcik kawan aku, aku gelar pakcik abang A.si Abang A ni cerita pakcik dia da umur 98 tahun.dok sorang n ditemani bibik - sebab family diaorg mmg kaya dari dulu...pastu bila si pakcik abg A ni balik..dia akan cakap
Aku dah balik ni....
padahal xda sape kat rumah tu.....rumah yang pakcik abg A duduk ni sgt besar dan cantik...
kawan aku tu ketawa2 mcm x percaya cerita Abang A pasal pakcik dia ni..
so bila balik rumah kawan aku tu pun dok mengejek...
Aku dah balik ni....
ketawa konon nak bergurau..esoknya kawan aku tu demam panas..sebab celupar ke atau apa aku tak tau..jumpa Dr, Dr kata gastrik ..eh...
So dia pun berubat secara Islam..jumpa ustaz n mintak air penawar..alhamdulillah..ok dah..
Post time 4-10-2016 02:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu masa di Sarawak aku rajin menjengket(berjalan) pergi area Santubong.
Ada satu hari tu pergi satu kereta. Tengok sunset konon. Berani2 takut jugak lah kan sebab maghrib2 baru nak gerak dari Damai balik ke Kuching.
Biasalah dalam kereta memang havoc bising bersembang. Budak2 belakang bising hal diaorang. I sebagai copilot sembang dengan driver je. Sembang punya sembang punya sembang. Driver boleh pulak cabul mention something pasal Puteri Santubong. Dia cakap kalau kita jumpa mesti laju gila pecut tak jejak tanah. And ada few things yang I tak ingat.
Habisss je dia cakap macam tu, I perasan kereta kitaorang terus menonongg je pergi. Mula2 ingat driver saje nak pecut. Tapi hati rasa lain je. Aku dah cuak gila. Usha cermin sisi, alhamdulillah tak nampak ape-ape pun. Tapi kereta tetap makin lajuu. Sampai I jerit ya Allah slow! Sloww!! Driver pun jerit balas jeritan tak bolehhhh!! Aku tak tekan minyakk brek pun tak boleh! Sampai terdiamlah budak-budak kat belakang tu.
Masa tu beberapa minit je. Tapi dengan jalan yang gelap, bengkang bengkok sikit. Ada turun naik bukit. Memang seram lah untuk kitaorang kat depan ni. Aku baca apa yang terlintas dalam kepala je minta bantuan dan perlindungan dari Allah. Driver mulut cabul dah mintak ampun mintak maap sebab terlepas cakap pasal puteri. Only after that dia boleh control kereta balik..
Haritu memang jadi pengajaranlah buat kami. Tak payah nak mengada tengok sunset lagi. Dalam kereta jangan nak sakan sangat bergelak mengilai. Dann kita kat tempat dia, mulut janganlah cabul cakapi pakai lepass aje.
aku bukan celupar mulut..cuma bercakap dalam hati je kot masa tu..kisahnya macam ni..........
waktu kejadian : dah malam, lebih kurang pukul 11 mlm..
tok ngah aku datang rumah nak menyembang dengan atok & nenek aku ..dia sampai lepas maghrib mcm tu lah..sambil berbaring dalam bilik tu aku dengar je la perbualan dorg (bukan curi2 dengar tapi memang dorg bersembang kuat gila serupa tak hengat hari dah malam)..
sampai satu topik menarik. dorg cerita pasal orang bunian yang duduk belakang rumah aku, belakang rumah tu maksudnya belakang bilik aku je la..sebabkan fikir macam tak logik dan kelakar aku cakap je lah dalam hati..lebih kurang macam ni lah aku ngumpat
" iyelah tu ada orang bunian, kalau ada tunjuk kanlah " hahaha sangat berani sebab memang aku tak percaya gila..
tak lama lepas aku cakap tu, aku pusingkan badan dan nak berangan la sebelum tido..tetiba je satu badan aku tak boleh gerak..segala ayat yang aku hafal semua aku baca tapi biasalah dalam keadaan dah takut berterabur jugalah ayat kursi aku..
sungguh2 aku melawan..dalam hati aku cakap lagi " okey2 jangan tunjuk muka" hahaha..bukan ke tu lagi menakutkan dari kena tindih..lepas je cakap macam tu aku baru boleh gerak..terus aku duduk..
walaupun dah jadi macam tu, aku tetap tak percaya kat belakang bilik aku ni ada orang bunian duduk..hahahaha..
Post time 5-10-2016 09:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tingat kisah owner cafe kat tempat keje ayah aku dulu. Kakak ni (Kak J) in her mid 40s tp masih single. Lawa rupa ayu jah. Tp mulut ya ampun sesen pun xleh kurang kalau dgn dia ni. Penah aku ikut ayah aku g ofis nak amik barang,kak J ni tgh maki2 pekerja dia. Bahasa kesat sgt & terjerit2 gitu. Tertunduk2 pekerja dia segan agaknya kan...Mak ayah dia ok aje kata ayah aku. Naklah borak2 gurau ke berlebih kurang aje dgn staff2 kat situ. Kak J ni even belum kawin & xpnh kawin, perut dia besar sgt mcm org pregnant. Kita panggil busung. Ayah dia pnh citer dgn ayah aku yg kak J tu kena buatan org dek mulut dia. Ada org usha2 dia. Adatlah lelaki kan suka usik2 pompuan. Untung2 umpan mengena. Tapi kak j pegi maki lelaki tu siap ckp cermin diri dulu, sedar diri tu nak kat dia, etc dia humiliate lelaki tu. So lelaki tu kata aku akan pastikan xde sapa nakkan ko. By doing tht (membusungkan kak J) tu mana2 lelaki mesti sangka kak J tu isteri orang kan. Morale of the story mcm uols kata kerana mulut badan binasa. Dgr2 Kak J dah meninggal sbb busungnya pecah. Nauzubillah. Kesian kan....
Post time 9-10-2016 12:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
pernah celupar tanya husband "u x pernah dapat kes maut masa hujan kan?" muka husband habis tension je dengar bini tanya macam tu. tup tup esk dia ON duty mendapat kes dalam hujan lebat kat highway. sejak tu x berani celupar dah.