CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14847|Reply: 131

Maafkan Bekas Suami Dan Kekasihnya, Tak Mahu Bertelagah Lagi - Elly Mazlein

[Copy link]
Post time 18-10-2016 09:57 AM | Show all posts |Read mode



Sumber foto: IG Elly Mazlein





Susulan isu menang kes nafkah tempoh hari, penyanyi dan pelakon, Elly menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia ingin buka buku baru dan menjadi lebih positif selepas dia menang kes nafkah tempoh hari.


“Saya mahu menutup buku lama dan buka buku baru. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan dan ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk keluarga," katanya.


Dalam kenyataannya, dia sedar perbuatannya bertelagah mengenai bekas suami di laman Instagram adalah memalukan.


“Pada saya, bertelagah di Instagram dan satu negara baca mengenainya perbuatan memalukan.


“Sebelum ini, saya cuba tutup aib serapat-rapatnya. Sejak mengandung lagi, saya sudah kena macam-macam perkara dan hampir meroyan," kata Elly lagi.


Menurut pelakon ini, dia berani untuk lantang bersuara kerana mahu menuntut hak dia dan anak daripada bekas suami. Dia tidak mahu pihak lain mengambil kesempatan ke atas pilihannya untuk berdiam diri.





Sumber foto: Harian Metro





Dalam masa sama, dia memaafkan bekas suami dan kekasihnya yang juga pelakon Faye Kusairi serta semua keluarga bekas mentuanya.


“Apa yang penting ialah fokus saya kepada anak, bapa dan kerjaya. Saya mencari rezeki secara bersendirian dan ini dugaan saya sebagai anak seni yang saya anggap sebagai motivasi untuk jadikan diri lebih matang pada masa depan,” katanya.


Elly turut memaklumkan bahawa dia akan memadam semua gambar dan status negatif di Instagram demi menghormati peminat.


“Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan, saya bersyukur kerana peminat dan pengikut sentiasa memberikan semangat kepada saya,” katanya.


Semoga Elly terus tabah dan matang dalam menghadapi pancaroba dunia. Kesalahan seseorang boleh dimaafkan, namun ia susah untuk dilupakan. Tidak begitu menurut anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 10:00 AM | Show all posts
good job elly. move on jer.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:05 AM | Show all posts
bagus elly....tak yh terhegeh2 dah....life must go on...u pun cantik lagi...badan pun bertakuaa lagi...focus GV3...
#teamelly
#berpisahjua
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:05 AM | Show all posts
Whatever past is past,  be professional. Bnyk sngt mengeluarkan kenyataan negetif hanya mencerminkan keburukan diri sendiri.

Semuga tabah menghadapi hari hari mendatang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus. byk sgt -ve...lemau jd masa 1st performance..
ambil penhmgjaran ramai artis2 yg jd janda..khidupan mereka lebih indah dan berjaya job xputus2..
semoga brjaya hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
helok la tu acik elly..good luck gv3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats elly.. Bina hidup baru yg x dibayangi masa lalu.

Yg reputz pun dah2 la lagakan diorang. Jgn duk tanya2 lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:26 AM | Show all posts
helok la tu lepas ni fokus dengan lagu Berpisah Jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 10:45 AM | Show all posts
elok la Elly, u pun cantik lagi...move on je la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:48 AM | Show all posts
move on elly, teruja untuk berpisah jua this Sunday .. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats sis. Selamat move on.

Iols respect sgt dia diam spnjang tempoh kehamilan walopon telah diceraikan. I think masa tu lg payah dr sekarang. All the best kak lina. #kaklinakuat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:26 AM | Show all posts
abam k akan antar rombongan meminang  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:28 AM | Show all posts
Buang yang keruh, ambik yang jernih.

Good luck ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:29 AM | Show all posts
crossfire replied at 18-10-2016 11:26 AM
abam k akan antar rombongan meminang

moga abam keros berjaya

mohon bela nasib ibu tunggal


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:31 AM | Show all posts
berapa ramai dah nasihatkan utk move on.. masih meroyan..

ujung2 kisah merampas on 2010 di up kan balik, bru nak slowdown..

kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:32 AM | Show all posts
Syd replied at 18-10-2016 11:29 AM
moga abam keros berjaya

mohon bela nasib ibu tunggal

itulah yg nak didengar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 11:32 AM | Show all posts
you go girl...!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:36 AM | Show all posts


good Elly...lupakn kisah lama..kisah pahit..
move on..moga success in GV3..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:45 AM | Show all posts

mohon abang keros mintak tiket ke GV dari @mat_arof
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 11:46 AM | Show all posts

abang keros pung tahu kannn
ai ols sentiasa menyokong abang keros
wpung dimana saja bod bang keros berada


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.079820 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list