Ekoran isu pasangan pelakon Raja Afiq dan Anis Al Idrus putus cinta, pelakon Niena Baharun menafikan dakwaan dia menjadi punca pasangan itu berpisah. Niena, 23, menjelaskan kepada Harian Metro bahawa perkara itu sangat mustahil kerana dia sudah mempunyai kekasih sebelum mengenali Raja Afiq lagi.
"Dakwaan itu sangat kelakar. Saya yang mendengarnya pun tergelak. Pun begitu saya tak melatah kerana menganggap ia asam garam kehidupan anak seni.
"Diakui ramai kurang senang melihat seseorang mula meraih kejayaan. Jadi saya tak nak ambil pusing. Lagipun tak wujud isu rampas merampas,” katanya.
Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu menegaskan dia langsung tidak tahu mengenai percintaan pasangan itu kerana ia adalah privasi masing-masing. Dalam masa sama, Niena turut menafikan status kekasihnya yang juga ahli perniagaan adalah milik orang seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.
"Saya mengetahui berita ini apabila ada peminat tulis di laman sosial. Namun, tidak dinyatakan cerita apa.
"Apabila keluar di akhbar baru saya membacanya. Tak terkejut pun sebab ia bukan cerita betul,” katanya.
Sumber foto: IG Niena Baharun
Mungkin ada benarnya apa yang disampaikan pelakon itu. Namun, cerita dari semua pihak perlu diambil kira supaya tidak berlaku salah faham terutama dalam kalangan peminat. Anda rasa siapa betul? - CARI |