View: 17358|Reply: 125
|
Ratusan Kambing Di Ladang Mati Dalam Keadaan Ngeri
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 17-3-2017 10:47 PM
(Gambar) Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengkuk Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir
Anda mahu berkongsi berita ini?
FacebookGoogle+[url=http://twitter.com/home?status=%28Gambar%29%20Ratusan%20Kambing%20Di%20Ladang%20Saya%20Mati%20Dalam%20Keadaan%20Ngeri%20Tengkuk%20Patah,%20Mata%20Dikorek,%20Mulut%20Hancur%20Seperti%20Dikunyah%20Angkara%20Sihir%20--%20http://www.siakapkeli.my/2017/03 ... -henti-ratusan.html]Twitter[/url]
Perbuatan haram sihir menyihir atau santau menyantau bukanlah perkara baru, ada yang mengatakan ianya sudah tidak wujud pada zaman moden ini, tetapi ramai yang mendakwa ianya masih diamalkan kerana pernah menjadi mangsa.
Terbaru, seorang mengusaha ladang kambing bernama Encik Ariffin Sabirin ladang kambing yang telah diusahakannya telah dikhinat di mana sesuatu yang mengerikan telah berlaku kepada kambing-kambing peliharaannya.
Menurut beliau ladangnya telah disihir berkali-kali sehinggakan ratusan ekor kambingnya mati dalam keadaan yang mengerikan. Jom kita baca.
SAYA SEORANG POSITIF.
Dengan pengalaman meniaga belasan tahun aku pulang ke Segamat selepas 27 tahun dengan nawaitu untuk membantu menaikkan nama Segamat & melonjak sosio ekonomi penduduk tempatan.
Wasilah Farm ditubuh & strategi diolah. Nama dilonjak sehingga peringkat negeri jadi sebutan.
SAYA SEORANG POSITIF.
Selama 19 bulan beroperasi aku dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm . Hantu raya , bomoh indon, bomoh siam, bomoh orang asli, bomoh hindu semuanya dihantar siang & malam.
Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.
Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah , mata dikorek , mulut dikunyah. Pekerja sakit. Saya sekeluarga sakit. Kata kawan yang pandai syifaq penduduk tempatan yg beraja sihir & mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaannya mematahkan semangatku.
Takbur angkuh persis iblis yg hidup penuh nafsu & tak kenal maut. Gelak mengilai tanda kepuasan matlamat tercapai.
SAYA SEORANG POSITIF.
Tahajud , taubat , muhasabah menjadi ubat. Aku tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah. Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa & hanya padaNya ku berserah. Dialah pelindung sejati selama2nya. Kau syirik bakal beriring ke neraka bersama jin belaanmu.
SAYA SEORANG POSITIF.
Walau pelbagai usaha dibuat gagal mengekang jin laknatullah & manusia bertopeng iblis. Aku pilih mengundur diri untuk menyelamat akidah. Aku pilih menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabaranku pecah.
Rezeki ku mungkin bukan di sini tetapi yakin Allah Maha Adil. Gantian bakal mendatang aku yakin lebih hebat ganjarannya.
SAYA SEORANG POSITIF.
Kepada warga Segamat kalian semua insan terbaik pernah hadir dalam hidupku. Namun iblis bertopeng manusia itu membawa onar. Merosak seluruh daerah dengan syiriknya. Mungkin itu Allah turunkan bala banjir tak jemu melanda ? Untuk menghanyut kemungkaran di bumi tercinta ?
Sesuatu untuk kita renungkan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi mmg betol..org Johor mmg dikenali kuat main sihir...satu Malaysia tau |
|
|
|
|
|
|
|
laknat sungguh yg guna sihir ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan pada kambing peliharaan yang mati itu. Sangat kasihan.
Cuma, kenapa writer keep menulis perkataaan '"Saya Seorang Positif"? Adakah itu salah satu cara untuk dia mengatasi perasaan negatif yang melanda dirinya?
Mungkin, sihir adalah penyebabnya dan mungkin juga tidak. I'll reserve my comment on that.
Apa pun takziah diucapkan rentetan musibah yang melanda dirinya. Moga ada jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dialami. |
|
|
|
|
|
|
|
Di.johor lagi....apa yg jadi.ni ...it's not funny anymore.
Kesian kambing kambing yg mmg berwajah baik dan tenang ni |
|
|
|
|
|
|
|
kepala banar kau. kalau dah akidah & iman tak kuat, duduk mana pun, tetap nak main sihir.
|
|
|
|
|
|
|
|
mimiqquee replied at 14-3-2017 08:51 AM
tapi mmg betol..org Johor mmg dikenali kuat main sihir...satu Malaysia tau
Jahat sungguh mulut uols ni :
Bab jahat ni individual ok |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah tabur garam tuhan mereka selain elohim ke sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaknya tengok kambing2 tu semua. Tergamaknya orang yang bunuh binatang yang tak berdosa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya kambing2. Comel2. |
|
|
|
|
|
|
|
mimiqquee replied at 14-3-2017 04:51 PM
tapi mmg betol..org Johor mmg dikenali kuat main sihir...satu Malaysia tau
Kepala hotak kau.....
Tak tau pulak aku org johor kuat menyihir....yg aku tau org johor je selalu di sihir.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya kambing kambing tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya sapa yang buat begitu, duk patahkan tengkuk depa, ingat kambing2 tu takdr sedara mara ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah zaman melinium pun ada sihir sihir lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
rambut perempuan mati masa bersalin.. di ambil untuk puja.. sihir ni tujuan nak bunuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
itulah realiti kehidupan.. dugaan masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
mimiqquee replied at 14-3-2017 04:51 PM
tapi mmg betol..org Johor mmg dikenali kuat main sihir...satu Malaysia tau
Fakta dari mana ko dpt ni? Kekuatan iman dan akidah manusia tu bkn terletak pd negeri yg ko duduk |
|
|
|
|
|
|
|
Allah kesian nya Kambing-kambing ini... Tak sangka begitu extreme cara orang ni nak menjahamkan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kambing muka suci dan beriman (sebab berjanggut) |
|
|
|
|
|
|
| |
|